Showing posts with label Isu dan Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Isu dan Ulasan. Show all posts

Wednesday, June 11, 2008

Sinful people calling others to do what is right


Source : http://islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=1382&main_cat_id=7

Question: I heard that a person who sins will be punished more harshly for his sins if he exhorts other people to righteousness. Is this true? Is it better for people who fall weak and commit sins to refrain from advising other people to do good?

Answered by the Fatwa Department Research Committee - chaired by Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî

Muslims who call others to Islam should try their utmost to live a righteous lives. This makes their message more readily acceptable to those who they call to righteousness.

However, if a Muslim falls short in his own practice, this does not mean that he should neglect calling others to what is right. This is because the duty to call others to what is right is a religious duty in and of itself.

Some people misunderstand some of what they read in the Qur’ân and Sunnah to mean that if their practice is not perfect, they should not call others. One verse that is often misunderstood in this way is where Allah says: “Do you order righteousness of the people and forget yourselves while you recite the Scripture! Then will you not reason?” [Sûrah al-Baqarah: 44]

This is a rebuke of people applying double standards. They make no effort to adhere to what is right in their own lives but insist upon right conduct in others. It does not mean that they are sinful or blameworthy because they call others to what is right. The blame is on their failure to do what is right themselves, though they obviously know what is right since they are reciting scripture and calling others to follow what is right.

Then there is the hadîth where the Prophet (peace be upon him) said:
A man will be brought on the Day of Judgment and cast into Hell. He will go around in Hell like a donkey in a grinding mill. The denizens of Hell will gather around him and say: “O so-and-so! Didn't you use to enjoin us to what is right and prohibit us from what is wrong? ”

That man will say: “I used to order you to do good but I myself never used to do it, and I used to forbid you from doing wrong while I myself used to do it.” [Sahîh Muslim]
In both of these texts, what the Muslim is being warned against sinful behavior, especially when he knows what is the right thing to do. These texts are not warning us against calling others to what is right. This distinction has been explained by al-Qurtubî, Ibn Kathîr, and many other scholars.

A Muslim has the duty to fulfill his religious obligations and abstain from sin. He also has the duty to call others to righteousness. Failure to perform the first duty optimally does not exempt him from fulfilling the second.

No one is perfect. No one is divinely protected from sin (ma`sûm) except for the Prophet (peace be upon him). If perfection were required from those who call others to righteousness, then there would be no one doing so.

And Allah knows best.

" Its written in the history
Islam once rule the world
But I’m standing here in melancholy
How can I claim of such word?
Those days have left us so far
Unreachable beauty like the star
History left ajar
Could I ever heal the scar?
What is happening to Islam today?
Why the feeling of me going astray
Oh Allah I plead and pray
Steadfast my faith in the righteous way "

Friday, June 6, 2008

Minyak-Kepedulian Dan Sifat Benar Pemimpin

sumber : www.jasa-my.org

Minyak-Kepedulian Dan Sifat Benar Pemimpin

Harga Minyak Mungkin Naik Ogos : Shahrir, Kuala Lumpur – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan. “Ia akan berlaku, harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula” katanya.

Begitulah petikan daripada halaman utama Sinar Harian yang boleh dibaca pada 3 Jun 2008, Selasa yang lalu. Ia seolah sebagai satu semboyan amaran kepada rakyat jelata bahawa mereka mesti bersiap sedia dalam jangka masa yang masih ada untuk mnghadapi satu kenaikan harga petrol yang berkemungkinan agak besar. Ternyata respon yang diberikan rakyat pelbagai dan apa yang pasti masing-masing sudah pun mencongak-congak akan kesusahan dan keperitan yang akan mereka lalui kelak.

Namun, dengan tidak semena-mena pada tengahari 4 Jun 2008 pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel masing-masing daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan RM1.58 kepada RM2.58 berkuatkuasa serta merta iaitu selepas tengah malam 4 Jun 2008. Dengan erti kata lain pada 12.00 tengah malam 5 Jun 2008 harga minyak petrol dan diesel akan dijual mengikut harga baru dengan kenaikan RM0.78 sen dan RM1. Jika dengan pengumuman ini kerajaan berhasrat untuk memberi kejutan kepada rakyat, ternyata mereka telah berjaya!

Seakan tersentak dengan pengumuman itu, pada petang 4 Jun 2008 orang-ramai mula berpusu-pusu melimpahi stesen-stesen minyak di seluruh negara sebaik pulang dari pejabat masing-masing. Orang ramai seolah berada di dalam keadaan panik dalam keadaan masing-masing cuba untuk memenuhkan tangki minyak masing sebelum menjelang 12 tengah malam. Menjelang pukul 7 malam suasana sekitar stesen minyak di Bandar Baru Bangi sendiri seolah suatu pesta apabila kenderaan-kenderaan persendirian beratur menunggu giliran kira-kira hampir-hampir mencecah 2,3 kilometer panjangnya. Samada mereka sempat bersolat maghrib ataupun tidak, itu tidak dapat dipastikan kerana jika dilihat dari pandangan mata kasar, ia seolah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan bilamana berada di dalam keadaan tersebut.Harapannya semoga mereka menunaikan kewajipan tersebut dan tidak menukarkan solat maghrib dengan harga minyak RM0.78 sen!

Respon tersebut memang sudah diduga daripada rakyat bawahan apabila berlakunya kenaikan harga minyak. Namun, apa yang menyebabkan kita berasa terkilan adalah apabila Shahrir Samad seolah cuba mempermain-mainkan rakyat berdasarkan kenyataan awalnya bahawa minyak mungkin akan dinaikkan pada bulan Ogos dan akhirnya perkara yang sebaliknya berlaku. Ya, kita faham Shahrir hanya membayangkan kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos dan dia sendiri tidak dapat menjaminnya tetapi dengan menaikkan harga minyak dan petrol sehari selepas dia menyatakan perkara sebaliknya di media massa, khalayak akan memandangnya sebagai seorang yang penipu a.k.a munafik-gelaran yang pernah diberikan kepada Abdullah Badawi apabila dia menafikan akan membubarkan parlimen pada hari sebelumnya tetapi berbuat perkara yang sebaliknya pada keesokkan harinya. Mungkinkah ini kita boleh istilahkan seperti kata bidalan "guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari" ataupun "kepimpinan melalui tauladan".

Berkata benar adalah sesuatu yang sangat penting terutama apabila seseorang itu bergelar pemimpin. Sebagai seorang menteri yang menjaga hal ehwal pengguna, sepatutnya pernyataan yang dikeluarkan oleh Shahrir akan lebih diyakini oleh rakyat kerana dia dianggap seorang yang berautoriti. Persoalannya selepas ini adakah rakyat akan terus yakin dengan Shahrir selaku sang menteri jika dia mengatakan kenaikan harga minyak ini tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat dan kerajaan akan memantau sentiasa harga barangan keperluan di Malaysia? Tepuk dada tanya iman!

Daripada cakap-cakap yang didengari daripada rakyat marhean, ramai yang mengeluh mengatakan andai kata kerajaan tidak sabar-sabar lagi untuk menaikkan harga minyak hingga tidak dapat menunggu lebih lama, sekurang-kurangnya berilah jika tidak seminggu, cukuplah sehari dua untuk rakyat lebih bersedia dengan perkara ini. Bukan dibuat secara mengejut sehingga menimbulkan suasana panik dan gawat di kalangan masyarakat seolah kerajaan tidak pernah mengambil peduli hal rakyat terbanyak. Sayugia perkara ini hendaklah dibincangkan secara mendalam dengan kesatuan sekerja, NGO, pakar-pakar ekonomi dan perlu dibentangkan di parlimen agar satu mekanisme yang terbaik dapat dicapai andai kata kenaikan harga minyak dan petrol memang sangat-sangat tidak dapat dielakkan demi kepentingan semua pihak.

