Wednesday, October 28, 2009

Langkah memperbaiki kelemahan diri ( Tazkiyyatun Nufus )




Lihat hit counter, makin naik.. pelik, chat box pun menunjukkan bukti masih ada yang sudi bertandang.. Terima kasih buat kalian yang masih sudi ziarah. memberi sedikit galakkan untuk saya terus menulis :)

Dikongsikan sedikit tazkirah ringkas, dicedok dari facebook Ustaz Zahazan Mohamed, semoga bermanfaat, insyaAllah.

"Saya terbaca dalam Tazkiyyatun Nufus oleh Syikh Sa'eid Hawwa yg merupakan bekas penggerak sebuah harakah Islamiyyah terbesar dan berpengaruh di Timur Tengah, langkah memperbaiki kelemahan diri ( Tazkiyyatun Nufus ) berdiri di atas 4 rukun,

Perkara pertama ialah kita digalakkan mendengar pandangan musuh kita tentang kita kerana lumrahnya apa yg mereka katakan itu adalah benar-benar kelemahan kita. Musuh berperanan mencari kelemahan kita. Jadi kita hendaklah memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Sabarlah terhadap mereka dan hadapilah dengan hikmah..

Perkara ke 2 ialah kita mesti menjalin hubungan dengan guru-guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi, mu'allim, mu`addib yang dapat membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dgn ilmu dan hujjah yang sahih, bukannya guru-guru ahli bid'ah yang mengada-adakan dalam urusan agama tanpa dalil yang benar..

perkara yang ke 3 ialah dia mesti mencari ar-Rafaqatus Salihun, teman-teman yang salih yang sentiasa menegurnya dengan kasih dan hikmah agar dia memperbaiki kekurangannya. Imam Nawawi meletakkan suatu bab yang khas dalam Riyadhussalihin kepentingan berziarah ke tempat-tempat salihin..

dan yang ke 4, hendaklah bergaul dengan orang kebanyakan, seperti ahli masjid, surau dan usrah2 menyebabkan dirinya mengetahui apa yang disukai manusia dan yang tak disenanginya."

----
Takziah buat Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Almarhumah Nur Fatimah menjadi syafaat buat ibu bapanya, di hari pertemuan suatu ketika nanti.

Sebagai seorang manusia, saya juga kadangkala berasa lemah dan tidak tahan dengan ujian yang datang. Jiwa yang kental kadangkala luruh pada keadaan-keadaan tertentu. Ketika itulah kita memerlukan Tuhan. Kita perlukan Dia bagi membantu mencatur dan mengawal pergerakan kita. Apabila terasa diri hilang kawalan, kita memerlukan kawalan dari Tuhan agar diri kita tidak tersasar dan terkeluar dari panduan. Persoalannya sekarang, benarkah Allah SWT boleh mengawal kita? Jawapannya YA! Memang boleh! Tetapi hakikat dunia sekarang, tidak ramai yang Allah kawal mereka. Semakin ramai yang tidak dikawal Allah. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu Allah kawal mereka. Inilah dia fenomena ‘semakin jauh dengan tuhan’.