Wednesday, April 2, 2008

Iman dan Kehidupan

Islamik Testimonial

- Individu tanpa agama dan iman, umpama daun kering yg diterbangkan hembusan angin, tidak akan tetap pada suatu kedudukan dan tidak punya arah tertentu..

- Individu tanpa agama dan iman, laksana manusia yg tidak ada nilai dan akarnya.. sentiasa dlm bingung dan ragu-ragu.. tidak tahu hakikat dan rahsia kewujudan dirinya..

- Individu tanpa agama dan iman, umpama binatang buas dan jahat yg sentiasa menerkam.. budaya dan undang-undang sama sekali tidak membatas kejahatannya..

- Masyarakat tanpa agama dan iman.. walaupun bersinar tanda-tanda kemajuan namun mrk hidup dalam kerosakan dan kebinasaan.. meskipun mereka diselubungi kmewahan dan nikmat.. tetap rendah dan murah dari sudut nilai.. kerana tujuan penghuninya hanya untuk memuaskan keinginan dan nafsu semata-mata.

- Ilmu material tidak menimbulkan ketenangan dan kebahagiaan.. ilmu pengetahuan hanya menyediakan manusia moden jalan-jalan kehidupan tetapi tidak memberi petunjuk kepada tujuannya.. ilmu pengetahuan kebendaan hanya memberi manusia alat-alat yg banyak tapi tidak memberi “nilai” yg besar dan tujuan yg “tinggi”. Ia menghiasi luar tetapi tidak dalam kita..

- ringkasan petikan dr Iman Dan Kehidupan, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi

Monday, March 31, 2008

Jika tiada lagi pintu sabar.. kita akan ke mana?

- terbaca artikel ni. artikel yg ringkas, tapi cantik makna die.. slmt membaca. smoga anda dapat manfaat yg sama, insyaAllah. :)

`Hidup ini mencari mati yg sempurna

`Di dinding istana seorang Raja tertulis yang berbunyi "Dengan nama ALlah Yang Pengasih lagi Penyayang. Ingatlah, engkau duduk sekarang di sini kerana ada yang telah pergi"

sumber : http://jarumemas.blogspot.com/2008/03/jika-tiada-lagi-pintu-sabar-kita-akan.html


Jika Tiada Lagi Pintu Sabar.. Kita Akan Ke Mana?


Jiwa orang Mukmin.. sebarkanlah di dalamnya erti sabar. Fahami dan hayati. Memang ALlah telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.

Sabar itulah kekuatan, padanya ada kemuliaan..

Tahanlah hati sebentar, walaupun terkadang ia mendesah-desah seolah-olah ingin pecah. Untuk menggapai kejayaan perlu sabar. Untuk mendapatkan kebahagiaan perlu kepada sabar. Untuk mendapat kesenangan perlu kepada sabar.

Orang beriman yang bertani diambil pengajaran darinya - setiap hari ia menyangkul tanah, digembur, di tanam tanaman, dibajai, disirami dengan air. Selalulah ia berharap kepada ALlah agar tanamannya gemuk. Semoga di hari yang mendatang akan dituai hasilnya buat makan sehari-hari.

Dia tidak lupa mengerjakan kewajipan yang disuruh ALlah, malah ia gemar pula bersedekah pada orang yang susah walaupun dia sendiri sudah sedia sukar hidupnya.

Lalu ALlah ingin menguji kekuatan iman - diberikan hujan dari langit hingga habis rezeki si petani yang selama ini ditanam, dikerah tenaga dan air peluhnya. Keesokan harinya petani yang beriman itu terkejut melihat tanamannya telah habis musnah. Jika tiada imannya pada hari itu, hendak sahaja ia menjerit, memaki hamun takdir ALlah. Mungkin sahaja hilang akalnya kerna memikirkan penah lelahnya selama ini habis percuma begitu sahaja.

Tetapi kerana iman yang masih melekat di hatinya - diturut sahaja perkataan sabar kerana ALlah. Petani yang beriman itu tersenyum - Ya ALlah, harini Engkau berikanku ujian, Aku bersyukur ia hanya mengenai tanamanku, tetapi ia tidak menggugat imanku. Aku pastinya akan lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana walaupun tanamanku digenangi air. Tetapi nampaknya banyak ikan yang berenang sebagai rezeki yang tidak diduga telah Engkau berikan..