Dengan kenaikan harga minyak dan petrol yang cukup tinggi ini, tidak mustahil teori domino akan terus menjerut rakyat. Pesta kenaikan harga barangan serta perkhidmatan lain pasti akan menambahkan igauan ngeri buat rakyat marhean yang kian tersepit. Memetik kata-kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman di dalam Utusan Online yang menyuarakan kebimbangannya terhadap kesan kenaikan harga petrol dan diesel itu yang akan memberi kesan buruk kepada kakitangan sektor awam yang berpendapatan rendah kerana mereka ini baru sahaja hendak menikmati keseimbangan pendapatan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan namun dikejutkan pula denagn kenaikan harga petrol dan diesel. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka di tempat kerja.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah yang turut dipetik dari sumber yang sama menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 40 peratus itu adalah besar dan bakal menjejaskan sosioekonomi rakyat. Paling terkena tempias dengan kenaikan harga minyak ialah golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar yang akan dibebani dengan kenaikan harga barang. Menurut Hilman lagi meskipun kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar melalui sejumlah wang pos kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak tetapi insentif itu tidak akan dinikmati oleh golongan yang tidak memiliki kenderaan dan kerana itulah kenaikan harga minyak tidak boleh hanya berpandukan kepada penggunaan minyak dalam kenderaan sahaja.

Apapun kini kenaikan harga minyak dan petrol telah pun diumumkan dan menurut ramalan harga ini tidak mustahil akan dinaikkan lagi dalam masa yang tidak lama. Rakyat bawahan yang semakin gelisah dengan situasi sekarang akan menjadi bertambah tertekan dan terus tertekan. Kerajaan seharusnya memikirkan suatu pelan penyelesaian segera yang akan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak agar tiada orang yang akan merasa tertindas dan ditindas.

Andai perkara ini gagal ditangani secara bijak, jangan salahkan rakyat jika mereka sekali lagi turun ke jalan raya demi mempertahankan hak dan maruah mereka!

Kimone Al-Kindi
Biro Kemasyarakatan dan Hal Ehwal Semasa
Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)

No shortage of physical oil supplies... mmm


Source: Financial Post

Published: Tuesday, June 03, 2008

Royal Dutch Shell chief executive Jeroen van der Veer said yesterday he did not see any shortage of physical oil supplies, echoing the view of many OPEC ministers who say the world market is well-supplied. Oil prices have risen more than fourfold since 2004 and gained about a third this year, partly on increased fears among investors that producers will struggle to produce enough oil to meet demand in a decade's time.

"There are no physical shortages in the world. We don't have ships waiting in the Middle East, no people queuing up for gasoline," Mr. van der Veer, left, said in Kuala Lumpur, Malaysia, where he was briefing on Shell's Asian business plan.

"From a stocks point of view, the whole value chain works well. ... It [the price] has a lot to do with psychology." U. S. crude prices hit a record high of US$135.09 a barrel last month before falling to US$127.76 yesterday. - Reuters

Harga Minyak Lambang Kebijaksanaan PM

Sumber : http://ahmades.blogspot.com

Harga Minyak lambang Kebijaksanaan PM

Assalamualaikum kepada pembaca blog aku, hari ini, setelah lama aku tak up-to-date blog aku dengan cerita-cerita terkini, aku membawakan kepada anda semua coretan aku berkenaan keadaan ekonomi Malaysia yang "memaksa" kita untuk menaikkan harga minyak. Kenaikkan harga yang memaksa aku untuk menulis sesuatu mengenainya.

Kenaikkan harga yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan kenaikkan yang paling kritikal yang pernah berlaku pada sejarah 5 Perdana Menteri. Ini menyaksikan kenaikkan yang mendadak, memaksa rakyat untuk "berjimat-cermat" dalam keadaan ekonomi yang "daif" dengan kenaikkan pelbagai harga barangan. Kenaikkan harga minyak merupakan de-factor kepada kenaikkan harga komoditi dan perkhidmatan lain kerana sangkut-paut minyak didalam proses perlaksanaan perniagaan secara keseluruhannya.

Harga pasaran Minyak Dunia yang diwar-warkan sebanyak $138.00 Se-ton bukanlah melambangkan harga sebenar minyak yang digali di Malaysia. Ianya adalah harga bagi minyak yang digali di padang pasir di Arab Saudi, Abu Dhabi, dan di tanah Arab. Harga minyak yang di gali di perairan Malaysia jauh lebih mahal daripada harga yang dinyatakan tetapi tidak diberitahu oleh kerajaan Malaysia kepada kita. Kenapa minyak Malaysia mahal? Kerana peratusan kandungan plumbum dalam minyak Malaysia jauh lebih rendah berbanding minyak yang terdapat di negara lain.

Anda pernah menyaksikan Formula-1? Petrol yang digunakan oleh kereta formula-1 adalah bersal dari minyak yang digali dari perairan kita. Minyak terbaik untuk prestasi engin formula-1. Bila minyak perairan Malaysia yang jauh mahal daripada harga pasaran minyak Arab sepatutnya Kerajaan Malaysia boleh membuat timbal balik jualan keuntungan kepada kegunaan minyak harian di jalanraya Malaysia. Siapa yang menentukan harga pasaran? Sudah tentu penjual dan perdangan minyak seperti Esso, Mobil, Shell, Exxon, ARAMCO serta pelbagai lagi syarikat minyak di dunia. Harga pasaran akan meningkat sekiranya belaku permintaan yang tinggi untuk penggunaan sesuatu produk.

Amerika Syarikat menyerang Afganistan dan Iraq, semestinya memerlukan minyak untuk operasi jet-jet perjuangnya serta alatan mobilize untuk pergerakkan kenderaan tentera menyerang negara berkenaan. Sudah menjadi lumrah kapitalis perniaga Amerika Syarikat, sudah tentu mereka menaikkan harga minyak supaya kerajaan Amerika membayar mereka lebih kerana keperluan minyak kerajaan AS yang tinggi untuk kegunaan tentera.

Adakah pembaca aku paham dengan dasar kapitalis? Ianya adalah dasar yang menrujuk kepada penjual yang rakus dalam memperolehi keuntungan tanpa risau dengan keadaan orang di sekelilinganya. Mereka tidak peduli akan nasib orang miskin, mereka tidak menghiraukan sesiapa yang merana kerana perbuatan menaikkan harga barang kerana bagi mereka "money is everything, people are nothing". Dan banyak kapitalis yang menguasai dasar ekonomi AS. Kebanykkan peratus syarikat minyak didunia datangnya dari AS dan aku tidak heran kalau harag minyak boleh melambung tinggi kerana perbuatan mereka-mereka ini yang rakus dalam mengejar keuntungan.

Syarikat mereka melombong minyak di negara asing dengan harga yang rendah, kemudian menjualkannya pula kepada pengguna dunia dengan harga yang tinggi melampau-lampau sehingga tak masuk akal. Adakah harga $138 se-ton merupakan harga jualan minyak bagi sesebuah negara kepada syarikat minyak ATAU sememangnya harga yang diletakkan oleh Syarikat Minyak kepada pengguna kenderaan awam selepas memperolehinya dengan murah di negara pengeluar minyak berkenaan?

Adakah Kerajaan Malaysia menjual minyak mentah kepada Petronas? Tidak, kerana bayaran balik Petronas kepada Kerajaan Malaysia adalah secara peratusan royalti keuntungan, bukan secara per se-ton minyak mentah. Dalam erti kata lain, keuntungan minyak mentah Malaysia diperolehi oleh Petronas secara profit-sharing dengan Kerajaan Malaysia. Jadi bagaimanakah yang dikatakan dengan kenaikkan harga minyak mentah boleh mempengaruhi Malaysia sedangkan kenaikkan ini menguntungkan Petronas dan Kerajaan Malaysia secara total?

Keadaan kenaikkan sebegini berlaku disebabkan Petronas dan Kerajaan Malaysia yang mementingkan keuntungan jualan minyak di luar Malaysia. Minyak yang dilombong di perairan Malaysia, yang berkualiti tinggi dan mahal, dijual di negara luar sedangkan minyak yang digunakan di jalan-raya Malaysia adalah berasal dari lombong tanah Arab yang mana minyaknya berkualiti rendah dan murah (yang sebenarnya berharga $138.00 se-ton). Satu ton minyak kita yang berupaya ditukarkan dengan 4-5 ton minyak dari tanah Arab (negara luar) yang sepatutnya membantu untuk menangani krisis kenaikkan harga, tetapi ini tidak membantu langsung.

Kerajaan Malaysia menwar-warkan harga minyak yang berharga $138.00 se-ton, tetapi tidak pula menyatakan secara spesifik harga bagi se-ton minyak yang dilombong dari perairan Malaysia. Adakah harga $138.00 se-ton itu melambangkan harga minyak perairan Malaysia yang dikatakan berkualiti tinggi? Kalau jawapanya ya, maka tak perlu Kerajaan Malaysia susah-susah menubuhkan Petronas bagi mengurus dan memasarkan aset minyak negara kerana ianya tidak membantu langsung untuk ekonomi rakyat. Lebih baik Kerajaan Malaysia membuka tender perlombongan kepada syarikat minyak asing dan memugut royalti minyak daripada mereka. Mereka semestinya menjual minyak kepada rakyat Malaysia dengan kadar yang murah kerana ingin mendapat menolakkan cukai daripada Kerajaan, ataupun, letakkan saja syarat untuk mereka supaya menjual minyak dengan kadar yang murah untuk rakyat Malaysia. Kerana untung lebih mereka datang daripada hasil penjualan minyak kepada rakyat negara bukan pengeluar minyak.

Aku hairan, bagaimana sesuatu yang berkualiti dijual dengan harga yang sama dengan harga minyak yang tidak berkualiti. Sepatutnya ianya dijual lebih mahal, dan keuntungan itu pula disalurkan untuk pembelian minyak berkualiti rendah kepada rakyat Malaysia. Kalau negara kapitalis yang memiliki syarikat dasar kapitalis boleh menaikkan harga minyak sesuka hati kenapa pula Petronas gagal untuk menaikkan harga se-ton minyak perairan Malaysia? Aku menyatakan GAGAL kerana tak nampakpun sekelumit keuntungan Petronas yang boleh membantu rakyat Malaysia.

Ini menghairankan, dan kalau se-ton minyak dari perairan Malaysia yang begitu berkualiti tinggi masakan ianya tidak dapat ditukarkan kepada 4-5 ton minyak kurang berkualiti dan kemudiannya dijual Petronas pada harga yang rendah bagi ton minyak berkenaan? Takut Petronas dan Kerajaan Malaysia kerugian? Kenapa patut RUGI sedangkan minyak itu dilombong bukannya dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan mentah yang lain? Perlombongan memang memerlukan kos dan semestinya, harga minyak se-ton telah ditambah dengan kos-kos penggalian dan pengurusan berkenaan sebelum menjadi harga $138.00 se-ton.

Dan Kerajaan Malaysia tidak akan rugi. Sebab yang paling kukuh adalah Kerajaan Malaysia masih mempunyai pendapatan hasil cukai kenderaan, cukai jalan, cukai syarikat konsesi tol, bayaran tol, AP kenderaan dan pelbagai lagi cukai yang melibatkan penggunaan kenderaan di Malaysia. Kita bandingkan Thailand bila menyebut harga minyak tetapi tidak membandingkan Thailand bila kita menyebut cukai kenderaan, cukai jalan, cukai syarikat konsesi tol, bayaran tol, AP kenderaan dan pelbagai lagi kerana negara berkenaan tidak mempunyai benda-benda sebegini. Mereka tahu minyak pun sudah membebankan, tak perlu bebankan lagi dengan benda-benda lain yang menyusahkan rakyat.

Bila sebut bab kenaikan minyak, penuhlah di dada-dada media perdana yang menyebut "kebijaksanaan" Perdana Menteri dalam menangani krisis kenaikan harga minyak. Kemudian kita hanyut dengan kenyataan menteri-menteri yang menyatakan Kerajaan sudah tidak mampu menanggu lebih subsidi bagi menampung kenaikan harga minyak. Kenapa perlu ada "subsidi" bagi Minyak Mentah yang dikeluarkan sendiri dari perut bumi Malaysia? Sepatutnya minyak tersebut adalah hak rakyat Malaysia, bukannya hak Petronas mahupun Kerajaan Malaysia dan rakyat membeli minyak berkenaan supaya untung jualanya dapat digunakan oleh Kerajaan untuk membangunkan lagi Malaysia.

Kalau dah tak mampu sangat untuk menampung "subsidi", Perdana Menteri boleh mengeluarkan arahan atas nama Kerajaan Malaysia supaya minyak hasilbumi Malaysia yang dilombong oleh Petronas, Exxonmobil, Caltex, Shell dan syarikat minyak lain supaya memperdagangkan secara terhad Minyak Mentah Malaysia kepada pasaran luar, dan menjual keseluruhan minyak berkenaan di dalam pasaran Malaysia. Masih dapat untung dan pada masa yang sama harga minyak akan menjadi murah. Dapatkan nasihat daripada Kerajaan Brunei bagaimana untuk menguruskan Minyak Mentah bagi kegunaan rakyat. Ini tidak, kira nak ikut contoh Thailand. Kenapa tak nak ikut contoh Thailand dalam perlaksanaan cukai dan AP kenderaan?

Banyak-banyak negara di Asia Tenggara, Malaysia tidak pula dibandingkan dengan Brunei kalau menyebut harga minyak. Kenapa? Inilah menunjukkan bahawa bijaknya Perdana Menteri kita dalam memberitahu kita tentang kenaikan harga minyak, supaya masyarakat dapat berfikir seperti ,"Hurmmm, tak apalah, kat Siam dengan Singapore lagi tinggi harga minyak" dan tidak berfikir panjang yang sepatutnya kita boleh mendapat harga murah (tak la murah sangat, tapi ada untung untuk kerajaan juga) kerana kita adalah rakyat bagi negara pengeluar minyak. Seperti rakyat Brunei yang senang-lenang menikmati bahanapi dengan kos yang berpatutan.

Aduh sengsaranya, bilalah Dato Seri Anwar Ibrahim nih naik kalih (tukar) Kerajaan BN ke Kerajaan Pakatan Rakyat?

P/S: Aku telefon YAB Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena. Beliau pun merah dengan kejadian ini. Mahfuz Omar menyatakan yang beliau hairan dengan tindakan Dato Seri Abdullah yang mengumumkan kenaikan harga minyak yang sepatutnya siap penstrukturanya pada Ogos nanti. Nak buat camna YAB, anda sajalah peluang kami untuk suarakan bantahan ini di dalam Parlimen.

UPDATED:

Dihantar oleh salah seorang rakan YM aku, chacha_fossil, yang menyenaraikan harga minyak semasa bagi negara pengeluar minyak:-

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre!

Friday, March 21, 2008

Betulkah Umno memperjuangkan DEB?

umat yang pasti akan binasa...

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka
(hadith riwayat Ahmad)

bantulah yang dizalimi juga yang menzalimi..

Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI”. Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?”. Baginda SAW menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA”
(hadith riwayat al-Bukhari)

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&
id=13356&Itemid=90

Betulkah Umno memperjuangkan DEB?

Ustaz Idris Ahmad
Tue | Mar 18, 08 | 5:02:24 pm MYT

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.

Saya tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan. Yang saya tahu tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.

Pemimpin Umno fikir mereka ada media yang diketuai oleh anak Maidin dapat menipu rakyat. Anggapan ini silap. Sekarang bukan pengundi 70-an yang boleh diulit dengan dakyah pembohongan. Banyak penulis membayangkan bahawa blog dan internet telah berjaya memberi padangan kedua kepada pengundi di negara ini. Rakyat sudah meloya dengan laporan televisyen yang terlampau mengampu, akhirnya senjata makan tuan. Barisan pembangkang telah berjaya menanamkan keyakinan kepada rakyat tentang pembohongan media.

Apa yang paling menarik sekali selepas pilihan raya maka pemimpin Umno yang menggunakan taktik lama dengan isu perkauman untuk menarik undi di kalangan orang Melayu. Malah ada seorang tokoh veteran Umno Melaka, Tan Sri Aziz Tapa mengatakan bahawa siapa yang tidak memangkah Umno tidak ada semanagat kebangsaan. Inilah otak pemimpin Melayu saluran 1, biarlah kita serah kepada Allah SWT yang menentukan segalanya.

Pemimpin Umno-BN telah menjadikan strategi untuk menjadikan miskin sebagai satu cek kosong yang akan diguna pada bila-bila masa terutama setiap kali pilihan raya. Di Kawasan Jerlun terdapat dua penempatan kampung nelayan iaitu Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang yang diduduki hampir 100 tahun tanah yang tidak bergeran. Mereka ini adalah pengundi setia Umno yang tidak berubah walaupun tsunami melanda. Sedangkan kawasan ini diwakili oleh tiga orang exco kerajaan negeri Kedah. Orang miskin inilah yang menjadi stok simpanan untuk Umno kalahkan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.

