Tuesday, August 19, 2008

Jauhi Azab Ilahi..

apa dah jadi dgn malaysia.. berani bersumpah dgn nama Allah SWT.. bersumpah menjunjung Al-Quran.. kandungan Al-Quran, hukum dan undang2 di dalamnya pun masih tidak dipraktikkan lagi.. (-_-)

lapangkanlah hatimu dalam musibah
dan bersabarlah di jalan Allah
jangan hanya memeluk dunia fana
yang bersalut dengan dosa

ingat azab neraka
akan mengejarmu saat kau mati
jadi, jujurlah
harungi hidup ini
jauhi azab ilahi


bersyukurlah selalu
dan jangan ragu
nescaya jauh azabmu

...dan hendaklah kamu betaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya(terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya) -2:195

Friday, August 1, 2008

Minyak dan air takkan bercampur..

bezakan antara sin dan siner..

Minyak dan air takkan bercampur..

sesungguhnya dakwah itu dimulai dgn kasih sayang.. keterlibatan dlm pas tidak pernah menyekat kasih sayang saya buat saudara-saudara seIslam ataupun bukan dlm BN, tapi seandainya parti itu yang bisa mewujudkan garis pemisah yang jelas antara yg hak dgn yg batil.. maka biarlah saya terus ber'parti' dan terus berjuang untuk yg hak.. sehingga mereka kembali kpd yg hak!

Allahuakbar!

PAS tolak kerajaan campuran dengan Umno, BN
31-07-2008 03:24:13 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: PAS menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional untuk menubuhkan kerjaan campuran sama ada di peringkat pusat ataupun negeri.

Selain itu, PAS memutuskan bahawa ia akan terus mengambil pendirian terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, institusi atau individu demi kepentingan negara.

Malah, PAS mengulangi akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dan terus aktif untuk membuat perubahan kerajaan dan mengajak ahli-ahli Umno untuk menyertai PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS dan Majlis Syura yang berlangsung selama lima jam, bermula pukul 10 pagi tadi

-------
Hadiah buat teman2! Buang yg keruh, ambil yg jernih.. Salam perjuangan!