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALlah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh ALlah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. "(Al Insan:12)


Baca Lagi..

shbt, teruskan perjuangan.. dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang ke belakang.. sejarah sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, agar kita jadikan pedoman dan pengajaran.. sungguh, jalan menuju bahagia itu tidak pernah mudah..

tq 4 visiting.. :)

Assalammualaikum..

x terupdate blog ni.. huhu agak sibuk lately.. ntah la. kurang sihat jgk kblkgn ni. mgkn stress kut. insyaAllah akan kembali. moga Allah SWT permudahkan urusan kita smua. (-_-) terima kasih krn mengunjungi.(^___^).

Wednesday, March 26, 2008

Friday, March 21, 2008

Betulkah Umno memperjuangkan DEB?

umat yang pasti akan binasa...

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka
(hadith riwayat Ahmad)

bantulah yang dizalimi juga yang menzalimi..

Daripada Anas Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “BANTULAH SAUDARA KAMU, SAMA ADA DIA ITU ZALIM ATAU DIZALIMI”. Para sahabat berkata, “wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh mambantu orang yang zalim?”. Baginda SAW menjawab, “CEGAHLAH SI ZALIM ITU DARI TERUS MELAKUKANNYA”
(hadith riwayat al-Bukhari)

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&
id=13356&Itemid=90

Betulkah Umno memperjuangkan DEB?

Ustaz Idris Ahmad
Tue | Mar 18, 08 | 5:02:24 pm MYT

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.

Saya tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan. Yang saya tahu tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.

Pemimpin Umno fikir mereka ada media yang diketuai oleh anak Maidin dapat menipu rakyat. Anggapan ini silap. Sekarang bukan pengundi 70-an yang boleh diulit dengan dakyah pembohongan. Banyak penulis membayangkan bahawa blog dan internet telah berjaya memberi padangan kedua kepada pengundi di negara ini. Rakyat sudah meloya dengan laporan televisyen yang terlampau mengampu, akhirnya senjata makan tuan. Barisan pembangkang telah berjaya menanamkan keyakinan kepada rakyat tentang pembohongan media.

Apa yang paling menarik sekali selepas pilihan raya maka pemimpin Umno yang menggunakan taktik lama dengan isu perkauman untuk menarik undi di kalangan orang Melayu. Malah ada seorang tokoh veteran Umno Melaka, Tan Sri Aziz Tapa mengatakan bahawa siapa yang tidak memangkah Umno tidak ada semanagat kebangsaan. Inilah otak pemimpin Melayu saluran 1, biarlah kita serah kepada Allah SWT yang menentukan segalanya.

Pemimpin Umno-BN telah menjadikan strategi untuk menjadikan miskin sebagai satu cek kosong yang akan diguna pada bila-bila masa terutama setiap kali pilihan raya. Di Kawasan Jerlun terdapat dua penempatan kampung nelayan iaitu Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang yang diduduki hampir 100 tahun tanah yang tidak bergeran. Mereka ini adalah pengundi setia Umno yang tidak berubah walaupun tsunami melanda. Sedangkan kawasan ini diwakili oleh tiga orang exco kerajaan negeri Kedah. Orang miskin inilah yang menjadi stok simpanan untuk Umno kalahkan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.

Begitu juga yang berlaku di Terengganu, kenapa Umno memerintah Terengganu yang hasil royalti minyak mencecah sampai RM7 bilion. Tetapi masih gagal mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu. Sedangkan sewaktu PAS memerintah daripada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada tangga keempat walaupun royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat. Selepas Umno menang 2004 kadar kemiskinan di Terengganu telah meningkat nombor dua selepas Sabah. Sehingga ada rakyat Terengganu meminta sedekah di depan tokong Cina untuk minta sedekah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Metro. Kelantan yang diperintah oleh PAS berada di tangga keenam.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?

Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.

Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggk DEB kenapa Umno tidak bela oranag Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB. - lanh

Salam Maulidur Rasul..

apa lagi yg dapat ku ungkapkan.. alhamdulillah.. Ya Tuhan, Kau kuatkan kami, tika kami lemah.. Kau dekatkan kemenangan itu, tika ia seakan jauh.. SYABAS rakyat Malaysia kerana berani mengundi untuk perubahan!

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat seluruh umat nabi Muhammad SAW.. Kasihnya Nabi SAW kepada kita :

1) Sesungguhnya setiap Nabi diberikan oleh Allah SWT 1 doa yg pasti termakbul. Setiap Nabi telah pun menggunakan peluang itu, kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Baginda rasulullah SAW telah menyimpannya untuk kita diakhirat kelak, agar baginda dpt memberikan syafaat kpd kita, ummatnya.

2) Antara kalimat terakhir yg lahir dari mulut baginda SAW sebelum wafat ialah "ummati.. ummati..ummati.."

3) Rasulullah S.A.W pernah jatuh pengsan ketika dikhabarkan oleh Jibril AS bahawa akan ada dikalangan ummatnya yg dicampakkan ke dalam api neraka.

4) Sesungguhnya ada di antara ummat Muhammad SAW yang akan dimasukan ke dlm syurga sedangkan mizan dosanya melebihi kebaikannya, atas doa dan syafaat Nabi SAW. Ada pula yg telah dicampakkan ke dlm neraka kemudian dikeluarkan daripadanya kerana berkat doa dan permintaan Nabi SAW, dengan izin-Nya juga.

Duhai ummat.. sejauh mana pula kasih kita kepada baginda saw? renungkan...

"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu sari teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah."
[Surah Al-Ahzab : 21]

"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa kepada seorang lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan, adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[Surah Al-Ahzab : 40]

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, saw); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
[Surah Al-Ahzaab : 56]

ya Rasulullah.. (-_-) .. insyaAllah, akan kembali lagi dalam beberapa hari..

Islamik Testimonial
Dapatkan Free Testimonial DiSINI

Saturday, March 8, 2008

ya Rabb...

waiting anxiously for the result..

"ya Rabb..
hanya pada-Mu, hambaMu yg kerdil ini panjatkan seluruh harapan dan pergantungan... kurniakanlah kemenangan, andai itu yg terbaik buat diri kami pd saat ini..
andai Engkau tangguhkannya,
maka golongilah kami dikalangan hamba-hambaMu yg redha..
kuatkanlah semangat kami untuk terus berusaha kerana dan kepada-Mu..
dan jadikanlah stp yg berlaku,
sebagai perkara yg mendekatkan lagi kami kpd diri-Mu..
ya Rabb.. ya Allah.. ya Hadi~"
-----
rakaman di sekitar stadium sewaktu munajat perdana di Kelantan.. subahanallah..

demi menegakkan daulah Islamiah, berpaksikan prinsip 'kesyumulan Islam'.. dgn mengambil politik dan pilihanraya sbg salah satu wadah perjuangan..

ku melihat, politik itu juga medan dakwah..

politik itu juga medan tarbiyah.. ya Allah, indahnya Islam..

sifat wara'mu.. sifat tawadhukmu, kesabaranmu, ketokohan dan kafakihanmu..
menjadikan dirimu dikalangan pemimpin yg dikagumi dan disayangi.. tuan guru ku..

kenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat




Friday, March 7, 2008

Menifesto BA Tidak Releven?

--> PETRONAS sumbang RM48.3 billion kepada kerajaan dlm bentuk cukai, dividen, royalty dan eksport duti

--> Sehingga tahun 2006, Petronas tlh bayar RM287 billion kpd kerajaan.

TETAPI

--> Subsidi rakyat dikurangkan sebanyak rm4.4 billion setahun (bila subsidi dikurangkan->harga minyak naik-> harga barang asas naik->rakyat menanggung beban!)

--> harga minyak naik 30sen pd 28 Feb 2006 (kenaikan tertinggi di dlm sejarah)

-----

PETRONAS UNTUNG RM80 BILLION (Laporan kewangan berakhir 31 Mac 2007)

KE MANA PERGI KEUNTUNGAN PETRONAS???

--> Subsidi gas rm14 billion sejak tahun 1997 untuk syarikat taukey bsr spt Ananda Krishnan, Yeoh Tian Lay (YTL Power), Lim Goh Tong (Genting Sanyen) kerajaan x pernah usik, tapi subsidi minyak RM16 billion untuk 25 juta rakyat selalu diungkit-ungkit.