Begitu juga yang berlaku di Terengganu, kenapa Umno memerintah Terengganu yang hasil royalti minyak mencecah sampai RM7 bilion. Tetapi masih gagal mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu. Sedangkan sewaktu PAS memerintah daripada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada tangga keempat walaupun royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat. Selepas Umno menang 2004 kadar kemiskinan di Terengganu telah meningkat nombor dua selepas Sabah. Sehingga ada rakyat Terengganu meminta sedekah di depan tokong Cina untuk minta sedekah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Metro. Kelantan yang diperintah oleh PAS berada di tangga keenam.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?

Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.

Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggk DEB kenapa Umno tidak bela oranag Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB. - lanh

Thursday, March 6, 2008

Dakwat, Isu Moral & Penipuan Di Musim Pilihanraya

Dakwat, Isu Moral & Penipuan

Di Musim Pilihanraya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Saya agak sedih apabila diwartakan bahawa penggunaan dakwat untuk pembuangan undi 8 mac 2008 ini dibatalkan. Setelah isu ini dibincangkan sebaiknya di peringkat majlis fatwa kebangsaan dan diputuskan sebagai harus, kini ia dibatalkan atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau.

Akibat dari laporan tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengambil keputusan membatalkan penggunaannya. Secara ikhlasnya, saya menunggu-menunggu gambar mereka yang terlibat ditangkap dan disiarkan di televisyen atau media, namun setakat apa yang saya tahu masih tiada tangkapan specific dibuat. Hanya gambar dakwat yang disiarkan. Saya juga terfikir mengapa ISA tidak digunakan kepada mereka yang membeli dakwat itu sebagaimana kebiasaannya dalam kes-kes yang mengancam keselamatan negara.

Mungkin dengan tertangkapnya mereka yang terlibat, penggunaan dakwat tidak perlu dibatalkan. Wallahu'alam dan terpulanglah kepada mereka yang berwajib.

Tidak dapat saya nafikan, saya sebenarnya merasa seronok dan tidak sabar untuk mengundi menggunakan dakwat, yang saya kira sejarah baru dalam politik tanahair serta komitmen yang baik bagi menjamin keyakinan pengundi terhadap proses pilihanraya. Namun, nampaknya terkubur sahaja harapan itu disamping banyak juga saya mendengar luahan rakyat di sekitar saya , ada yang terkilan dan ada juga yang tidak yakin dan pelbagai lagi.

Mafrel Tarik Diri

Hasil dari pembatalan tersebut badan pemantau pilihanraya yang diiktiraf oleh SPR iaitu Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel), telah bergolak sehingga beberapa pemimpinnya menarik diri.

Abd Malek Hussain, pengerusi Mafrel dengan tegas menyatakan bahawa Mafrel tidak dapat menerima kehadiran pemerhati-pemerhati nya yang ditauliahkan SPR untuk memerhatikan urusan pengundian di tempat-tempat mengundi pada pilihan raya ini dalam keadaan untuk mengiyakan suatu keputusan yang pasti menjejaskan kredibiliti dan integriti Mafrel. Malek juga berkata Mafrel memandang berat kepuutsan tersebut memandangkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi amat berguna dan berkesan untuk mencegah perbuatan penyamaran serta pengundian berganda yang jelas bertentangan dengan seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Berdasarkan pengalaman Mafrel melalui misi pemerhatian pilihan raya peringkat antarabangsa khasnya di Indonesia, Filipina malahan Afghanistan, penggunaan dakwat kekal tersebut diperakui masyarakat antarabangsa sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah amalan penyamaran dan pengundian berganda," kata beliau dalam sidang media petang tadi.

Tambah beliau, berdasarkan pengamatan Mafrel, pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang hanya boleh ditangani secara jangka pendek dengan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi.

Beliau juga berkata pembatalan penggunaan dakwat kekal itu mendedahkan suasana yang tidak kondusif kepada perjalanan proses pilihan raya yang seharusnya menepati prinsip-prinsip dan amalan pilihan raya yang bebas dan adil yang diiktiraf dunia.

Dengan itu, Malek berkata Mafrel membantah sekeras-kerasnya keputusan pembatalan tersebut dan menegaskan bahawa Mafrel tidak akan mengiyakan satu keputusan yang nyata bertentangan dengan rekomendasi nombor 12 dan 13 yang terkandung dalam 'Final Report in Election Observation of 2007 by-elections' bersabit dengan penggunaan dakwat kekal yang telah dikemukakan Mafrel kepada SPR sebagai sebahagian dari syarat-syarat pemerhatian pilihan raya Mafrel yang diiktiraf SPR bagi pilihan raya kecil N8 Machap, Melaka dan N11 Ijok pada 2007 lalu

Masalah Orang Malaysia

Jika apa yang dilaporkan adalah tepat dan benar, maka Malaysia menghadapi kedudukan rakyat yang lebih teruk dan kurang bermoral berbanding Indonesia, Filipina, Afghanistan yang dinyatakan oleh Mafrel menggunakan dakwat yang sama. Negara yang bergolak seperti itu pun rakyatnya masih boleh ditangani agar tidak melakukan sebarang penipuan apabila menggunakan dakwat namun agak menyedihkan apabila kita di Malaysia gagal menggunakan sistem ini.

Tidak kiralah siapa yang menipu dalam hal ini samada yang berwajib atau rakyat, secara ikhlas saya hanya ingin mengaitkannya dengan masalah moral, nilai dan amanahnya rakyat Malaysia yang semakin terhakis dan ini sudah pasti amat membahayakan negara dan seluruh penduduknya.

Di musim pilihanraya ini pelbagai jenis penipuan dan pembohongan dapat dilihat dengan jelas, wajah-wajah sebenar orang terdesak untuk menutup kelemahan dan kejahatan masing-masing juga tampak kelihatan. Hingga penipuan dan pembohongan dijadikan bahan untuk memastikan kuasa diperolehi dan menjalankan agenda masing-masing

Hakikatnya mereka telah tertipu dengan kenikmatan sementara kuasa dan harta.

Bagi Yang Rasa Tertipu, Sengaja Menipu & Benar-benar ditipu

Bagi yang rasa tertipu, sengaja menipu & benar-benar ditipu, kembalikanlah ingatan kepada apa yang disebut oleh Allah yang maha berkuasa. Allah swt telah mengingatkan kita agar menyakini :

إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُواْ بِهَا وَإِن تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ
لاَ يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Ertinya : Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya TIPU daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan ( Al-Imran : 120)

Juga ingatan lainnya :

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّ بِاللّهِ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلاَ تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ

Ertinya : Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap kejahatan mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka TIPU DAYAkan ( AN-Nahl : 27)

Lebih hebat dari itu, Allah juga menyatakan bahawa

Ertinya : "Tidaklah tipu daya jahat itu kecuali akan kembali kembali pembuatnya"

Perlu diyakini, sebarang kemenangan secara penipuan hanya merupakan cara Allah membalas dan mempergandakan dosa mereka yang menang, ia ibarat istidraj yang diberikan Allah kepada si penjahat untuk membiarkannya terus jahat (atas pilihannya sendiri) dan akhir amat layak mendapat murka Allah.

Apa yang penting, bagi mereka yang yakin sedang memperjuangan kebenaran harus bergantung lebih kepada Allah dari diri mereka sendiri, sudah tentu semuanya wajib berusaha tetapi usaha mereka tidak akan kesampaian tanpa bantuan Allah, dan bantuan Allah memerlukan mereka yang berjuang itu ikhlas serta sentiasa memperbaiki dirinya. Hanya dengan itu, bantuan Allah dan kemaqbulan doa akan tiba.

Namun, jika ada yang berpuasa sunat, berdoa dan bertahajjud untuk mencapai kemenangan yang diyakini benar untuk agama Allah, tetapi dalam waktu yang sama juga turut tidak insaf dan terus menerus melakukan dosa yang sama seperti orang lain, sebagai contoh memakan riba, menipu dan lain-lain dalam kehidupan peribadinya. Amat sukarlah doanya dimaqbulkan Allah. Perjuangannya akan gagal buat sementara waktu bagi membolehkan koreksi diri dilakukan lagi. Malah jika menang dalam keadaan berdosa, fitnah harta dan pangkat pastinya akan menewaskan individu ini, hingga akhirnya menyusahkannya di dunia dan akhirat.

Semoga kita semua dan pembaca mampu menjauhan diri dari tergolong dalam kumpulan ini.

