Tuesday, December 18, 2007

antara bangsa dan agama

Dalam peristiwa fat-hu Makkah(pembukaan Makkah), sambil meruntuhkan berhala, Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT yg bermaksud :
"Dan katakanlah,"yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap", sesungguhnya yang batil itu sesuatu yang pasti lenyap"
[Surah Al-Isra' : 81]



kuman-kuman dari eropah telah bersarang di dalam kepala golongan sekular, menyebabkan mereka menuduh Islam sebagai menyekat perkembangan budaya, tanpa mengira budaya yang bercanggah dengan akidah dan merosakkan keimanan umat. bagi mereka musnah agama tidak perlu difikirkan sangat, asalkan budaya dijunjung tinggi, kerana budaya mempunyai nilai ekonomi.

memang tidak dinafikan bahawa manusia atau sesuatu bangsa mempunyai budaya, Islam tetap menghargai budaya selagi budaya itu tidak bercanggah dengan agama. Apabila bercanggah dengan ajaran akidah, ia bukan lagi dianggap budaya, tetapi ia adalah maksiat yang mesti dicegah sepenuh daya.

budaya bukan tandingan kpd Islam. Islam satu2nya agama yang dijamin betul kerana ia datang dr Allah SWT sedangkan budaya itu hasil pemikiran dan cara hidup manusia, yang tidak semuanya bertepatan dengan syariat Allah SWT.

"yg utama mesti kita perjuangkan bukan lah bangsa/budaya, tetapi agama.. dan yg menjadi asas kpd perjuangan pastinya akidah yg benar"


"Islam is the perfect control for the Fitrah. It provides a divine method that elevates man above animals and the rest of creation"


"Allah, being Perfect, in His Wisdom and Knowledge, perfected a complete way of life for us. He has set His limitations and rules, all of which are beneficial to mankind, and therefore, do not need changing"

2 comments:

Kangbarok said...

memang sepatutnya semua bersatu...

syuhada said...

yup.. btl tu. thanks sbb sudi ziarah mencari-cahaya.. (^_^)