Thursday, February 11, 2010

Syafakallah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum wbt.

http://www.masafzal.blogspot.com

Saya hanya mengenali beliau sejak minggu ini melalui pembacaan, dan saya amat mengkagumi diri insan ini. Saya mengkagumi sifat sabar, redha, sifat komited beliau dalam menamatkan pelajaran walau dalam keadaan sakit dan ukhuwwahnya.

Tiada bantuan yang dapat saya berikan melainkan titipan doa. Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang telah ditentukan seja azali. tidak dapat dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat dua. Tetapi yang lebih penting daripada kematian itu, ialah perjalanan menuju kepada kematian itu sendiri.

Jangan disia-siakan walau satu saat, jangan disia-siakan walau satu usaha. Hatta 1 ikhtiar mencari kesembuhan dengan penuh keyakinan yang disandarkan pada Allah SWT itu pun sangat bermakna. Kerana ikhtiar dan keyakinan pada Allah SWT itu sendiri lebih berharga dari harta dunia. Semoga dengan izin Allah SWT saudara Mas Afzal akan sembuh.

Semoga ditetapkan kesabarannya. Semoga dia kembali kepada Allah SWT dalam keadaan iman yang sejahtera. Dan semoga sabar, ikhtiar dan redhanya dalam menghadapi ujian Allah SWT, dan yang pastinya kasih sayang Allah SWT terhadap Mas Afzal sendiri menjadi aset berharga buat dirinya di hari pembalasaan nanti. Amin.


Wednesday, October 28, 2009

Langkah memperbaiki kelemahan diri ( Tazkiyyatun Nufus )




Lihat hit counter, makin naik.. pelik, chat box pun menunjukkan bukti masih ada yang sudi bertandang.. Terima kasih buat kalian yang masih sudi ziarah. memberi sedikit galakkan untuk saya terus menulis :)

Dikongsikan sedikit tazkirah ringkas, dicedok dari facebook Ustaz Zahazan Mohamed, semoga bermanfaat, insyaAllah.

"Saya terbaca dalam Tazkiyyatun Nufus oleh Syikh Sa'eid Hawwa yg merupakan bekas penggerak sebuah harakah Islamiyyah terbesar dan berpengaruh di Timur Tengah, langkah memperbaiki kelemahan diri ( Tazkiyyatun Nufus ) berdiri di atas 4 rukun,

Perkara pertama ialah kita digalakkan mendengar pandangan musuh kita tentang kita kerana lumrahnya apa yg mereka katakan itu adalah benar-benar kelemahan kita. Musuh berperanan mencari kelemahan kita. Jadi kita hendaklah memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Sabarlah terhadap mereka dan hadapilah dengan hikmah..

Perkara ke 2 ialah kita mesti menjalin hubungan dengan guru-guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi, mu'allim, mu`addib yang dapat membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dgn ilmu dan hujjah yang sahih, bukannya guru-guru ahli bid'ah yang mengada-adakan dalam urusan agama tanpa dalil yang benar..

perkara yang ke 3 ialah dia mesti mencari ar-Rafaqatus Salihun, teman-teman yang salih yang sentiasa menegurnya dengan kasih dan hikmah agar dia memperbaiki kekurangannya. Imam Nawawi meletakkan suatu bab yang khas dalam Riyadhussalihin kepentingan berziarah ke tempat-tempat salihin..

dan yang ke 4, hendaklah bergaul dengan orang kebanyakan, seperti ahli masjid, surau dan usrah2 menyebabkan dirinya mengetahui apa yang disukai manusia dan yang tak disenanginya."

----
Takziah buat Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Almarhumah Nur Fatimah menjadi syafaat buat ibu bapanya, di hari pertemuan suatu ketika nanti.