Moga Allah membalas segala jenis penipuan pilihanraya dan lainnya dengan segera di dunia lagi kepada sipembuatnya agar mereka mampu sedar dari keasyikan hasil dodoian Syaitan laknatullah dan akhirnya bertaubat dan mati didalam keampunan Allah swt.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Mac 08

Doa Yang Meremangkan Bulu Roma - Faisal Tehrani

Doa Yang Meremangkan Bulu Roma - Faisal Tehrani

Saya telah menjelaskan sebelum ini sebagai pengundi independen saya terpaksa mengikuti kempen parti bertanding dengan menurut calon-calon tersebut berkempen. Lebih seminggu saya mengikuti ceramah, dan juga ucapan calon parti pembangkang. Ini terpaksa dilakukan kerana tiada saluran lain untuk mendapatkan maklumat mengenai manifesto dan perjuangan mereka. Ini kerana media utama telah berpihak kepada parti penyandang.

Kelmarin saya (saudara-saudara juga) dikejutkan oleh keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak menggunakan dakwat bagi dicalitkan ke atas kuku pengundi. Saya difahamkan SPR telah membeli dakwat ini dengan kos melebihi RM 2 juta. Dan sekarang pembaziran wang saya, wang rakyat, wang saudara semua telah berlaku. 2 juta lebih itu jadi air sahaja? Dakwat itu akan diapakan? Diminum? Dibancuh jadi sirap? Tidakkah baik RM 2 juta itu diberi kepada kami para pengarang supaya dapat diterjemahkan karya-karya sastera yang baik untuk dilobikan ketika Pesta Buku Frankfurt tahun ini? Atau tidakkah baik RM 2 juta lebih itu diagihkan kepada pelajar miskin? Dan macam-macam lagi kita boleh buat dengan RM 2 juta ini. Kenapa pihak bertanggungjawab mensia-siakan wang saya, wang saudara, wang kita semua? Permainan apakah ini? Sekarang, tidakkah kelihatannya dakwaan pembangkang terhadap pihak tersebut benar belaka?

Soalan saya sebagai pengundi independen dan rakyat Malaysia; mengapa pembaziran ini berlaku?

Sebelum ini kita telah tahu yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menarik balik di saat akhir arahan mewajibkan semua calon menyertakan borang pengesahan pencalonan dengan duti setem RM10. Saya juga dimaklumkan bahawa semasa perjumpaan dengan calon pada 21 Februari lalu, SPR mewajib matikan setem pada borang tersebut. Dan itu dilakukan dengan hanya tinggal tiga hari lagi penamaan calon. Malah SPR dikatakan mensyaratkan cop yang 'original'.
Baca Lanjut
--------
pelbagai penipuan telah dilaksanakan.. baru tadi nad terbaca email yg difwrdkn dlm sbh egroup berkenaan pengundi hantu.. terdapat senarai 30,000 orang pendaftar baru atau yg memperbaharui kad pengenalan kpd alamat kelantan. kesemua mrk ini terdiri drpd rakyat Thailand dan Indonesia yang akan diberi kewarganegaraan Malaysia dan dibenarkan menetap di Kelantan... dengan syarat mereka perlu mengundi BN di kelantan. maklumat dari org dalam. katanya depa ni akan di angkut ke sblh selangor dan KL terlebih dahulu sblm konvoi beramai-ramai ke kelantan. Sebab itu Annuar Musa beria-ria menganjurkan program perantau balik kelantan.. bukan perantau yg balik sbnrnya, tetapi pengundi hantu..

sejauh mana kebenaran khbr ni, hanya DIA yg Maha Mengetahui.. melihat kpd realiti kedua-dua tulisan sdr Faisal Tehrani, agak tdk mustahil perkara sebegini blh berlaku.. apa pun untuk kali ini, nad sbnrnya lbh berminat untuk kongsikan dgn anda semua, respon yg diterima kpd email tersebut.. semoga mendatangkan sdkt manfaat, insyaAllah :

Kepada pejuang pencinta agama Islam sekalian, janganlah kalian mudah berasa putus asa. Benar, jika dihitung secara logiknya, melalui tipu daya mereka, peluang untuk kita pertahankan Kelantan adalah hampir mustahil. Namun, jangan bimbang, selagi belum sampai ke saat terakhir, selagi mana kita masih bernyawa, kita jangan sesekali lunturkan semangat jihad kita untuk bergerak kerja. Pertajamkan lagi strategi, pasakkan lagi keimanan dan tawakkal pada Allah.

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."(Al- Fath: 4)

Di saat genting ini, kita tidak punya masa lagi untuk pembaziran masa ke arah yang sia-sia.Tambahkan lagi kejiddiyahan dalam bergerak kerja. Seandainya pihak lawan yang kita ingin selamatkan mereka dari terus menzalimi diri sendiri dan orang lain pun sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus ,bergerak kerja bermati-matian demi memastikan matlamat tercapai, kita sepatutnya berlebih-lebih lagi. Adakah kita mampu untuk tidur lena membiarkan sahaja perkara ini.....Sudah cukupkah usaha kita untuk membantu pertahankan satu-satunya kerajaan Islam kita? Bantulah sehabis yang mampu. Tidak mampu tenaga, wang dan doa jadi hantaran.Jauhi segala jenis maksiat, pelihara hati, iman dan niat.

"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya) . Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) ." (Al-Fath: 2-3)

Renungkanlah, sahabat, mungkin Pilihanraya kali ini, adalah Pilihanraya yang terakhir untuk kita bergerak kerja demi Islam . Boleh jaminkah kita, bahawa kita akan hidup lagi untuk PRU yang akan datang??.... Fikirkan...

--------------------
dari saya sendiri,

insyaAllah, nad yakin kita bukan shja mampu untuk mempertahankan kerajaan Kelantan, bahkan kita juga mampu untuk merampas kembali negeri Terengganu dan menguasai 2/3 majoriti.. TIDAK MUSTAHIL, insyaAllah!

kpd RAKYAT MALAYSIA yg cintakan KEADILAN.. manfaatkanlah senjata dan kesemua kemudahan yg ada.. doa, tawakal, pena, internet, e-media, blog, chatroom, youtube, sms, flyers.. semua sekali.. hebahkan kpd org ramai tntg kesemua penipuan, korupsi dan rasuah yg tlh pimpinan BN lakukan.. berikan penerangan kpd org ramai tntg perjuangan BA dan menifesto yg tlh ditawarkan, insyaAllah dgn keyakinan, segala usaha dan kesungguhan.. kita MAMPU MENGUBAHNYA! KITA MAMPU MENGUBAH MALAYSIA!

Pemerhatian Kempen PRU 12 - Faisal Tehrani

Sumber : http://tehranifaisal.blogspot.com/

Pemerhatian Kempen PRU 12
Pendahuluan:

Saya ulangi dengan tegas di sini, saya bukan parti sentrik. Saya tidak mengundi parti tetapi menekuni calon yang ditawarkan oleh parti bertanding. Saya juga telah merujuk silang dan meneliti manifesto semua parti, dan Insya-Allah akan bertindak dengan menggunakan akal (bukan emosi). Pemerhatian ini saya kira dapat dilakukan dengan cukup saksama dan berhati-hati kerana saya merupakan graduan syariah politik UM (1998) yang menjadikan minor sains politik sebagai bidang pilihan.

Pengarang di Malaysia telah turun padang menulis mengenai politik seawal Pak Sako (Putera Gunung Tahan), A.Samad Said turut menyentuh iklim politik era 80an dalam Hujan Pagi dan Wira Bukit, kita tentu tidak dapat menafikan keghairahan Shahnon Ahmad dalam banyak karyanya seputar politik (yang klasik tentulah Shit meskipun Tunggul-tunggul Gerigis jauh lebih 'political') , Kawin-kawin menampilkan era hubungan PAS-Semangat 46 karya Azizi Abdullah, dan ramai lagi pengarang yang tidak 'tersebut' di sini. Novel pertama saya sendiri Perempuan Politikus Melayu merakam cuaca politik era sebelum 1997 dengan menyorot isu rampasan tanah di Kerpan.

Pemerhatian sebagai pengarang yang sedar bahawa sastera adalah bahagian dari politik, mendorong saya untuk menyorot 'suasana kempen PRU 12'. Ini untuk membolehkan saya merumuskan satu konklusi, iaitu calon mana yang bakal saya undi. Saya telah menggunakan segala ilmu yang saya perolehi ketika menuntut dalam bidang sains politik untuk melakukan pemerhatian ini.

