Showing posts with label Indahnya Bersama Islam. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Bersama Islam. Show all posts

Wednesday, May 14, 2008

Lelaki dan Wanita

Emailed by a friend.. tq :)

lelaki dan wanita masing-masing mempunyai peranan yg telah ditetapkan. mrk juga dipertanggungjawabkan antara satu sama lain.. dlm tanggungjawab itu pula ada kemuliaan yg Dia kurniakan dgn cara yg tersendiri... seorang isteri misalnya, dikehendaki untuk mentaati suaminya dlm segala hal selagi tidak menyalahi seruan Allah SWT. maka si suami mendapat layanan dan ketaatan si isteri.. sebagai imbangannya, si suami dipertanggungjawabkan pula untuk mendidik dan melindungi si isteri.. sekiranya kedua-duanya dapat menjalankan amanah dgn sebaiknya, maka tiada anugerah yg lbh bsr lagi yg layak buat mrk melainkan redha dan syurga Allah SWT. syurga di dunia, iaitu ketenangan dlm rumah tangga dan syurga yg kekal abadi di akhirat kelak.. insyaAllah. nad suka membaca artikel ini dlm konteks nikmat dan amanah.. semuanya cukup cantik dan saling imbang mengimbangi.. tahulah kita juga bahawa stp nikmat itu hadir bersamanya amanah.. manakala stp amanah itu hadir bersamanya nikmat yg besar.. selamat membaca :)

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." [Ali-Imran : 103]

LELAKI :


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


Saturday, May 3, 2008

Amazing work, MasyaAllah :)

CRUSHING the slanders against our beloved Prophet PBUH and Islam.
WATCH and SPREAD THEM

tonton kedua2 video ni kemudian ambil sdkt masa untuk sebarkan.. masyaAllah.. satu usaha yg bagus olh saudara2 kita.. let us all participate and support this campaign of dawah for non-Muslims and help to educate the ignorants... help them see the beauty of Quran and Islam. May Allah reward you for your little time n efforts..

Response to the dishonest disfigurations of the video "Fitna" :



Response to the hypocritical slanders about the MARVELLOUS marriage of Sayyidah Aishah (Radia Llahu Anha) :



Saturday, March 8, 2008

ya Rabb...

waiting anxiously for the result..

"ya Rabb..
hanya pada-Mu, hambaMu yg kerdil ini panjatkan seluruh harapan dan pergantungan... kurniakanlah kemenangan, andai itu yg terbaik buat diri kami pd saat ini..
andai Engkau tangguhkannya,
maka golongilah kami dikalangan hamba-hambaMu yg redha..
kuatkanlah semangat kami untuk terus berusaha kerana dan kepada-Mu..
dan jadikanlah stp yg berlaku,
sebagai perkara yg mendekatkan lagi kami kpd diri-Mu..
ya Rabb.. ya Allah.. ya Hadi~"
-----
rakaman di sekitar stadium sewaktu munajat perdana di Kelantan.. subahanallah..

demi menegakkan daulah Islamiah, berpaksikan prinsip 'kesyumulan Islam'.. dgn mengambil politik dan pilihanraya sbg salah satu wadah perjuangan..

ku melihat, politik itu juga medan dakwah..

politik itu juga medan tarbiyah.. ya Allah, indahnya Islam..

sifat wara'mu.. sifat tawadhukmu, kesabaranmu, ketokohan dan kafakihanmu..
menjadikan dirimu dikalangan pemimpin yg dikagumi dan disayangi.. tuan guru ku..

kenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat




Friday, March 7, 2008

Pemimpin Gerakan Ikhwan di Eropah Gesa Rakyat Malaysia Sokong PAS

PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

Pemimpin Gerakan Ikwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) www.bahankempen.com, beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.

Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.

Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.
Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.

Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini,” ujar Abu Tuah.

Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, “Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain.”



