Wednesday, December 12, 2007

izinkan aku berinteraksi dengan-Mu...

"Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri"
[Al-Qaf : 16]



"Aku memilih dengan penuh kesedaran dan kefahaman ku sendiri bahawa Engkau wahai Tuhan memang wujud..
Nabi-Mu, Nabi Muhammad SAW membawa khabar dari-Mu bahawa nama-Mu ialah Allah...
Engkau lah yang Maha Sempurna, Engkaulah Sahabatku yang paling akrab, Kekasih yang tidak pernah mungkir, Penolong Yang Maha Kuat

Ya Allah Ya Tuhanku, aku kembali pada-Mu
Ya Allah tolonglah aku dengan syafaat nabi-Mu
Ya Allah bukalah pintu hatiku,
agar dapat aku berinteraksi dengan-Mu..."

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah berkata :
“Tiada yg membezakan seorang wali itu dgn manusia lain dr segi amalannya, tetapi yg membezakannya ialah mrk memiliki kekuatan jiwa yg hebat dlm menghadapi segala musibah. Karamah yg plg besar ialah istiqamah dgn Tuhannya, redha dan patuh pada ketentuan-Nya”


manusia mempunyai 4 pusat pd dirinya, iaitu ruh, emosi(nafsu), akal dan jasad. ruh diturun ke alam ini di dalam jasad yang diciptakan oleh Tuhan dari tanah. manusia juga dibekalkan dgn nafsu dan akal. manusia yg hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas kepada ujian hidup. kekuatan ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad. kekuatan jasad amat terhad, ia mengikut kata hatinya.. kekuatan akal pula terbatas, manusia boleh merancang, bijak dlm perilaku dan tindakan.. tetapi hakikatnya dlm realiti kehidupan, banyak perkara berlaku di luar dugaan. akal menjadi lemah apabila perancangan gagal, lemah apabila diri menghadapi musibah, kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.. kekuatan emosi juga tidak kuat jika diri seseorang individu itu tidak bertaut dgn Tuhannya..


firman Allah SWT :
"Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri"
[Al-Qaf : 16]

kekuatan ruh berhubung dgn Allah SWT adalah berdasarkan ingatan.. kaum sufi memulakan pembinaan manusia dgn kekuatan ruh dan bukan akal atau emosi.. ini adalah berdasarkan sunnah Rasulullah SAW dlm membaiki masyarakat Quraisy. Baginda Rasulullah SAW mendatangkan kalimah tauhid dlm jiwa masyarakat Arab selama 13 tahun. ibadah awal para sahabat ketika itu adalah zikir.. tambatan hamba dgn Tuhannya bukan sekadar pada hafalan sifat2-Nya, tetapi ialah merasai kehampiran dgn Tuhannya, sehingga hati mrk gementar apabila disebut nama Allah SWT, air mata menitis apabila mengingati-Nya, mrk merasa rindu dan cinta sehingga perasaan itu menyebabkan emosi, akal dan jasad turut sama2 merasainya...

"Zikir hamba dgn Tuhannya menyebabkan ia menjalani kehidupan dgn senyuman.. kehidupn menjadi indah, simple dan tiada stress walaupun menghadapi pelbagai musibah"

"jadikan ZIKIR sebagai AMALAN"


(sedikit perkongsian dr apa yg nad dapat melalui program "Mari Berinteraksi Dengan Tuhan" tdk lama dlu.. program yg mengajar para peserta untuk laksana senaman pernafasan yg diiringi dgn zikir dan tafakur, juga sdkt dari pembacaan nad melalui buku Rawatan Diri dengan Energi Zikir Pernafasan & Tafakur :) )


No comments: