Thursday, February 11, 2010

Syafakallah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum wbt.

http://www.masafzal.blogspot.com

Saya hanya mengenali beliau sejak minggu ini melalui pembacaan, dan saya amat mengkagumi diri insan ini. Saya mengkagumi sifat sabar, redha, sifat komited beliau dalam menamatkan pelajaran walau dalam keadaan sakit dan ukhuwwahnya.

Tiada bantuan yang dapat saya berikan melainkan titipan doa. Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang telah ditentukan seja azali. tidak dapat dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat dua. Tetapi yang lebih penting daripada kematian itu, ialah perjalanan menuju kepada kematian itu sendiri.

Jangan disia-siakan walau satu saat, jangan disia-siakan walau satu usaha. Hatta 1 ikhtiar mencari kesembuhan dengan penuh keyakinan yang disandarkan pada Allah SWT itu pun sangat bermakna. Kerana ikhtiar dan keyakinan pada Allah SWT itu sendiri lebih berharga dari harta dunia. Semoga dengan izin Allah SWT saudara Mas Afzal akan sembuh.

Semoga ditetapkan kesabarannya. Semoga dia kembali kepada Allah SWT dalam keadaan iman yang sejahtera. Dan semoga sabar, ikhtiar dan redhanya dalam menghadapi ujian Allah SWT, dan yang pastinya kasih sayang Allah SWT terhadap Mas Afzal sendiri menjadi aset berharga buat dirinya di hari pembalasaan nanti. Amin.