Thursday, February 28, 2008

Model Negeri Kebajikan PAS Terengganu (1999-2004)

**artikel ni dah lama dipostkan, baru la ni terbaca.. kalau x mampu nak baca smua, blh just look roughly dulu.. banyak fakta dan info menarik.. slmt membaca. :) - bukti kejayaan kepimpinan ulama', insyaAllah!

Sumber : Detikdaily

Model Negeri Kebajikan PAS Terengganu (1999-2004)
Posted on Thursday, January 31 @ 22:21:59 EST by reformis
Artikel Oleh AWANG HARUN

Pilihan Raya Umum Ke-12 diramalkan tidak jauh lagi setelah gendangnya mula dipalu serta dicanangkan sejak setahun lalu.PAS serta parti-parti pembangkang lain kini berada dalam situasi ‘bersiap-sedia’ pada bila-bila masa kerana memikul suara-suara rakyat yang mahukan pilihan raya itu segera diadakan sekarang.

Sehubungan itu, kesepakatan hati PAS serta kesatuan dengan rakan-rakan dalam Barisan Alternatif (BA) terutama KeADILan dilihat mampu membawa perubahan besar dengan ‘kuasa’ rakyat.PAS kini menawarkan kepada rakyat sebuah pemerintahan serta corak negara berkebajikan jika diberi mandat dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebuah ‘Negara Berkebajikan’ sebenarnya bukan perkara baru yang kini amat menggusarkan para pemimpin Umno serta kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini sejak tawaran itu dibuat oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Mengimbas kembali, bagaimana corak pemerintahan yang pernah dilaksanakan oleh PAS ketika mentadbir negeri Terengganu meski pun menghadapi kekangan kewangan akibat ‘dirampas’ hak mendapat royalti Petroleum oleh kerajaan pusat waktu itu.

Agenda pembangunan negeri Terengganu Darul Iman di bawah pemerintahan PAS itu telah dirangka berdasarkan elemen-elemen ‘hasanah’ di dunia dan ‘hasanah’ di akhirat.Justeru itu, kerangka perancangan dan pelaksanaan semua program dan projek pembangunan di Terengganu berpaksikan sumber al-Quran dan as-Sunnah.

Reformasi Pentadbiran Tanah

Sepertimana yang dijanjikan di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-10 pada tahun 1999, kerajaan PAS Terengganu telah melakukan reformasi tanah melalui langkah-langkah berikut;

Menyusun semula sistem pentadbiran tanah dengan mengurangkan karenah birokrasi dalam proses permohonan dan kelulusan serta menurunkan lebih banyak kuasa membuat keputusan di peringkat pentadbiran tanah daerah.

Membuka semula permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu sejak tahun 1975.

Menurunkan kadar premium tanah daripada 20 peratus kepada 10 peratus harga pasaran tanah. Bahkan, kelonggaran cara bayaran juga diperkenalkan terutama bagi yang benar-benar tidak mampu.

Mengenal pasti kaedah pelupusan yang cepat dan singkat dengan menggunakan khidmat jurukur swasta dan memanfaatkan institusi masyarakat seperti Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi mengenal pasti kelayakan peserta atau pemohon.Hasilnya, kerajaan PAS Terengganu dapat menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta-peserta rancangan tanah Felda dan Felcra.

Kerajaan PAS Terengganu juga berjaya melepasi sasaran menyelesaikan 50,000 permohonan tanah rakyat setahun dan contohnya bagi tempoh April 2002 hingga April 2003 sebanyak 50,731 permohonan tanah dapat diselesaikan.

Selain itu, menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah dan bagi tahun 2001, kerajaan negeri berjaya memungut RM51,831,00 juta dan meningkat kepada RM78,733,000 pada tahun berikutnya.

