Thursday, February 28, 2008

nad berkempen :)

assalammualaikum..

banyak plk posting tentang politik dalam blog ni :) maklumlah, fasa berkempen pun dah bermula.. berkempen tuk ape yek? kempen tuk masa depan nad la :), masa depan bakal2 anak nad insyaAllah.. masa dpn shbt2 nad.. juga berkempen untuk masa dpn anda smua, masa dpn KITA RAKYAT MALAYSIA.. kempen utk mewujudkan sebuah negara berkebajikan yg bersih dari amalan rasuah, korupsi, sebuah negara yg menjamin keadilan sosial, kebebasan media dan istitusi kehakiman dari kwln politik.. kempen tuk keselamatan rakyat.. kempen tuk penurunan harga minyak dan barangan keperluan, kempen tuk membanteras maksiat yg berleluasa diperingkat bwhn apatah lg atasan.. yg lbh penting lg, berkempen tuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam, yg berteraskan undang2 Islam.. mengangkat para alim ulama' sbg pimpinan tertinggi.. pimpinan yg tulus, pimpinan yg diredhai, insyaAllah..

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)" - [Surah Yunus: 89]

buat semua, terutama para pengundi.. buka lah mata, buka lah minda.. tilik semua fakta2 yg ada.. baik dr media alternatif mahupun main stream.. buat la penilaian yg sewajarnya.. carilah kbnrn dan jgn takut untuk melakukan perubahan.. berilah peluang kpd barisan alternatif untuk membuktikan kemampuan mrk (dgn izin Allah swt juga).. berilah peluang pd dri sndiri untuk merasai nikmat dan rahmat hidup dibawah kepimpinan Islam yg sbnr.. say YES tu PERUBAHAN! :)

"kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuk mereka amat disenangi rakyat dan merupakan pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini."


mm.. beralih cerita. isnin lps, nad ada mtg di hq, spt biasa mtg kami akan dimulai dgn slot perkongsian ilmu.. and this week, our managing director sndri tlh memberikn pengisian.. secara umumnya berkisar tentang pru-12, iaitu tntg kewajiban mengundi dan kepimpinan yg harus menjadi pilihan.. amat-amat menarik.. sedikit mutiara kata untuk dikongsikan bersama anda smua :

"kalau kita yakin akan hari pembalasan, pasti kita akan menjadi org yg bekira-kira"

"hari pembalasan, hari dimana anak pinak dan segala harta benda tidak lagi berguna, kecuali yg balik dgn hati yg sejahtera"

"setiap segenap kehidupan kita, mestilah disandarkan pd agama"

"kita kini berada 1400 tahun di belakang baginda Rasulullah SAW. sebelum kita terdapat berbilion2 umat nabi Muhammad SAW dihadapan. jika dibariskan nak digambarkan kita sbnrnya berada jauh dibelakang.. di mahsyar kelak, insan2 akan berada dibelakang barisan pemimpinnya sewaktu didunia. terdapat banyak barisan yg panjang disana kelak. yg memustahilkan kita untuk melihat siapa didepan.. mudah2an kita berada di belakang barisan yg dihadapannya dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah SAW dan para shbt.." masyaallah..


**sdg post entry sambil mendengar cd 'Mari memuji kekasih Allah'.. cd berharga rm10 yg dibeli dr seorang juru jual.. untuk sumbangan kpd maahad tahfiz dan anak-anak yatim katanya.. kalau ternampak, beli la ye.. best jugak, diselang selikan antara selawat, marhaban dan nasyid.. ya Rasulullah.. kami merinduimu.. ya nabi Allah.. kami merinduimu..

2 comments:

reezwan said...

nad.. :) artikel yg menarik..insyaAllah dengen izin Allah..kita akan menuju kepada negara berkebajikan... :)

syuhada said...

mudah2an (^__^) kemenangan itu janji yg pasti.. mudah2an, zaman kemenangan tu bermula di zaman kita.. insyaAllah