Wednesday, May 14, 2008

Lelaki dan Wanita

Emailed by a friend.. tq :)

lelaki dan wanita masing-masing mempunyai peranan yg telah ditetapkan. mrk juga dipertanggungjawabkan antara satu sama lain.. dlm tanggungjawab itu pula ada kemuliaan yg Dia kurniakan dgn cara yg tersendiri... seorang isteri misalnya, dikehendaki untuk mentaati suaminya dlm segala hal selagi tidak menyalahi seruan Allah SWT. maka si suami mendapat layanan dan ketaatan si isteri.. sebagai imbangannya, si suami dipertanggungjawabkan pula untuk mendidik dan melindungi si isteri.. sekiranya kedua-duanya dapat menjalankan amanah dgn sebaiknya, maka tiada anugerah yg lbh bsr lagi yg layak buat mrk melainkan redha dan syurga Allah SWT. syurga di dunia, iaitu ketenangan dlm rumah tangga dan syurga yg kekal abadi di akhirat kelak.. insyaAllah. nad suka membaca artikel ini dlm konteks nikmat dan amanah.. semuanya cukup cantik dan saling imbang mengimbangi.. tahulah kita juga bahawa stp nikmat itu hadir bersamanya amanah.. manakala stp amanah itu hadir bersamanya nikmat yg besar.. selamat membaca :)

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." [Ali-Imran : 103]

LELAKI :


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


Saturday, May 3, 2008

Amazing work, MasyaAllah :)

CRUSHING the slanders against our beloved Prophet PBUH and Islam.
WATCH and SPREAD THEM

tonton kedua2 video ni kemudian ambil sdkt masa untuk sebarkan.. masyaAllah.. satu usaha yg bagus olh saudara2 kita.. let us all participate and support this campaign of dawah for non-Muslims and help to educate the ignorants... help them see the beauty of Quran and Islam. May Allah reward you for your little time n efforts..

Response to the dishonest disfigurations of the video "Fitna" :



Response to the hypocritical slanders about the MARVELLOUS marriage of Sayyidah Aishah (Radia Llahu Anha) :



Thursday, May 1, 2008

Jemputan Walimah Dzul dan Fizah

~Kepada semua ahli keluarga JASA dan ISIUKM~


Assalamualaikum wbt,

Di jemput shbt2 yg dikasihi Allah SWT sekalian untuk memeriahkan walimah shbt seperjuangan kita,

Dzul Helmi Jaapar bersama surinya Nurul Hafizhah Zulfakar

pada :
24 Mei 2008 bersamaan 18 Jamadil Awal 1429H

bertempat di :
No. 312 Taman Bahagia Delima, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

"Semoga Allah Swt mengurniakan mereka keberkatan dan dan keberkatan dalam perkahwinan ini dan mengumpulkan mereka berdua dlm kebaikan.. amin"

*majlis akad nikah akan berlangsung pd Jumaat mlm sabtu (23/5)
meh le kite konvoi ramai2

hanya hamba-Nya


"Sidang fakir empunya kata, Tuhan mu zahir terlalu nyata, jika benar engkau bermata.. lihatlah dirimu rata-rata"

Tuhan mendidik kita dengan banyak cara.. kdg2 melalui pemahaman yg diterjemah kpd emosi.. kdg2 melalui emosi, yg kemudian membawa kpd pemahaman... seandainya kesedihan tu yg berupaya membawa kita mengenal hakikat diri sbg seorang hamba.. menyedar kita yg kita x punya ape2.. menyedarkan kita bahawa bumi ini bumi Tuhan.. kita hanya insan yg menumpang.. shbt2 itu kurniaan Tuhan.. harta ini milik Tuhan.. menyedarkan yg sbnrnya kita x layak menagih hormatnya org.. maka, biarlah kita bersedih hari2.. menangis hari2.. moga kesedihan dan tagisan yg berpanjangan itu mampu melembutkan hati kita dan membuat kita rase lbh dekat dgn yg Esa..

“Dia lbh mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.”
(Surah An-Najm : 32)


Taubat seorang hamba ft Hafiz

hati hiba mengenangkan
dosa2 yg kulakukan
oh Tuhan Maha Kuasa
terima taubat hamba yg berdosa

kuakui kelemahan diri
kuinsafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah
terimalah
terimalah
taubat ku ini

telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan
menuju redha-Mu ya Tuhan

kuakui kelemahan diri
kuinsafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah
terimalah
terimalah
taubat ku ini

di hamparan ini ku meminta
moga taubat ku diterima
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah
terimalah
terimalah
taubat ku ini

tq buat shbt nad yg tlh kongsikan lagu ni..