Pengurusan Kewangan Negeri:

a. Akaun Bebas Riba;

Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu. Kerajaan pimpinan PAS segera memindahkan simpanan aset tetap (fixed deposits) dari bank-bank konvensional kepada bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Kewangan utama negeri dibebaskan daripada sebarang urusniaga melibatkan riba.

b. Audit Bersih;

Sepanjang pemerintahan kerajaan PAS di Terengganu pihak Jabatan Audit Negara telah memperakui ketelusan kerajaan negeri terhadap setiap sen wang kerajaan yang dibelanjakan itu. Laporan tahunan kewangan negeri memetik kenyataan Ketua Audit Negara yang memuji pengurusan kewangan negeri Terengganu serta disifatkan sebagai pengurusan kemas dan tiada wujud sebarang penyelewengan kewangan.

c. Tidak Perlu Berhutang;

Kerajaan PAS Terengganu pada waktu itu tidak perlu berhutang dengan kerajaan pusat sama ada bagi membayar gaji bulanan kakitangan atau membayar bonus tahunan seperti mana yang diistiharkan kerajaan pusat. Sedangkan beberapa negeri yang diperintah oleh kerajaan BN seperti Perlis, Kedah, Pahang dan Johor dilaporkan terpaksa meminjam daripada kerajaan pusat bagi urusan bulanan masing-masing.

d. Tidak Menambah Hutang;

Beberapa negeri yang masih mempunyai hutang tertinggi dengan kerajaan pusat adalah negeri-negeri yang diperintah BN berbanding Kelantan dan Terengganu. Sedangkan hutang bagi kedua-dua negeri yang diperintah PAS adalah pesaka tinggalan bekas kerajaan BN sebelum itu. Antaranya, Sarawak berhutang sebanyak RM5,000 juta. Johor (RM3,000) juta, Kedah (RM2,000) juta, Terengganu (RM800) juta dan Kelantan RM5,000 juta.

e. Berjimat-cermat di Pejabat Kerajaan;

Kerajaan PAS Terengganu berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus kira-kira RM82,939.00 sebulan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negeri. Ini termasuk, menjimatkan penggunaan elektrik, air dan alat ganti.

Pungutan Zakat

Jumlah pungutan zakat sepanjang pemerintahan ulama’ menyaksikan peningkatan tahun ke tahun. Justeru itu, menyebabkan jumlah kutipan selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS Terengganu ketika itu hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN dahulu. Tahun 2000 zakat berjaya dikumpul sebanyak RM20.8 juta, tahun 2001 (RM28.7) juta, 2002 (RM32.9) juta dan tahun 2003 (RM40.05) juta.

Hasil Hutan

Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri adalah melalui cukai hasil hutan dan sebagai perbandingan iaitu pada tahun 1995 sebanyak RM25.8 juta, 1996 (RM28,5) juta, 1997 (RM32.2) juta, 1998 (RM14.9) juta, 1999 (RM13.4) juta. Manakala, tahun 2000 pula sebanyak RM29.1 juta, tahun 2001 (RM34.3) juta. Tahun 2002, naik kepada RM53.1 juta dan tahun 2003 sebanyak RM63.5 juta.

Penyusunan Semula Anak-anak Syarikat

Zaman kerajaan BN juga terkenal dengan kewujudan terlalu banyak Syarikat-syarikat Anak milik kerajaan negeri. Kerajaan juga banyak memegang saham di dalam beberapa syarikat perniagaan. Malangnya, kebanyakan mereka menanggung kerugian demi kerugian yang berjumlah ribuan juta ringgit.

Berbagai penyelewengan dan salah pengurusan didapati berlaku. Antara yang parah seperti Perwaja Steel Terengganu, Gunawan Steel, Pelangi Air, A&W, Medi Air, Babena dan lain-lain. Antara, syarikat yang mencatatkan keuntungan operasi ialah Syarikat-syarikat di bawah kumpulan TDM Berhad, EPIC dan Ladang Rakyat.

Buka Institusi Pendidikan Baru

Kesungguhan kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS memartabatkan pendidikan anak bangsa jelas terbukti dengan penubuhan beberapa institusi pendidikan baru. Antaranya, Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ) dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).