Sekali lagi, sebagai pengundi independen saya tidak menggunakan emosi sebagai kayu ukur tetapi melihat 'real' politik dengan menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan dan mendengar kedua belah pihak.

Namun begitu, saya dapati kempen PRU 12 dicemari oleh beberapa perkara yang membuatkan saya berasa amat jengkel. Rumusan pemerhatian saya terhadap kempen ini, antara lain ialah:


Lihat nama pada lesen memandu ini dengan tekun, kemudian perhatikan pula...



...nama dan nombor kad pengenalan pada daftar pemilih ini, tidakkah ini 'sesuatu'?



1. Oposisi berjaya menimbulkan keraguan yang cukup dan memadai bahawa terdapatnya banyak aspek yang menimbulkan persoalan dalam perjalanan pilihanraya ini. Isu ini dinamakan pengundi hantu. Perhatikan sahaja bukti di atas, nombor kad pengenalan pada lesen memandu dan nombor kad pengenalan pada daftar pemilih SPR sama tetapi orangnya berbeza gender dan bangsa. Hujah oposisi bahawa pilihanraya ini tidak bersih dan dicemari 'phantom voters' pada pandangan saya ternyata relevan.

2. Papan kempen yang banyak mendokong manifesto parti tertentu mulai dinaikkan sejak tiga minggu lepas. Namun begitu fakta yang ada sangat mengelirukan. Untuk pengundi yang menggunakan lojik; papan kempen ini amat memualkan, kerana setahu saya tidak ada kedai yang menjual harga tepung seperti ini. Namun, untuk pengundi yang tidak menggunakan akal atau tidak peduli, papan kempen ini sedikit sebanyak dapat 'membohongi' pengundi dan rakyat.


3. Saya sempat menghadiri ceramah kempen semua parti bertanding. Saya dapati parti yang bertahan tidak menawarkan 'substance' ketika berkempen. Persoalan dan isu seperti kenaikan harga barang tidak dijawab. Penggunaan artis untuk berkempen juga menyebabkan rakyat 'terseleweng' dari isu sebenar. Aspek sensasi ini menyebabkan kempen parti bertahan menjadi tidak bernilai, sia-sia dan sama sekali tidak mendalam. Dalam gambar ini kita dapati seorang artis turun berkempen untuk seorang calon yang bertanding di Rembau.


4. Saya juga 'ahli media', sikap tidak profesional media utama negara ini sangat menjengkelkan dan meletakkan kedudukan pengamal media di takah bawah, mereka sama sekali mengabaikan hak pengundi dan masyarakat. Pengalaman menetap di Turki dan memerhati pilihanraya majlis bandaran pada tahun 2004 menunjukkan semua parti diberi hak yang sama untuk berkempen, malah ada juga debat terbuka yang dapat membuka mata pemilih untuk menilai calon (bukan parti). 'Kemelampauan' media ini saya dapati telah diakui oleh sebahagian besar 'ahli masyarakat' yang ditemui dan semua menyatakan rasa meluat. Saya ingin sahaja mengingatkan bahawa sikap bias media boleh 'makan tuan'.


5. Bentuk 'propaganda kotor' saya dapati telah dilakukan oleh sebahagian besar parti bertanding tetapi terdapat sesetengah 'kekotoran' ini begitu menjolok mata, malah menjolok akidah. Kempen simpang jalan seperti ini amat mengejutkan dan saya kira wajar mendapat perhatian ulama dari sebelah oposisi ataupun pemerintah.


6. Saya terkejut mendapati tiadanya pertanggungjawaban dalam hal caretaker government. Ketika mempelajari bidang sains politik di universiti dahulu, aspek kerajaan sementara ini menjadi satu subjek khusus yang amat dititik-beratkan. Laporan akhbar NST ini misalnya memaparkan gambar pimpinan tidur nyenyak bersama anak perempuannya dalam jet milik kerajaan ketika terbang dari Kota Bharu ke Kuantan. Menurut NST pemimpin ini ke Kelantan untuk berjumpa penanam tembakau di Bachok (beliau turut mengambil kesempatan memperkenalkan calon MB Kelantan partinya iaitu Awang Adek), pemimpin tersebut turut singgah di Pasir Puteh untuk merasmikan bangunan baru LPP Daerah, dan kemudian ke SMJK (C) Chung Hwa di Kota Bharu, dan kemudian ke Kubang Kerian menerima borang ahli UMNO dari ahli PAS yang keluar parti. Terakhir beliau telah ke Pengkalan Kubor pula untuk upacara letak batu asas pembinaan masjid bersama pimpinan partinya, dan bendera partinya.

Kesimpulan:

Kempen PRU 12 dapat dikatakan berjalan dalam suasana yang tidak adil, berat sebelah dan penuh kekotoran. Hal ini adalah sesuatu yang serius sekiranya kita tetap bercita-cita untuk menjadi sebuah negara maju dalam tahun 2020. Kita tentu tidak mahu menjadi seperti negara Singapura yang menikmati kemakmuran tetapi kehilangan 'kebebasan dan hak'. Apabila 'prosperity' dan 'freedom' bertembung, letak duduk 'freedom' akan menjadi kayu ukur mutu kemakmuran itu.

Enam perkara di atas akan sangat berguna apabila turun rumah untuk memangkah calon parti manakah yang berhak menjadi wakil saya kelak. Saya sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana parti dalam entri ini. Sebagai ahli seni yang perlu berpartisipasi secara aktif dan adil dalam masyarakat, pemerhatian terhadap kempen politik sepanjang PRU 12 ini hanyalah suatu 'analisis singkat' saya.

Justeru, ini hanyalah satu pandangan peribadi terbilang, saya tidak berniat untuk mencemarkan budaya gemilang kita dengan menyatakan pendapat di blog dalam negara yang sepatutnya cemerlang dengan demokrasi ini. Saya berharap 'persoalan' yang ditimbulkan akan dapat dibaiki.

Friday, February 22, 2008

Pas breaks own taboo! - guys, read this!

"Islam untuk semua..
Pas untuk semua..
Indahnya bersama Islam"


http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/Thursday/Frontpage/20080221190159/ Article/index_ html

ELECTION 2008: Pas breaks own taboo to field first non-Muslim candidate
By : Syed Umar Ariff
JOHOR BARU, Thurs:
Kumutha Rahman looked nervous as pressmen, armed with notebooks and recorders, jostled through the crowd for an interview with her. The 29-year-old law graduate, who had just been named as the first non-Muslim candidate to be fielded by Pas, listened attentively to the questions hurled at her when Johor Pas announced their candidates at their headquarters in Batu Pahat.

KUMUTHA Rahman looked nervous as pressmen, armed with notebooks and recorders, jostled through the crowd for an interview with her.The 29-year-old law graduate, who had just been named as the first non-Muslim candidate to be fielded by Pas, listened attentively to the questions hurled at her when Johor Pas announced their candidates at their headquarters in Batu Pahat.

She is contesting the Tiram state seat. But knowing the realities perhaps, Pas is fielding her under the Parti Keadilan Rakyat symbol based on the electoral pact the two parties have entered into.

Still, is she in for a culture shock? Will she be able to speak the language of Pas where Arabic phrases and Quranic verses matter most? Will she have to physically cover herself more than ever?

“I know I won’t feel alienated because I believe voters nowadays are open-minded,” she said. “I also know that Muslims and non-Muslims will be able to accept me.”
A member of the one-month old Unity Bureau under the Johor non-Muslim Pas Supporters Club, Kumutha may be oblivious to the fact that she had broken the conservative Islamic party's 61-year-old tradition of only fielding Muslims as candidates.

“I joined the club because I see that Pas is not bent on racialism. To me all races be they Malays, Chinese or Indians are all the same.”

Making the announcement was Johor Pas commissioner Datuk Mahfodz Mohamed, returning to contest for the Bukit Serampang state seat, said the move signified Pas’ tolerance towards other races.

"We want everyone to know that Pas is not only restricted to Muslims. Even non-Muslims are welcomed in Pas,” he said. “That is why we have the Pas Supporters Club. Kumutha's candidacy is a proof of that ideal."

