Thursday, October 25, 2007

Hidup ini punya matlamat

Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Salam syawal bt smua.. rasanya msh blm terlambat lg (^^.) .. lama dah nad x update blog ni.. been quite busy lately.. dgn kerja officenye, kerja persatuan dan urusan peribadi.. rasa seperti semakin singkat pula masa yg ada.. pelik, sdgkan masa yg berlalu msh lg 24 jam dlm sehari.. bila difikrkan smula, benarlah seperti 'renungan' yg pernah di kongsikan olh seorang shbt nad, katanya;

"Hidup ini pendek bukan krn pendeknya masa. bukan juga krn pendeknya umur. tapi ia singkat kerana terlalu banyak perkara yg dikejar, sdgkan masa dan umur terlalu sedikit"

buat hari ini, ini yg smpt nad kongsikan. insyaAllah, ada yg menarik akan menyusul.. untuk entry kali ni nad ambil dr email yg dihntr oleh seorang shbt (alhamdulillah.. thx alot sis).. amat bgs untuk kita fkrkan dan amalkan semampu mgkin.. insyaAllah. hopefully shbt2 dpt manfaat yg sama.

-------

"Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah, penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh"

Sebagai hamba, kita perlu sentiasa beringat bahawa Allah menciptakan kita hanya dengan satu tujuan, iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Semuanya mesti jadi ibadah. Jika umur 60 dan tidur sehari 8 jam, jumlah tidur selama 20 tahun itu mesti dijamin yang ia adalah ibadah. Seandainya semua itu tersia menjadi sisa, maka muflislah kita mengadap Allah di Padang Mahsyar. Oleh itu, adat kebiasaan yang baik mesti diangkat menjadi ibadah. Jika adat boleh memenuhi sekurang-kurangnya enam ciri teras ibadah, maka bolehlah ia menjadi persembahan kita kepada Allah. Enam ciri teras itu ialah :

1)Niat yang betul, baik dan tepat.
2)Adat atau sebarang aktiviti berkenaan mestilah diharuskan oleh Syara'.
3)Perlaksanaannya tidak bercampur aduk dengan anasir yang anti-Syara'.
4)Ia dilaksanakan dengan sebaik mungkin (itqan dan optimum).
5)Menjaga prioriti. Ibadah umum tidak boleh melanggar Ibadah Asas dan Sunat.
6)Hasil perbuatan tersebut baik kesannya.

-------

Seorang sarjana Islam pernah berkata "Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab"

"hidup ini indah jika segalanya kerana Allah SWT"

Thursday, October 4, 2007

upin, ipin n amrin :)


"Dan Dialah yg menurunkan hujan setelah mrk berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dialah pengawal (yg melimpahkan ihsanNya), lagi Maha Terpuji"
Surah Asy Syura : 28


amrin hakim
+
mak ya
=
keluarga bahagia (^-^) .. huhu..


"Amrin Hakim..
lahir mu bersama kejutan..
menjadi iktibar buat mrk yg beriman..
kelak tika kau dewasa,
kan ku khabarkan.. kisah kelahiranmu,
agar engkau memahami..
lalu menjadi insan yg bersyukur dan berbakti
kerana Dia, Rabbi.."


Calon solehah.. menarik :)


“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan. “Macam cari gagak putih,” tambahnya. “Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum. “Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya. “Belum lagi….” “Kenapa?” dia pula tersenyum. “Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik. “Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin… Dah terlajak le ni.” “Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi. “Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”. “Kalau tak jumpa, macam mana?” “Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?” “Apa syaratnya?” “Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….” “Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat- syarat macam tu,” balas saya.

Ukur Takwa

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi. “Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya. “Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!” “Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

Ada Cara Lain

“Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?” “Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”. “Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi” “Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”

Lebih Tepat

“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”

Terlalu Ideal

“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?” “Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.” “Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya. “Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.” “Maksudnya?” “Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

Mudah Bukan Untuk Dipermudahkan

“Boleh lebih kurang lah ni ye?” “Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.” “Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?” “Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdra. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdra. Letakkan piawai tinggi utk diri sdra. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….” “Oh saya faham” “ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!” “Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.” “Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan".(Al-An'am: 3)

www.isiukm.com/v4