Penurunan Kadar Kemiskinan

Pada tahun 1999, negeri Terengganu menduduki tempat kedua tertinggi di antara negeri-negeri di seluruh negara dalam kadar kemiskinan rakyatnya. Sejumlah 17.3 peratus atau 173 bagi setiap seribu orang rakyat Terengganu adalah miskin. Ertinya, pendapatan royalti Petroleum hampir RM7 bilion yang pernah diterima oleh kerajaan BN dahulu telah gagal diurus dengan baik bagi membasmi serta mengurangkan kadar kemiskinan.

Selepas pemerintahan beralih tangan kepada kerajaan PAS tahun 1999, taraf hidup rakyat jelas meningkat. Ianya dicapai hasil beberapa faktor iaitu kenaikan kadar bantuan am kebajikan, kadar elaun imam bila dan sebagainya.Pengagihan bantuan sama ada zakat atau lain-lain bantuan yang kena pada sasaran. Apabila bantuan diberikan kepada yang benar-benar susah atau miskin. Maka, ia secara jelas mampu memperbaiki taraf hidup rakyat.

Selain itu, pengecualian beberapa bentuk ‘bebanan sampingan’ seperti cukai pintu rumah kediaman, lessen beca, cukai bakul dan seumpamanya yang sekaligus mengurangkan bebanan yang kena dibayar oleh rakyat.Pada akhir tahun 2001 sahaja hanya setelah lebih dua tahun kerajaan PAS memerintah negeri Terengganu telah berjaya mengurang kadar kemiskinan rakyatnya kepada 14 peratus sahaja.

Kerajaan kepimpinan ulama’ berjaya memperbaiki kedudukan dalam senarai negeri-negeri di seluruh Malaysia dalam kadar kemiskinan tertinggi iaitu dari tempat kedua kepada tempat ketiga dan seterusnya keempat.

Pengurusan Bekalan Air:

a. Kutipan Hasil Air;

Daripada 17 buah negeri dan agensi pengurusan air hanya 11 buah sahaja yang mengalami kelebihan kutipan hasil berbanding dengan kos operasi pada tahun 2001. Terengganu telah mencatatkan lebihan kutipan sebanyak RM35,240,763. 00 juta pada tahun 2001 serta menduduki tempat kedua selepas negeri Kedah dengan kos RM35.43 juta.

b. Kadar Tarif Air 2002;

Terengganu merupakan negeri ketiga terendah dalam tarif air bagi kegunaan domestik iaitu 52 sen/m padu. Oleh yang demikian, jika pengambil-alihan pengurusan oleh kerajaan pusat berlaku, kajian semula kadar ini besar kemungkinan akan menyebabkan tarif air akan naik dan ini akan membebankan pengguna/ rakyat.

Masjid Semakin Makmur

Islam dan politik adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Masjid sebagai pusat pendidikan Islam dan bertindak sebagai pusat politik. Ekoran perubahan pentadbiran masjid. Beberapa perubahan mendadak berlaku dalam aktiviti memakmurkan masjid. Jumlah ahli jemaah semakin ramai, majlis agama atau kuliah semakin banyak dan kebanyakkan masjid di negeri ini tidak lagi kering atau lengang seperti dahulu. (zaman BN).

Isu Tapak Sekolah Umno ‘Putarbelit’ Fakta

Media arus perdana sejak tahun 2001 lagi sering kali memutar-belitkan fakta mengenai kelulusan tanah tapak sekolah di Terengganu. Laporan yang memetik sumber Umno itu secara tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan PAS Terengganu waktu itu enggan meluluskan permohonan Kementerian Pendidikan sehingga menyebabkan pembinaan sekolah baru di Terengganu tertangguh.

Walhal, menurut maklumat kerajaan PAS waktu itu menjelaskan menerima 58 permohonan tanah dan yang ditolak dua sahaja kerana berlaku pertindihan permohonan.

Berikut adalah pecahan mengikut daerah masing-masing iaitu Setiu 13 permohonan dan lulus, Kemaman (12), Hulu Terengganu (10), Marang (8), Dungun (6) Kuala Terengganu (4) dan Besut lima permohonan dengan dua daripadanya ditolak.