--> Bina menara kembar KLCC : RM10 billion

--> Bina Putrajaya dan MSC : RM19 billion

--> Bina trek Formula One : RM286 juta

--> Selamatkan DRB-Hicom : RM999.4 juta

--> menaja Petronas-Sauber (Formula 1) : RM 1 billion setahun

--> Salah Urus Wang : Bagunan MATRADE rosak : RM500 juta, baiki jambatan MMR2 : 500 juta. Beri kondom dan jarum percuma kpd penagih dadah : RM145 juta dan bnyk lagi..

MAKA, mengapa BA tidak boleh menguruskan keuntungan PETRONAS dengan cara :

--> kurangkan harga minyak : RM10 billion subsidi

--> pendidikan percuma kpd rakyat : RM10 billion subsidi

--> hapus tol : RM5 billion pampasan

--> dan PELBAGAI lagi cara.. Yakinlah, BA MAMPU mentadbir MALAYSIA, insyaAllah!

Menifesto PAS : Tawaran Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih - Negara Berkebajikan

Menifesto PAS - Bahasa Malaysia

Menifesto PAS - Bahasa Inggeris


Pemimpin Gerakan Ikhwan di Eropah Gesa Rakyat Malaysia Sokong PAS

PEMIMPIN GERAKAN IKHWAN DI EROPAH GESA RAKYAT MALAYSIA SOKONG PAS

Pemimpin Gerakan Ikwan Muslimun di United Kingdom, Dr Kamal al-Helbawy menggesa rakyat Malaysia supaya menyokong PAS di dalam Pilihanraya Umum ke-12 akan datang. Dalam satu wawancara besama wartawan Kelab Maya Barisan Rakyat Malaysia (Eropah) www.bahankempen.com, beliau menyatakan bahawa demokrasi dan kebebasan sepatutnya boleh memberikan peluang kemenangan kepada Islam untuk memerintah di dunia ini.

Dr Kamal yang merupakan pengasas kepada Muslim British Association (MBA), penaung kepada gerakan-gerakan Islam di United Kingdom turut mengkritik amalan politik di Malaysia . Beliau berpandangan yang kebebasan berpolitik lebih dinikmati di Indonesia , selain menggesa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya lebih bersifat terbuka dan adil di dalam berhadapan dengan pembangkang.

Dalam wawancara ringkas yang boleh dicapai di sini dan di sini, Dr Kamal turut menyatakan kekagumannya terhadap ketokohan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang di dalam pengalaman mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi beliau, kedua-dua mereka perlu menjadi pilihan rakyat di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau turut menyebut nama pimpinan PAS yang lain seperti Ustaz Azizan Razak, Ustaz Hasan Syukri dan Ustaz Yahya Othman yang pernah bersama-sama dengan beliau di dalam gerakan Islam di peringkat antarabangsa. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menafikan kelayakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di dalam pilihanraya yang dianggap beliau sebagai pemimpin berkarismatik dan bersih.
Dr Kamal turut menyeru kepada seluruh pertubuhan Islam dan kumpulan nasinonalis supaya bersatu dan bersama-sama mendokong perjuangan PAS sebagai wadah utama memenangkan Islam dan membawa keadilan sejagat di tanahair.

Mengulas pandangan Dr Kamal tersebut, Dr Abu Tuah bin Hisyam yang merupakan Pengerusi Himpunan Teknokrat dan Profesional Melayu Eropah (HEMAT Eropah), sebuah badan profesional dan teknokrat Melayu yang bekerja di seluruh benua tersebut turut berkongsi idea yang sama. Beliau yang bekerja sebagai Research Fellow di sebuah universiti terkemuka di London menyatakan yang rata-rata komuniti Melayu di United Kingdom dan Eropah mengharapkan perubahan di dalam pemerintahan negara. Rakyat Malaysia telah diperbodohkan sejak pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

“Kami daripada jauh dapat melihat kebobrokan pemerintahan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional. Kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah dirampas sewenang-wenangnya. Imej negara semakin buruk di dalam media Eropah, kerana kesempitan di dalam amalan demokrasi serta penipuan yang ketara di dalam sistem pilihanraya. Pemikiran rakyat telah ditutup dengan pelbagai penipuan dan akta ancaman ala diktator. Rakyat tidak lagi bebas bersuara, walaupun kebebasan itulah yang merupakan intipati kepada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas di barat sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang menguasai tamadun dunia sekarang ini,” ujar Abu Tuah.