Sebagai seorang manusia, saya juga kadangkala berasa lemah dan tidak tahan dengan ujian yang datang. Jiwa yang kental kadangkala luruh pada keadaan-keadaan tertentu. Ketika itulah kita memerlukan Tuhan. Kita perlukan Dia bagi membantu mencatur dan mengawal pergerakan kita. Apabila terasa diri hilang kawalan, kita memerlukan kawalan dari Tuhan agar diri kita tidak tersasar dan terkeluar dari panduan. Persoalannya sekarang, benarkah Allah SWT boleh mengawal kita? Jawapannya YA! Memang boleh! Tetapi hakikat dunia sekarang, tidak ramai yang Allah kawal mereka. Semakin ramai yang tidak dikawal Allah. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu Allah kawal mereka. Inilah dia fenomena ‘semakin jauh dengan tuhan’.

Tuesday, August 19, 2008

Jauhi Azab Ilahi..

apa dah jadi dgn malaysia.. berani bersumpah dgn nama Allah SWT.. bersumpah menjunjung Al-Quran.. kandungan Al-Quran, hukum dan undang2 di dalamnya pun masih tidak dipraktikkan lagi.. (-_-)

lapangkanlah hatimu dalam musibah
dan bersabarlah di jalan Allah
jangan hanya memeluk dunia fana
yang bersalut dengan dosa

ingat azab neraka
akan mengejarmu saat kau mati
jadi, jujurlah
harungi hidup ini
jauhi azab ilahi


bersyukurlah selalu
dan jangan ragu
nescaya jauh azabmu

...dan hendaklah kamu betaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya(terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya) -2:195

Friday, August 1, 2008

Minyak dan air takkan bercampur..

bezakan antara sin dan siner..

Minyak dan air takkan bercampur..

sesungguhnya dakwah itu dimulai dgn kasih sayang.. keterlibatan dlm pas tidak pernah menyekat kasih sayang saya buat saudara-saudara seIslam ataupun bukan dlm BN, tapi seandainya parti itu yang bisa mewujudkan garis pemisah yang jelas antara yg hak dgn yg batil.. maka biarlah saya terus ber'parti' dan terus berjuang untuk yg hak.. sehingga mereka kembali kpd yg hak!

Allahuakbar!

PAS tolak kerajaan campuran dengan Umno, BN
31-07-2008 03:24:13 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: PAS menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional untuk menubuhkan kerjaan campuran sama ada di peringkat pusat ataupun negeri.

Selain itu, PAS memutuskan bahawa ia akan terus mengambil pendirian terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, institusi atau individu demi kepentingan negara.

Malah, PAS mengulangi akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dan terus aktif untuk membuat perubahan kerajaan dan mengajak ahli-ahli Umno untuk menyertai PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS dan Majlis Syura yang berlangsung selama lima jam, bermula pukul 10 pagi tadi

-------
Hadiah buat teman2! Buang yg keruh, ambil yg jernih.. Salam perjuangan!

Sunday, July 6, 2008

Memupuk nilai kehambaan..

Sahabat2 : Segala apa yang kau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya
Sahabat2 : petikan buku BISIKAN SIRR..

Sahabat2 : kita pandang dengan mata..
Sahabat2 : tp jgn kita rasa, kita berkuasa mutlak dgn pandangan kita..
Sahabat2 : sbb, kuasa pandangan adalah tempias dr Allah yang MAHA MELIHAT..
Sahabat2 : maka siapa kita??
Sahabat2 : kita tiada apa2..
Sahabat2 : dan kita TIDAK WUJUD..
Sahabat2 : sebb??
Sahabat2 : semua kuasa dlm kehidupan kita, semua ALLAH..
Sahabat2 : yg punya..

Sahabat2 : kita selalu rasakan, kita berkuasa ke atas pendengaran dn telinga kita..
Sahabat2 : kita lupa..
Sahabat2 : ALLAH itulah HAKIKAT YANG MAHA MENDENGAR..
Sahabat2 : AS-SAMII'
Sahabat2 : kita??
Sahabat2 : hanyalah hamba yang diberikan pinjaman nikmat itu..
Sahabat2 : maka??
Sahabat2 : kalau semuanya pinjaman??
Sahabat2 : adakah kita boleh mengatakan bahawa diri kita ada??
Sahabat2 : kalau ada, hanyalah bersifat MUNGKIN sahaja..
Sahabat2 : yang MUTLAK?? hanya DIA..
Sahabat2 : sbb tu, ada ungkapan..
Sahabat2 : DIA 'ALLAH' SATU TAPI ADA.. tp KITA MANUSIA BANYAK, TAPI TIADA..