Pinjaman Tanpa Faedah

Kesungguhan kerajaan pimpinan Ulama’ membebaskan negeri ini dari cengkaman riba telah pun dibuktikan dengan menghapuskan faedah pinjaman bagi kakitangan kerajaan negeri. Rasional tindakan tersebut kerana kakitangan kerajaan selaku jentera yang mendokong sesebuah kerajaan mestilah terlebih dahulu ‘dibersihkan’ dari sebarang unsur yang mencemarkan imej Islam termasuk amalan riba. Semua bentuk pinjaman kerajaan negeri terutama pinjaman kenderaan dan komputer tidak dikenakan sebarang faedah.

Cukai Pintu Rumah Kediaman dan Tunggakan

Sebaik sahaja mengambil-alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999, kerajaan Barisan Alternatif pimpinan PAS telah memutuskan untuk membatalkan kutipan cukai pintu bagi rumah kediaman beserta tunggakannya. Langkah itu menyebabkan kerajaan negeri kehilangan sumber hasil berjumlah RM12 juta setahun.

Tabungan/ Dana Awam

Kerajaan PAS Terengganu mengamalkan konsep muafakat di dalam masyarakat dengan menggalakkan pemberian wakaf dan khairat di kalangan rakyat melalui pentadbiran yang tersusun.Kerajaan PAS telah menubuhkan beberapa tabung atau dana awam khususnya bagi mengumpul sumbangan dari ‘yang ada’ untuk dibelanjakan kepada ‘yang tiada’. Di antaranya, Tabung Darul Iman (TDI), Dana Masjid dan Tabung Kebajikan Bukan Islam. Ketiga-tiga tabung tersebut mempunyai fungsi tersendiri iaitu masing-masing bagi membantu golongan kurang bernasib baik, bagi membina dan menyelenggara masjid serta membantu golongan bukan Islam.

Kerja Lima Hari Seminggu (Cuti Dua Hari)


Apabila PAS menang di Kelantan pada tahun 1990, sistem kerja lima hari seminggu (cuti Jumaat dan Sabtu) mula dilaksanakan. Kerajaan Pusat turut laksanakan cuti Sabtu minggu pertama tidak lama selepas itu.Selepas menang di Terengganu, PAS turut melaksanakan cuti dua hari seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu. Kerajaan Pusat mula melaksanakan cuti tambahan Sabtu minggu ketiga berkuatkuasa 1 Februari 2000.

Cuti Bersalin 90 Hari, Suami Tujuh Hari

Setelah PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990, kemudahan cuti bersalin selama 60 hari kepada kakitangan wanitanya diperkenalkan. Tempoh asal cuti bersalin yang diterima pakai pada waktu itu ialah 40 hari. Apabila PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, tempoh cuti bersalin itu dilanjutkan kepada 90 hari, di samping cuti isteri bersalin untuk suami turut dilanjutkan kepada tujuh hari.

Pusat Perubatan dan Rawatan Islam

Kerajaan PAS Terengganu mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan Pusat Perubatan Islam Darul Iman (DIIMC) dan Kem Seliaan dan Latihan Pemadam Negeri Terengganu (KESIHAT).DIIMC merupakan pusat perubatan swasta yang pertama di Terengganu tetapi kini ditutup oleh kerajaan Umno/BN Terengganu. Matlamat penubuhannya ialah untuk memberi dan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang berkualiti dan sama rata dengan harga berpatutan mengikut syiar Islam.

Bangunan DIIMC terletak di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu. Ia diuruskan oleh Kumpulan Mediiman Sdn. Bhd iaitu anak Syarikat TDM Berhad. Pembahagian saham DIIMC iaitu masing-masing 20 peratus oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), MAIDAM dan Kusza. Manakala, baki 40 peratus dipegang oleh TDM Berhad. KESIHAT pula adalah pusat rawatan dadah secara Islam yang pernah beroperasi di Kem Cadur, Marang semasa pemerintahan PAS.