Mengulas mengenai kemenangan PAS, beliau berkata, “Mungkin tidak pada pilihanraya kali ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu pemikiran mereka. PAS perlu bekerja dengan lebih keras lagi, dan yang pastinya ianya akan menjadi lebih mudah sekiranya seluruh gerakan Islam yang lain bersatu di bawah PAS, selain melunakkan penampilan supaya dapat berkongsi rahmat Islam kepada bangsa-bangsa yang lain.”



Thursday, March 6, 2008

Dakwat, Isu Moral & Penipuan Di Musim Pilihanraya

Dakwat, Isu Moral & Penipuan

Di Musim Pilihanraya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Saya agak sedih apabila diwartakan bahawa penggunaan dakwat untuk pembuangan undi 8 mac 2008 ini dibatalkan. Setelah isu ini dibincangkan sebaiknya di peringkat majlis fatwa kebangsaan dan diputuskan sebagai harus, kini ia dibatalkan atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau.

Akibat dari laporan tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengambil keputusan membatalkan penggunaannya. Secara ikhlasnya, saya menunggu-menunggu gambar mereka yang terlibat ditangkap dan disiarkan di televisyen atau media, namun setakat apa yang saya tahu masih tiada tangkapan specific dibuat. Hanya gambar dakwat yang disiarkan. Saya juga terfikir mengapa ISA tidak digunakan kepada mereka yang membeli dakwat itu sebagaimana kebiasaannya dalam kes-kes yang mengancam keselamatan negara.

Mungkin dengan tertangkapnya mereka yang terlibat, penggunaan dakwat tidak perlu dibatalkan. Wallahu'alam dan terpulanglah kepada mereka yang berwajib.

Tidak dapat saya nafikan, saya sebenarnya merasa seronok dan tidak sabar untuk mengundi menggunakan dakwat, yang saya kira sejarah baru dalam politik tanahair serta komitmen yang baik bagi menjamin keyakinan pengundi terhadap proses pilihanraya. Namun, nampaknya terkubur sahaja harapan itu disamping banyak juga saya mendengar luahan rakyat di sekitar saya , ada yang terkilan dan ada juga yang tidak yakin dan pelbagai lagi.

Mafrel Tarik Diri

Hasil dari pembatalan tersebut badan pemantau pilihanraya yang diiktiraf oleh SPR iaitu Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel), telah bergolak sehingga beberapa pemimpinnya menarik diri.

Abd Malek Hussain, pengerusi Mafrel dengan tegas menyatakan bahawa Mafrel tidak dapat menerima kehadiran pemerhati-pemerhati nya yang ditauliahkan SPR untuk memerhatikan urusan pengundian di tempat-tempat mengundi pada pilihan raya ini dalam keadaan untuk mengiyakan suatu keputusan yang pasti menjejaskan kredibiliti dan integriti Mafrel. Malek juga berkata Mafrel memandang berat kepuutsan tersebut memandangkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi amat berguna dan berkesan untuk mencegah perbuatan penyamaran serta pengundian berganda yang jelas bertentangan dengan seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Berdasarkan pengalaman Mafrel melalui misi pemerhatian pilihan raya peringkat antarabangsa khasnya di Indonesia, Filipina malahan Afghanistan, penggunaan dakwat kekal tersebut diperakui masyarakat antarabangsa sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah amalan penyamaran dan pengundian berganda," kata beliau dalam sidang media petang tadi.

Tambah beliau, berdasarkan pengamatan Mafrel, pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang hanya boleh ditangani secara jangka pendek dengan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi.

Beliau juga berkata pembatalan penggunaan dakwat kekal itu mendedahkan suasana yang tidak kondusif kepada perjalanan proses pilihan raya yang seharusnya menepati prinsip-prinsip dan amalan pilihan raya yang bebas dan adil yang diiktiraf dunia.