*Penjelasan di atas adalah menurut fahaman sahabat2.. tiada unsur-unsur plagarism.. ehe :) untuk dikongsikan, semoga anda juga dapat manfaat yg sama.. untungnya mereka yg memahami dan merasai.. (-_-)

"Bejuang sedikit demi sedikit, mempertahan nilai kehambaan, merasai nikmat berTuhan"

Saturday, July 5, 2008

Root Cause Analysis

Suatu masa tu, A pernah tanya dgn seorang sahabat tentang orang yang putus harapan.. bile daie putus harapan.. buat sesuatu tu ikut flow.. bukan putus harapan pd Tuhan.. huhu tu kes bahaya tu.. tidak berputus asa pada Allah SWT melainkan kaum yang kafir.. mm.. ni lbh kpd masalah lost self esteem, dirundum putus asa.. lemah semangat.. kalau hari menggerak kan dia.. maka dia bergeraklah.. masalah hati kut.. mm.. masalah hati ni masalah bsr sbnrnya.. cam cancer yang boleh membunuh.. membunuh secara perlahan.. sebagaimana yg kita ketahui, hati tu raja seluruh kerajaan anggota.. bila rebah raja maka akan rebahlah kerajaannya..

ikuti perbualan di bwh :

Sahabat : apa sebabnya?

Sahabat : root cause yg buat dia jadi mcm tu

A : ana pnh baca.. jgn bebankan hati dgn bebanan yg berat.. hiburkan diri dgn benda2 yg ringan dan suci

A : tapi die x leh nak hibur kan hati

A : seriusnye

A : dalam benda yg 1 masa tu leh rae nikmat

A : *rase

A : mungkin hr ni ditarik sikit rase nikmat tu

A : mungkin jga ujian

A : tapi bile dah x mampu nak hiburkan hati

Sahabat : sbnrnya ayat nt ni berbelit sikit

Sahabat : ana tak boleh fhm btl2


**errkk.. huhu.. just nak bg gambaran situasi.. kita skip part yg lain, terus pada main point.. ni jwpn yg diberikan oleh sahabat tu.. (^__~)

sahabat : erm....

sahabat : kena cari root cause kpd kejadian tu

sahabat : apa yg betul2 buat jadi mcm tu

sahabat : tak puas hati ke, kecewa sgt ke, atau ada hal2 lain yg merunsingkan diri

sahabat : seseorg tak akan alami hal mcm tu kalau takde penyebab yg betul2 besar

sahabat : sbgi cth, org yg hilang keyakinan diri...mesti ada sebabnya

sahabat : mgkn rasa tak pandai

sahabat : atau apa2

sahabat : itu contoh jer

sahabat : point nya mesti ada penyebab

sahabat : dan bila dah muhasabah dan tau penyebabnya baru boleh bncg soal penyelesaiannya

sahabat : cth, puncanya hati bermasalah...jadi ubatnya tazkiyatun nafs

sahabat : pembersihan jiwa

sahabat : nak tau, mesti buat root cause analysis

sahabat : fitrah manusia tu bersih dan sepatutnya hatinya tenang

sahabat : bila?

sahabat : bila dia dah kembali pada Tuhan

sahabat : asalnya kita kenal sangat Tuhan, tapi bila lahir ke dunia roh tu dan lupa Tuhan

sahabat : sebab tu roh/jiwa meronta2

sahabat : nak kembali kepada ketenangan/fitrah

sahabat : mesti tau sebab apa hati tak tenang...tak cukup ilmu, tak cukup mujahadah

sahabat : dsbnya

kadang-kadang jawapan dia mudah aje.. dan selalunya jawapan itu dah pun ada pada diri kita.. cuma fitrah manusia ni, kita perlu pada peringatan.. nah.. sekarang dah ada yg mengingatkan.. masanya untuk aplikasi pula :)

main point : -
1) buat root cause analysis dan muhasabah kembali
2) kembali pd Tuhan dlm mencari penyelesaian


Root cause analysis (RCA) is a class of problem solving methods aimed at identifying the root causes of problems or events. The practice of RCA is predicated on the belief that problems are best solved by attempting to correct or eliminate root causes, as opposed to merely addressing the immediately obvious symptoms.