Pas will contest 34 state seats and nine parliamentary seats. The party had lost in all 37 state seats and 11 parliamentary constituencies it contested in the last general election. This time around, fresh faces made-up one-third of the candidates and none of the Pas Women’s wing leaders.

Kumutha is contesting the Tiram state seat but would bear Parti Keadilan Rakyat's flag.

Ostensibly, the Johor Baru lass candidacy is to woo support for the Islamist party from non-Muslim voters in Tiram, especially the Indian vote which comprises 14.39 per cent of that area’s voters.

However, even during the announcement there were murmurs of uncertainty heard amidst the applause following Kumutha's nomination.

The Tiram constituency is a Barisan Nasional stronghold. In the 2004 election, BN's Maulizan Bujang beat Pas' Roslani Sharif, by a margin of 15,595 votes and the coalition us expected to repeat the feat.

Comments (14)Add Comment
...
written by geddemtata, February 21, 2008 | 21:10:11
saya sokong tindakan Pas, berdoalah agar PAS menang....saya pun undi pas....
Votes: +23
...
written by cruzeiro, February 21, 2008 | 21:29:18
Fantastic, PAS!
But did you say non-muslim?
And her name is Kumutha RAHMAN?
Will the NRD allow a non-Muslim to have this name?
Votes: +2
...
written by cble, February 21, 2008 | 21:46:14
Buat pemilu kali ini kita jangan peduli samada calon itu Islam atau tidak. Apa yang perlu, kita tolak lambang DACING
Votes: +5
...
written by Flex Tan, February 21, 2008 | 22:03:35
WITH A NAME "Rahman" AND A TITLE "first non-Muslim candidate " ... ISN'T THIS CONTRADICTORY ???
Votes: -2
...
written by temenggong, February 21, 2008 | 22:11:15
Who is she? Is she an Indian? A non-muslim?

Why didn't Pas pick one of the Hindraf 5? That would have been spectacular! Votes: -1
...
written by datnari, February 21, 2008 | 22:20:36
Although her name is spelt RAHMAN, i would think that it was meant to read as RAMAN, which is a typical indian name.

My guess is that the idiots at the NRD got the spelling wrong when her parents registered her birth cert back those days. This kindda mistakes was prevalent amongst the NRD offices of the 60s and 70s, and no attempt was made to correct the erros as those days they used to hand-write the birth certificates. What is written, is written!!!
Votes: +2
...
written by susu, February 21, 2008 | 22:37:57
its miracle and the unthinkable has happened. The pas leaders show that they are now very open and do listen to the people. Umno, i guess is now shivering to death. How are they going to counter this?

Nevermind if ms rahman loses this GE, but this wind of change is what matters most.
report abuse
Votes: +4
...
written by Lim Lim, February 21, 2008 | 22:53:04
good thinking n good move,pas!!myfriends n me who are nonpartisan shall give our votes to pas in our constituency against umno/BN on 8-3-2008.vote Barisan Rakyat n hidup rakyat!!
report abuse
Votes: +3
...
written by aiyomanaboleh, February 21, 2008 | 22:54:13
I am a happier man today than I was yesterday.
report abuse
Votes: +1
...
written by The dragonheart, February 21, 2008 | 23:00:25
Still, is she in for a culture shock? Will she be able to speak the language of Pas where Arabic phrases and Quranic verses matter most? Will she have to physically cover herself more than ever?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hey, is this a big issue?... tell me how many Malay Muslims really knows Arabic phrases and Quranic verses? U don't have to be Russian to know Russian Law...
Votes: +2
...
written by Ananth, February 21, 2008 | 23:33:08
This is the most shocking and surprising news i ever heard in Malaysia Today.
a non-muslim in PAS and its an Indian!!!!!
Hopefully Malay brothers and sisters.
Kepada Parti PAS & PKR saya amat menghargai dgn keputusan anda..
BR U r Elected
and
BN U r FIRED!!!!!
Votes: +4
...
written by Ananth, February 21, 2008 | 23:34:41
sorry i miss the quote
Hopefully more MALAY brothers and sisters supports this
Votes: +0
...
written by idham, February 21, 2008 | 23:44:14
Does not matter...most important ...deny BN 2/3!
Choose checks & balances.
Votes: +4
...
written by hiro, February 22, 2008 | 00:09:54
Thank you PAS. As long as you say what you mean and keep on this principle, you will be a force to reckon with in the future. Look beyond this elections. The opposition may or may not do well. But in the long term, as long as there is solidarity, the opposition can and will do well. I've previously mentioned that the biggest stumbling block to opposition unity is the Islamic State issue. It's a breath of fresh air that PAS is prepared to listen, and even take the risk not to raise the spectre of Islamic State again.

This message needs to be spread far and wide. It is a potent weapon that BN does not seem to catch on yet - they have no idea how much this could do damage to their henceforth almost exclusive hold on "multi-racial" politics, even if it is only in form and not in substance.
Votes: +1

Thursday, February 14, 2008

Pemikiran Mesti ke HADAPAN!

"Biarlah pembangunan material dan pembangunan insan dilakukan seiring agar negara yang dibangunkan lebih bermakna di mana wujudnya hubungan yang baik diantara manusia sesama manusia dan manusia dengan Penciptanya..

Ayuh laksanakan tanggungjawab KITA.."

"Sesungguhnya hati yg tdk takut kpd Allah SWT tiada ertinya. Org yg hidup tanpa mengharap janji dan redha Allah SWT, sbnrnya dia tdk hidup, tetapi dia adalah org yg mati.."




--- Pembubaran Parlimen Malaysia [13 Febuari 2008] ---

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

>> Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

>> Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Tuesday, February 12, 2008

Ekstremis VS Ekstremis : Syeikh Qaradhawi menjadi mangsa

Source : Email oleh Sdr Abdullah Abd Karim.. moga kita sama2 dapat petunjuk Allah SWT.

Assalamualaikum,

Ustaz Nasrudin Tantawi dalam satu amanatnya kepada petugas-petugas PAS di Temerloh pada minggu lalu, telah menasihatkan para hadirin supaya tidak terpesong perhatian kepada pertelagahan- pertelagahan yang sengaja disemarakkan oleh pihak-pihak tertentu, terutama dalam saat hendak menghadapi Pilihanraya Umum Ke 12.

Ustaz Nasruddin mendedahkan betapa pada mutakhir ini muncul golongan2 tertentu yang kembali menghangatkan perbalahan lama seperti khilaaf mazhab, laksana pertembungan Kaum Muda v. Kaum Tua seperti di tahun 50 an dan 60 an dahulu. Dari kedua kelompok ini, menurut Ustaz Nasruddin, telah lahir mereka yang ekstrem, hingga sanggup mengkafirkan antara satu sama lain, semata-mata dalam hendak menegakkan kumpulan masing-masing.

Dan sebagaimana fenomena yang sama yang pernah berlaku di Timur Tengah, maka apabila muncul gerakan Islam progresif seperti Ikhwan Muslimin di Mesir dan Jordan, PKS di Indonesi dan PAS di Malaysia yang bersikap sederhana dalam konteks perbalahan Salafi v. Asyairah, gerakan Islam progersif inilah yang akan dimusuhi sepenuhnya oleh kelompok ekstrem dari kedua-dua kumpulan. Jika di Timur Tengah, Dr Yusuf Qaradhawi dan lain-laij tokoh Ikhwan seperti Hasssan Al Banna acapkali dikafirkan oleh ekstremis Salafi/Wahabi mahupun oleh Eskstremis Asyairah/Al- Ahbash ini.

Maka di Malaysia, pada saat PAS sedang bergelut untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, PAS menjadi mangsa kecaman kedua-dua belah pihak yang ekstrem. Lebih malang, ada ahli2 PAS yang turut terjebak dalam pertelingkahan ini, hingga menghilangkan fokus untuk berdepan dengan kezaliman UMNO/BN.

Bagi Ustaz Nasruddin, suasana ini memang sengaja dicipta oleh tangan-tangan ghaib musush Islam yang amat takutkan gerakan-gerakan Islam yang berpotensi memerintah melalui sistem demokrasi seperti PAS.

Untuk lebih memahami fenomena ini disamping untuk sedikit mengetahui latar belakang kedua2 kelompok esktrem ini, saya lampirkan bersama satu artikel yang cukup baik yang di ambil dari web www.al-ahkam. net. Moga kita sama-sama mendapat petunjuk dari Allah.