Dengan itu, Malek berkata Mafrel membantah sekeras-kerasnya keputusan pembatalan tersebut dan menegaskan bahawa Mafrel tidak akan mengiyakan satu keputusan yang nyata bertentangan dengan rekomendasi nombor 12 dan 13 yang terkandung dalam 'Final Report in Election Observation of 2007 by-elections' bersabit dengan penggunaan dakwat kekal yang telah dikemukakan Mafrel kepada SPR sebagai sebahagian dari syarat-syarat pemerhatian pilihan raya Mafrel yang diiktiraf SPR bagi pilihan raya kecil N8 Machap, Melaka dan N11 Ijok pada 2007 lalu

Masalah Orang Malaysia

Jika apa yang dilaporkan adalah tepat dan benar, maka Malaysia menghadapi kedudukan rakyat yang lebih teruk dan kurang bermoral berbanding Indonesia, Filipina, Afghanistan yang dinyatakan oleh Mafrel menggunakan dakwat yang sama. Negara yang bergolak seperti itu pun rakyatnya masih boleh ditangani agar tidak melakukan sebarang penipuan apabila menggunakan dakwat namun agak menyedihkan apabila kita di Malaysia gagal menggunakan sistem ini.

Tidak kiralah siapa yang menipu dalam hal ini samada yang berwajib atau rakyat, secara ikhlas saya hanya ingin mengaitkannya dengan masalah moral, nilai dan amanahnya rakyat Malaysia yang semakin terhakis dan ini sudah pasti amat membahayakan negara dan seluruh penduduknya.

Di musim pilihanraya ini pelbagai jenis penipuan dan pembohongan dapat dilihat dengan jelas, wajah-wajah sebenar orang terdesak untuk menutup kelemahan dan kejahatan masing-masing juga tampak kelihatan. Hingga penipuan dan pembohongan dijadikan bahan untuk memastikan kuasa diperolehi dan menjalankan agenda masing-masing

Hakikatnya mereka telah tertipu dengan kenikmatan sementara kuasa dan harta.

Bagi Yang Rasa Tertipu, Sengaja Menipu & Benar-benar ditipu

Bagi yang rasa tertipu, sengaja menipu & benar-benar ditipu, kembalikanlah ingatan kepada apa yang disebut oleh Allah yang maha berkuasa. Allah swt telah mengingatkan kita agar menyakini :

إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُواْ بِهَا وَإِن تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ
لاَ يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Ertinya : Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya TIPU daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan ( Al-Imran : 120)

Juga ingatan lainnya :

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّ بِاللّهِ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلاَ تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ

Ertinya : Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap kejahatan mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka TIPU DAYAkan ( AN-Nahl : 27)

Lebih hebat dari itu, Allah juga menyatakan bahawa

Ertinya : "Tidaklah tipu daya jahat itu kecuali akan kembali kembali pembuatnya"

Perlu diyakini, sebarang kemenangan secara penipuan hanya merupakan cara Allah membalas dan mempergandakan dosa mereka yang menang, ia ibarat istidraj yang diberikan Allah kepada si penjahat untuk membiarkannya terus jahat (atas pilihannya sendiri) dan akhir amat layak mendapat murka Allah.

Apa yang penting, bagi mereka yang yakin sedang memperjuangan kebenaran harus bergantung lebih kepada Allah dari diri mereka sendiri, sudah tentu semuanya wajib berusaha tetapi usaha mereka tidak akan kesampaian tanpa bantuan Allah, dan bantuan Allah memerlukan mereka yang berjuang itu ikhlas serta sentiasa memperbaiki dirinya. Hanya dengan itu, bantuan Allah dan kemaqbulan doa akan tiba.

Namun, jika ada yang berpuasa sunat, berdoa dan bertahajjud untuk mencapai kemenangan yang diyakini benar untuk agama Allah, tetapi dalam waktu yang sama juga turut tidak insaf dan terus menerus melakukan dosa yang sama seperti orang lain, sebagai contoh memakan riba, menipu dan lain-lain dalam kehidupan peribadinya. Amat sukarlah doanya dimaqbulkan Allah. Perjuangannya akan gagal buat sementara waktu bagi membolehkan koreksi diri dilakukan lagi. Malah jika menang dalam keadaan berdosa, fitnah harta dan pangkat pastinya akan menewaskan individu ini, hingga akhirnya menyusahkannya di dunia dan akhirat.

Semoga kita semua dan pembaca mampu menjauhan diri dari tergolong dalam kumpulan ini.

Moga Allah membalas segala jenis penipuan pilihanraya dan lainnya dengan segera di dunia lagi kepada sipembuatnya agar mereka mampu sedar dari keasyikan hasil dodoian Syaitan laknatullah dan akhirnya bertaubat dan mati didalam keampunan Allah swt.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Mac 08