Friday, July 4, 2008

Found again..


Assalamualaikum..

so many things have happend lately.. thanks to all my friends who have supported me in so many ways.. whether you guys realise it or not.. but most of all thanks to You, Allah.. only You make it possible.. Praises only for You, Allah.. Thank you Allah. maybe i'll write again to tell u guys about it later k, insyaAllah.. this song is dedicated to all.. wahai kawan-kawan, mari sembah Allah, mari kita ikut Rasulullah saw, wahai kawan-kawan jgn mudah menyerah kalah, mari mujahadah! (^__^)

"Apa yang berlaku kepada dirimu, tidaklah sepenting apa yang berlaku di dalam dirimu"

"gembira kerana bahagia.. dan bahagia hanya kerana adanye rasa tenang.."

"my heart is loving You, my heart is just for You, knowing You Allah, i will try to get close to You.. "


Wahai Kawan ~ by Raihan

" Mari kita sembah Allah.. mari berukhuwah.
Mari kita berdakwah.. mari mujahadah
Wahai kawan-kawan mari sembah Allah
Wahai kawan-kawan mari ikut Rasulullah
Wahai kawan-kawan mari berukhuwah
Wahai kawan-kawan mari kita bina ummah
Wahai kawan-kawan mari kita berdakwah
Wahai kawan-kawan ini dia jalan Allah
Wahai kawan-kawan mari mujahadah
Wahai kawan-kawan jangan mudah menyerah kalah.. "


Monday, June 16, 2008

Motivasi Persediaan Ke Menara Gading - MPMG '08!

Tawaran Hebat!

ISTIMEWA buat pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, SPM dan STPM
juga mereka yang bakal bergelar MAHASISWA

Rahsia Menjadi MAHASISWA CEMERLANG!

"R TIS : Rohani Teras Intelektual Seimbang"

Sertai kami dalam program :
Program Motivasi Persediaan ke Menara Gading - MPMG '08

Tarikh :
20, 21 dan 22 Jun 2008

Tempat :
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jalan Sungai Merab, Seksyen 12, Bandar Baru Bangi, selangor Darul Ehsan.

anjuran :
Kelab Rakan Intelek Muda (KRIM)

dengan kerjasama :
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

ihsan :
R TIS Traning Centre




Peta ke Tempat Program : ILIM

Pelaburan Bernilai untuk Ibu bapa dan bakal MAHASISWA!

Sunday, June 15, 2008

Pahala bersulam noda...

"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah." [Hud:88]


sumber : http://syawqahwardah.blogspot.com/2008_05_01_archive.html

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.

Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusanrasmi sebegitu. Disitu lah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."


Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidupsaya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteritelah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

------

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat..."

------

“Apabila agama mengharamkan sesuatu atas kita.. sudah tentu ia telah menyediakan untuk kita ganti yang jauh lebih baik, yang pastinya tidak akan menimbulkan kerosakkan sebagaimana perkara yang diharamkan. Orang yang beriman itu pastinya x merasa rugi beribadah kpd Allah swt dgn memelihara dirinya dari sesuatu yg Dia haramkan..

Iman Biawak

Sumber : http://www.sidangonline.net/v2/


Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritakan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a bahwa rasululLah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat lalu tiba-tiba datanglah seorang Arab badwi dari keturunan bani Sulaim ke hadapan RasululLah.

Beliau membawa bersamanya seekor biawak (dob) padang pasir yang ditangkapnya. Beliau bercadang untuk membakar haiwan itu untuk menjadi makanannya. Sebaik sahaja melihat orang ramai yang berjalan di kawasan itu beliau tertarik untuk mendekati mereka, lantas bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi itu.

Apabila mendapat penjelasan daripada sebahagian sahabat yang hadir bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mencari laluan mendekati Nabi lantas segera berkata : Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad ! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!