Al-Qaradawi yang dizalimi
Posted by : zain-ys on Friday, February 01, 2008 - 12:09 PM CCT 1043 Reads Printer Friendly Page Printer Friendly Page
Tokoh

Oleh: Bakariah Musa
Di dalam buku Fatawa Mu'asarah (Fatwa Masakini) jilid ke-3, al-Qaradawi telah mendedahkan bagaimana dirinya telah dizalimi. Dizalimi di sini bukanlah bermaksud beliau dipenjara, disiksa ataupun dituduh sebagai pengganas. Semua kezaliman tersebut pernah beliau lalui dan telah berjaya beliau atasi. Kezaliman yang beliau bawakan di dalam buku tersebut amat berat dan amat menguji keimanan beliau.

Kezaliman tersebut adalah di dalam bentuk fitnah dari mereka yang mengaku diri mereka Muslim yang sebenar. Kezaliman tersebut datang dari dua pihak yang saling bermusuhan. Menariknya, di dalam isu al-Qaradawi mereka bersepakat.

Satu pihak mengkafirkan beliau, manakala satu pihak yang lain pula telah menyesatkan, dan tergamak menggelar beliau sebagai "anjing". Pihak pertama yang mengkafirkan beliau adalah kumpulan Ahbash, manakala pihak yang kedua pula adalah kumpulan Salafi jalur keras. Sudut yang menarik, kedua-dua pihak tersebut saling bermusuhan. Kumpulan Ahbash mengkafirkan puak Salafi secara umum. Puak Salafi jalur keras pula menyesatkan puak Ahbash, namun dalam kes al-Qaradawi mereka bersetuju di antara satu sama lain. Seperkara yang menakutkan ialah kedua-dua kumpulan ini telah sampai di Malaysia. Siapakah mereka?, artikel ini akan cuba mengupasnya.

Al-Qaradawi bukanlah seorang ulama yang asing pada masa kini. Keilmuannya, ketokohannya, malah keunggulan beliau bukanlah sesuatu yang diragui. Sebagai ulama yang menjadi rujukan hampir dalam setiap lapangan ilmu di zaman moden ini, beliau amat diminati dan dikagumi ramai. Beliau amat konsisten di dalam menyikapi isu-isu umat. Selain daripada kesungguhannya untuk menyebarkan dakwah, al-Qaradawi juga terkenal dengan sikap perjuangannya. Kebersamaan beliau dengan umat Islam lewat isu-isu berkaitan umat di peringkat antarabangsa menjadikan beliau amat berbeza dengan ulama-ulama lain di seluruh dunia. Isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan semua isu melibatkan umat merupakan kepedulian beliau.

Di dalam bidang fiqh pula, beliaulah mujadidnya. Di dalam bidang dakwah, beliau juga merupakan seorang pejuang. Di dalam bidang hadis, tulisan-tulisan beliau telah berjaya mempopularkan perjuangan ulama hadis sezamannya. Di dalam bidang politik, beliau merupakan seorang mentor. Pendekata, jika ada yang ingin menamakan "mujaddid" di zaman ini, maka al-Qaradawi merupakan orang yang paling layak untuk gelaran tersebut di dalam abad ini.

Malangnya mujaddid ini telah dikafirkan. Kumpulan ekstrimis Ahbash telah mengkafirkan beliau kerana pegangan agamanya yang sederhana. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap keterbukaannya. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap ilmiah beliau yang sanggup menerima ijtihad ulama sezamannya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan dakwahnya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan aqidahnya yang mengikuti metod para salafusoleh. Beliau dikafirkan oleh kumpulan ini juga kerana manhaj beliau tidak seperti pendirian kumpulan ekstrimis Ahbash yang fanatik mazhab Shafii di dalam fiqh dan ekstrim mazhab ilmu kalam di dalam berakidah.

Kumpulan ekstrimis Ahbash ini berasal dari Lubnan. Kumpulan ini telah diasaskan oleh Abdullah Harari yang berasal dari Habsyah. Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Lebih lancang lagi, mereka juga telah mengkafirkan ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini.

Kumpulan ini telah mengamil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang ebrdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Jordan, bertuah, pada akhirnya pengaruh kumpulan ini akhirnya telah berjaya dibendung. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri. Rekod telefon Hariri menunjukkan perbualan terakhir beliau adalah bersama salah seorang pimpinan tertinggi Ahbash. Kumpulan ekstrimis yang dikenali sebagai pro-Syria ini disyaki terlibat di dalam peristiwa pengeboman tersebut. Tidak mustahil juga beliau bersekongkol dengn Syiah di dalam usaha membunuh Hariri yang berketurunan Saudi. Kini, kumpulan ini begitu berpengaruh di Syria.

Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW. Kini kumpulan ini mula berkembang di Malaysia.

Mungkin ramai pihak merasa pelik melihat perkembangan terkini Islam di Malaysia. Isu Wahabi bukanlah satu isu yang besar satu waktu dahulu. Malah, Muhammad bin Abdul Wahab telah dianggap sebagai salah seorang mujaddid di kalangan gerakan-gerakan dakwah dan kumpulan Islam di Malaysia. Umat Islam pasca kebangkitan Islam di Malaysia juga amat menghormati adab berbeza pendapat. Malangnya kedatangan pengaruh kumpulan ini ke Malaysia telah mengubah segalanya. Secara tiba-tiba perjuangan "memerangi Wahabi" muncul. Selari dengan usaha AS memerangi keganasan, usaha memerangi "Wahabi" muncul di Malaysia. Sesuatu yang menarik, modus operandinya sama seperti di Jordan. Jika Kementerian Waqaf (agama) telah digunakan di Jordan. Di Malaysia, JAKIM pula sedang diintai untuk mereka tunggangi. Sesetangah jabatan agama negeri juga sedang cuba dipergunakan untuk menjayakan misi Ahbash melalui orang-orang yang telah mereka susupkan ke dalam badan-badan tersebut. Sehingga kini, mereka telah berjaya mempengaruhi beberapa tokoh agama tempatan. Hal ini bukan lagi rahsia.

Kini sudah mula kedengaran di Malaysia suara-suara "takfir". Dr Yusuf al-Qaradawi juga tidak terlepas dari perbuatan keji kumpulan berkenaan. Gejala takfir ini semakin merebak dan amat mengerikan umat Islam di Malaysia. Bertopengkan memerangi "fahaman Wahabi", kumpulan Ahbash terus bergerak subur di Malaysia untuk menimbulkan fitnah.

Di satu sudut yang lain, al-Qaradawi juga telah dikafirkan oleh kumpulan Salafi jalur keras. Kumpulan yang sentiasa menjadikan tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran Rabi' Madkhali dari Madinah dan Muqbil Hadi dari Yaman juga tidak kurang kelancangannya. Kumpulan ini menolak ulama-ulama selain dari ulama Saudi dan Salafi yang ekstrim. Mereka juga menyesatkan kumpulan-kumpulan dakwah bealirankan gerakan Islam. Mereka juga memerangi pendapat ulama-ulama yang tidak selari dengan pendapat mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menuduh pihak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat, ahli bid'ah, zindiq, malah al-Qaradawi telah digelar sebagai "anjing".

Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original". Mereka sanggup untuk menyesatkan aliran salafi yang lebih majoriti kerana tidak bersama kefanatikan mereka di dalam menyesatkan al-Banna, Syed Qutb dan juga al-Qaradawi. Kumpulan ini sanggup menghabiskan waktu mereka untuk menghebohkan kepada rakyat Malaysia bahawa Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Yusuf al-Qaradawi sebagai sesat lagi menyesatkan yang lain. Mereka juga sanggup untuk menerbitkan risalah-risalah untuk tujuan tersebut. Di kala kumpulan Ahbash sedang giat memfitnah golongan Salafi dengan mengatakan bahawa kumpulan Salafi adalah kumpulan sesat dan ekstrimis, kumpulan ini seakan mengiyakannya. Mereka bertemu di dalam persoalan ini. Kesimpulannya, al-Qaradawi sekali lagi menjadi mangsa.

Umat Islam di Malaysia kali ini benar-benar diuji. Di kala masyarakat Islam sedang diancam pelbagai isu moral dan kerosakan akidah, dua kumpulan ini muncul. Kemunculan mereka hanya mengeruhkan lagi masa depan Islam yang semakin terhakis di Malaysia. Apakah perlu al-Qaradawi dijemput ke Malaysia untuk merawatinya?