Wednesday, April 2, 2008

Iman dan Kehidupan

Islamik Testimonial

- Individu tanpa agama dan iman, umpama daun kering yg diterbangkan hembusan angin, tidak akan tetap pada suatu kedudukan dan tidak punya arah tertentu..

- Individu tanpa agama dan iman, laksana manusia yg tidak ada nilai dan akarnya.. sentiasa dlm bingung dan ragu-ragu.. tidak tahu hakikat dan rahsia kewujudan dirinya..

- Individu tanpa agama dan iman, umpama binatang buas dan jahat yg sentiasa menerkam.. budaya dan undang-undang sama sekali tidak membatas kejahatannya..

- Masyarakat tanpa agama dan iman.. walaupun bersinar tanda-tanda kemajuan namun mrk hidup dalam kerosakan dan kebinasaan.. meskipun mereka diselubungi kmewahan dan nikmat.. tetap rendah dan murah dari sudut nilai.. kerana tujuan penghuninya hanya untuk memuaskan keinginan dan nafsu semata-mata.

- Ilmu material tidak menimbulkan ketenangan dan kebahagiaan.. ilmu pengetahuan hanya menyediakan manusia moden jalan-jalan kehidupan tetapi tidak memberi petunjuk kepada tujuannya.. ilmu pengetahuan kebendaan hanya memberi manusia alat-alat yg banyak tapi tidak memberi “nilai” yg besar dan tujuan yg “tinggi”. Ia menghiasi luar tetapi tidak dalam kita..

- ringkasan petikan dr Iman Dan Kehidupan, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah ya shbt fillah =)

terima kasih sudi berziarah ke teratak usang ana..erm..ana sgt tersentuh dgn komen ent..jazakillah..

bertemu dan berukhuwwahnye kita atas dasar yg satu, - CINTA PADANYA-

moga kita sama2 tenggalam dalam keasyikan perjuangan dan dambaan cinta Illahi...=)

syuhada said...

syukriya jazakallah (^___^) mudah2an

terpaut dgn madah seorg shbt..

Andai Muhammad Kekasih Nya Rabbi
Perlu Merentas Ranjau, Onak & Duri
Demi Menggapai Redhanya Ilahi

Maka,
Siapalah Diriku Ini
Insan Kerdil Di Mata Tuhan

Aku Selalu Mengimpi Syurga Nan Indah
Namun Aku Siapa?
Cuma Sang Musafir
Yang Singgah Dalam Kembara
Meramal Gemilangnya Masa Depan
Dan Mengemis Manisnya Iman & Kasih Sayang

~yg masih mengharap, yg yakin harapannya x kan pernah dipunahkan begitu sahaja (-_-)