Elaun Imam / Bilal

Selama 38 tahun di bawah pemerintahan kerajaan BN dengan pendapatan royalti yang banyak tetapi elaun imam hanya dibayar RM180.00 sebulan. Sebaik sahaja PAS mengambil-alih pemerintahan, PAS telah menaikkannya kepada RM350.00 sebulan meski pun sebahagian besar mereka dari kalangan ahli serta penyokong Umno/BN.

Pengecualian Cukai Bakul dan Lesen Beca:

Di antara langkah-langkah bagi mengurangkan beban sampingan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah ialah dengan menghapuskan amalan mengutip cukai bakul bagi peniaga harian. Bahkan, turut dikecualikan adalah bayaran lesen beca roda tiga. Penghapusan kedua-dua bentuk bayaran tersebut merupakan ‘bonus tidak langsung’ oleh kerajaan PAS ketika itu kepada rakyatnya.

Penghapusan Tol di Jambatan Sultan Mahmud:

Sebaik sahaja mengambil-alih pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-10 tahun 1999. kutipan tol yang berjumlah 50 sen sehala bagi setiap kenderaan yang menggunakan laluan di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu telah dihentikan serta-merta. Langkah tersebut menyebabkan kerajaan negeri ketika itu (PAS) kehilangan sumber pendapatan antara RM4.2 juta hingga RM4.5 juta setahun.

Dalam masa yang sama, kerajaan PAS Terengganu ketika itu terpaksa menanggung kos penyelenggaraan jambatan berkenaan yang mencapai angka ratusan ribu ringgit setiap tahun. Tiga tahun pertama pemerintahan (2000-2002) sebagai contohnya, jumlah perbelanjaan penyelenggaraan keseluruhan ialah sebanyak RM690,870.81 yang melibatkan penyelengaraan kerja sivil sebanyak RM181,315.71 dan penyelenggaraan kerja-kerja elektrik sebanyak RM509,555.10.

Jumlah kos penyelenggaraan mengikut tahun adalah RM154,769.00 (2000), RM299,689.91 (2001) dan RM236,411.90 (2002).Tindakan kerajaan negeri menghapuskan bayaran tol itu sebenarnya satu lagi bentuk pengurangan beban perbelanjaan yang kena dibayar oleh rakyat.

Imbuhan Guru al-Quran/ Huffaz:

Bermula akhir tahun 2003, setelah kedudukan kewangan kerajaan negeri agak stabil, bayaran imbuhan berkenaan telah disambung semula beserta dengan bayaran tunggakan beberapa bulan kebelakang. Seramai 2,048 guru al-Quran di kampong-kampung dan huffaz menerima bayaran imbuhan masing-masing. Kerajaan PAS Terengganu komited dalam membela nasib mereka itu.

Bantuan Kebajikan Fakir-Miskin Tidak Diabaikan:

Meski pun dilanda kekangan kewangan oleh kerajaan pusat tetapi kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menaikkan kadar bantuan kepada golongan fakir dan miskin. Bantuan dinaikkan dari RM150.00 kepada RM200.00 seorang.

Manakala, golongan miskin pila dinaikkan daripada RM120.00 kepada RM150.00 seorang.Seramai 5,687 orang daripada golongan fakir menerima bantuan itu yang melibatkan peruntukan sebnayak RM1.37 juta dan bagi golongan miskin pula, seramai 35,726 orang menerimanya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.358 juta.

Fakta ini sekaligus menafikan tuduhan jahat pihak Umno/BN kononnya wang zakat MAIDAM habis disalurkan kepada anak-anak Exco, sekolah-sekolah PAS, ‘kader-kader’ PAS serta program PAS. Kini, rakyat serta pengundi mempunyai pilihan bagi menilai, mengkaji serta meneliti segala bentuk tindakan, pelaksanaan serta dasar-dasar yang pernah dijalankan oleh mantan kerajaan PAS di Terengganu selama empat tahun (1999-2004).