Umar al-Khattab yang meriwayatkan ksah ini menjadi marah dengan sikapnya lalu beliau bangkit dan berkata : Wahai Nabi ! Biarlah saya mengakhiri hidupnya ! Nabi telah menjawab permintaan Umar dengan tenangnya : Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahwa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi !

Nabi kemudiannya telah berkata kepada Arab badwi itu : apa yang menyebabkan engkau mengatakan demikian kepadaku ? Engkau sepatutnya menghormati aku dalam perhimpunan bersama para sahabatku ! Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya menghina Nabi dengan berkata : Demi tuhan lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu , katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi sa.w.

RasululLah s.a.w telah memanggil biawak itu dan kedengaran suaranya menjawab panggilan Nabi dnegan bahasa Arab yang fasih difahami oleh semua yang hadir : ya wahai Nabi s.a.w! nabi bertanya kepada biawak itu : Kepada siapakah engkau beriman ? Jawab biawak itu : Saya beriman kepada Tuhan yang dilangit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itu rahmatNya, dan dalam neraka itu azabNya!

Tanya Nabi lagi : Aku ini siapa wahai biawak ? jawab biawak itu : Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang menyokong dan memperjuangkan Tuan , dan binasalah orang yang mendustakan Tuan!

Mendengar kata-kata biawak yang sangat lancar itu, Arab badwi itu lantas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir lalu berkata : Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri , engkau amat kukasihi zahirku dan batinku, dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruhNya.

Wednesday, June 11, 2008

Sinful people calling others to do what is right


Source : http://islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=1382&main_cat_id=7

Question: I heard that a person who sins will be punished more harshly for his sins if he exhorts other people to righteousness. Is this true? Is it better for people who fall weak and commit sins to refrain from advising other people to do good?

Answered by the Fatwa Department Research Committee - chaired by Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî

Muslims who call others to Islam should try their utmost to live a righteous lives. This makes their message more readily acceptable to those who they call to righteousness.

However, if a Muslim falls short in his own practice, this does not mean that he should neglect calling others to what is right. This is because the duty to call others to what is right is a religious duty in and of itself.

Some people misunderstand some of what they read in the Qur’ân and Sunnah to mean that if their practice is not perfect, they should not call others. One verse that is often misunderstood in this way is where Allah says: “Do you order righteousness of the people and forget yourselves while you recite the Scripture! Then will you not reason?” [Sûrah al-Baqarah: 44]

This is a rebuke of people applying double standards. They make no effort to adhere to what is right in their own lives but insist upon right conduct in others. It does not mean that they are sinful or blameworthy because they call others to what is right. The blame is on their failure to do what is right themselves, though they obviously know what is right since they are reciting scripture and calling others to follow what is right.

Then there is the hadîth where the Prophet (peace be upon him) said:
A man will be brought on the Day of Judgment and cast into Hell. He will go around in Hell like a donkey in a grinding mill. The denizens of Hell will gather around him and say: “O so-and-so! Didn't you use to enjoin us to what is right and prohibit us from what is wrong? ”

That man will say: “I used to order you to do good but I myself never used to do it, and I used to forbid you from doing wrong while I myself used to do it.” [Sahîh Muslim]
In both of these texts, what the Muslim is being warned against sinful behavior, especially when he knows what is the right thing to do. These texts are not warning us against calling others to what is right. This distinction has been explained by al-Qurtubî, Ibn Kathîr, and many other scholars.

A Muslim has the duty to fulfill his religious obligations and abstain from sin. He also has the duty to call others to righteousness. Failure to perform the first duty optimally does not exempt him from fulfilling the second.

No one is perfect. No one is divinely protected from sin (ma`sûm) except for the Prophet (peace be upon him). If perfection were required from those who call others to righteousness, then there would be no one doing so.

And Allah knows best.

" Its written in the history
Islam once rule the world
But I’m standing here in melancholy
How can I claim of such word?
Those days have left us so far
Unreachable beauty like the star
History left ajar
Could I ever heal the scar?
What is happening to Islam today?
Why the feeling of me going astray
Oh Allah I plead and pray
Steadfast my faith in the righteous way "