Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Salam syawal bt smua.. rasanya msh blm terlambat lg (^^.) .. lama dah nad x update blog ni.. been quite busy lately.. dgn kerja officenye, kerja persatuan dan urusan peribadi.. rasa seperti semakin singkat pula masa yg ada.. pelik, sdgkan masa yg berlalu msh lg 24 jam dlm sehari.. bila difikrkan smula, benarlah seperti 'renungan' yg pernah di kongsikan olh seorang shbt nad, katanya;
"Hidup ini pendek bukan krn pendeknya masa. bukan juga krn pendeknya umur. tapi ia singkat kerana terlalu banyak perkara yg dikejar, sdgkan masa dan umur terlalu sedikit"
buat hari ini, ini yg smpt nad kongsikan. insyaAllah, ada yg menarik akan menyusul.. untuk entry kali ni nad ambil dr email yg dihntr oleh seorang shbt (alhamdulillah.. thx alot sis).. amat bgs untuk kita fkrkan dan amalkan semampu mgkin.. insyaAllah. hopefully shbt2 dpt manfaat yg sama.
-------
"Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah, penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh"
Sebagai hamba, kita perlu sentiasa beringat bahawa Allah menciptakan kita hanya dengan satu tujuan, iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Semuanya mesti jadi ibadah. Jika umur 60 dan tidur sehari 8 jam, jumlah tidur selama 20 tahun itu mesti dijamin yang ia adalah ibadah. Seandainya semua itu tersia menjadi sisa, maka muflislah kita mengadap Allah di Padang Mahsyar. Oleh itu, adat kebiasaan yang baik mesti diangkat menjadi ibadah. Jika adat boleh memenuhi sekurang-kurangnya enam ciri teras ibadah, maka bolehlah ia menjadi persembahan kita kepada Allah. Enam ciri teras itu ialah :
1)Niat yang betul, baik dan tepat.
2)Adat atau sebarang aktiviti berkenaan mestilah diharuskan oleh Syara'.
3)Perlaksanaannya tidak bercampur aduk dengan anasir yang anti-Syara'.
4)Ia dilaksanakan dengan sebaik mungkin (itqan dan optimum).
5)Menjaga prioriti. Ibadah umum tidak boleh melanggar Ibadah Asas dan Sunat.
6)Hasil perbuatan tersebut baik kesannya.
-------
Seorang sarjana Islam pernah berkata "Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab"
"hidup ini indah jika segalanya kerana Allah SWT"
Thursday, October 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hidup ini memang kena punya matlamat. Tapi memang dah nama pun manusia.. Kadang2 tersasar dari matlamat. Nak patah balik bukan senang. Perlu kekuatan. MAcam kereta jugak la. Dah tersasar jauh dari jalan utama, nak patah balik kena ada tenaga untuk patah balik, minyak pun kena cukup. Juga bekalan makanan.. Jika bernasib baik, ada sahabat sejati yang sentiasa memandu arah... =)
btl2.. "ukhuwwah itu satu anugerah" moga awe dikelilingi shbt2 yg sejati.. mengingatkan ketika lupe.. pemberi semangat ketika keletihan :)
Post a Comment