Rakyat yang berfikiran waras sewajarnya membuat perbandingan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pernah memerintah negeri ini selama 38 tahun serta hampir empat tahun sekarang (2004-2008).Rakyat adalah ‘Hakim’ yang bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh sebarang bentuk sogokan pihak tertentu demi menjaga maruah, bangsa dan agama.

nad berkempen :)

assalammualaikum..

banyak plk posting tentang politik dalam blog ni :) maklumlah, fasa berkempen pun dah bermula.. berkempen tuk ape yek? kempen tuk masa depan nad la :), masa depan bakal2 anak nad insyaAllah.. masa dpn shbt2 nad.. juga berkempen untuk masa dpn anda smua, masa dpn KITA RAKYAT MALAYSIA.. kempen utk mewujudkan sebuah negara berkebajikan yg bersih dari amalan rasuah, korupsi, sebuah negara yg menjamin keadilan sosial, kebebasan media dan istitusi kehakiman dari kwln politik.. kempen tuk keselamatan rakyat.. kempen tuk penurunan harga minyak dan barangan keperluan, kempen tuk membanteras maksiat yg berleluasa diperingkat bwhn apatah lg atasan.. yg lbh penting lg, berkempen tuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam, yg berteraskan undang2 Islam.. mengangkat para alim ulama' sbg pimpinan tertinggi.. pimpinan yg tulus, pimpinan yg diredhai, insyaAllah..

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)" - [Surah Yunus: 89]

buat semua, terutama para pengundi.. buka lah mata, buka lah minda.. tilik semua fakta2 yg ada.. baik dr media alternatif mahupun main stream.. buat la penilaian yg sewajarnya.. carilah kbnrn dan jgn takut untuk melakukan perubahan.. berilah peluang kpd barisan alternatif untuk membuktikan kemampuan mrk (dgn izin Allah swt juga).. berilah peluang pd dri sndiri untuk merasai nikmat dan rahmat hidup dibawah kepimpinan Islam yg sbnr.. say YES tu PERUBAHAN! :)

"kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuk mereka amat disenangi rakyat dan merupakan pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini."


mm.. beralih cerita. isnin lps, nad ada mtg di hq, spt biasa mtg kami akan dimulai dgn slot perkongsian ilmu.. and this week, our managing director sndri tlh memberikn pengisian.. secara umumnya berkisar tentang pru-12, iaitu tntg kewajiban mengundi dan kepimpinan yg harus menjadi pilihan.. amat-amat menarik.. sedikit mutiara kata untuk dikongsikan bersama anda smua :

"kalau kita yakin akan hari pembalasan, pasti kita akan menjadi org yg bekira-kira"

"hari pembalasan, hari dimana anak pinak dan segala harta benda tidak lagi berguna, kecuali yg balik dgn hati yg sejahtera"

"setiap segenap kehidupan kita, mestilah disandarkan pd agama"

"kita kini berada 1400 tahun di belakang baginda Rasulullah SAW. sebelum kita terdapat berbilion2 umat nabi Muhammad SAW dihadapan. jika dibariskan nak digambarkan kita sbnrnya berada jauh dibelakang.. di mahsyar kelak, insan2 akan berada dibelakang barisan pemimpinnya sewaktu didunia. terdapat banyak barisan yg panjang disana kelak. yg memustahilkan kita untuk melihat siapa didepan.. mudah2an kita berada di belakang barisan yg dihadapannya dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah SAW dan para shbt.." masyaallah..


**sdg post entry sambil mendengar cd 'Mari memuji kekasih Allah'.. cd berharga rm10 yg dibeli dr seorang juru jual.. untuk sumbangan kpd maahad tahfiz dan anak-anak yatim katanya.. kalau ternampak, beli la ye.. best jugak, diselang selikan antara selawat, marhaban dan nasyid.. ya Rasulullah.. kami merinduimu.. ya nabi Allah.. kami merinduimu..