Sunday, December 9, 2007

Seni Kehidupan :)

nice one.. another laman web menarik dan mesti lawat!


Nama website : Seni Kehidupan

Alamat website : http://www.senikehidupan.com/

Maklumat website : Seni Kehidupan-Wadah Ekspresi Islam telah dibangunkan oleh sekumpulan anak muda yang berpendapat bahawa media dapat menyumbang tenaga dalam dakwah Rabbaniyah. Secara amnya laman web ini terbahagi kepada 3 sekmen utama iaitu SeniKehidupan yg menawarkan wallpaper2 menarik, SeniVideo dan SeniKomik. Wallpaper, video, komik dan lain-lain mengandungi message-message tersendiri, yang insyaAllah boleh diambil manfaat. wallpaper dgn grafik dan mesej membina blh di download untuk simpanan anda!


"Islam itu Indah, Indahnya bersama Islam"
"Qualiti only happens when you care enough to do your BEST!"

Saturday, December 8, 2007

Giveaway of the Day

laman web menarik recommended by seorg shbt. nice one! (^-^)



Nama website : Giveaway of the Day

Alamat website : http://www.giveawayoftheday.com/

Maklumat website : Laman web menarik.. Melalui projek Giveaway of the Day, para pengujung boleh dapatkan pelbagai perisian dan games (yang sepatutnya dibayar lesennya) secara percuma. Setiap hari, mana-mana satu perisian yg dinobatkan sbg Giveaway of the day blh didownload secara percuma oleh semua pengunjung laman web dlm tempoh masa yg ditetapkan (24 jam atau lbh bergantung kpd persetujuan publisher perisian).. istimewanya, perisian yg didownload adalah dalam full functionality dan bukan sbg limited atau trial version! nice!

Thursday, December 6, 2007

Masa Untuk Memberi

"Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. Dan apabila lautan meluap-luap bercampur baur. Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. Dan apabila neraka dinyalakan menjulang. Dan apabila syurga didekatkan (selepas semua itu berlaku), maka mengetahuilah tiap-tiap diri akan amal yang telah disediakannya"
[Al-Takwir : 1-14]

Bismillah..

alhamdulillah, msh diberikan kesempatan untuk menulis.. slmt bertemu kembali (yeye je (^-^) ) ntah ada ke insan yg setia membaca, ntah x.. tgk hit counter x naik2 pun.. huhu, tapi xpela.. tu bukan alasan untuk nad bhnti menulis dan menyampaikan ye x? :)

mm.. memblogging blh jadi hobi baru. teringat masa2 belajar dlu, almost every day nad ada meeting, merancang aktiviti. every week msti ade je program.. sbhgn kenangan terindah semasa nad belajar di ukm, juga sdkt usaha dlm membangunkan diri dan masyarakat insyaAllah.. tapi la ni, sjk mula bekerja, pergerakan nad agak terbatas.. masa agak terhad.. tinggal pun dkt klang, aktiviti2 dkt bangi jrg dah dpt turun.. mungkin blog ni dpt menjadi pengubat rindu, juga menggantikan sdkt yg hilang..

dalam kenangan :)

mm.. sebusy mana pun kita, itu sbnrnya bukan alasan untuk kita brhnti dr melakukan gerak kerja-gerak kerja yg pnh mnjadi sbhgn dr perjuangan atau amalan kita seketika dlu.. semahal masa, semahal itu jua lah kehidupan dan perjuangan ini.. sbb ini lah yg akan kita jadikn bekalan di hari yg pasti tu nanti. malulah kalau kita pulang dgn tangan kosong.. syurga tu mahal shbt2.. bkn free.. untuk dpt nikmat yg hebat.. mestilah ada pengorbanan yg hebat.. malu sbnrnya utk bercakap.. sdg amalan sendiri pun x seberapa.. tapi apa pun, insyaAllah, moga2 tulisan ni akan beri momentum baru pd nad utk lbh giat memajukan diri dan amalan, insyaAllah :)

'Erti hidup pd memberi' (pinjam dr ust hasrizal sat :) ).. dah terlalu lama kita menerima.. melihat situasi masyarakat hari ini, x dan rasanya untk kita duduk diam.. menerima dan hanya terus menerima. seronok sbnrnya memberi ni.. akan terasa alam kita lebih luas.

bersama ajk mesyuarat agung Jaringan Siswazah Malaysia (JASA)
moga diri ini sekuat mereka :)

hari yg pasti-hari dimana setiap diri akan diperhatikan kembali dan dihitung amal perbuatannya

pulang-
dr Allah SWT kita datang dan hanya kepada Allah SWT jualah kita akan kembali

pnh sekali tu nad bercakap dgn seorang shbt tntg masalah hati yg blm settle.. kata shbt nad "sekarang ni kita dah x ada masa untuk semua tu".. mm btllah apa yg dia kata. umur pun dah 22 tahun skrg. masanya untuk amalkan apa yg kita tahu, ye x? :)

Monday, December 3, 2007

dr friendster ke blogspot :)

selamat datang ke mencari-cahaya.

kenapa ya mencari cahaya?.. insyaAllah.. itulah konsep n matlamat yg ingin nad bawa dan cuba kongsikan bersama anda semua.. seorang shbt nad pernah berkata.. "kita memberi atas apa yg ada pd diri kita" huhu.. saya bukanlah seorang yg hbt dari sudut penulisan, jauh sekali untuk mengulas isu2 besar.. sekadar merakamkan sdkt pendapat dan kisah hidup untuk dikongsikan bersama anda yg membaca.. mdh2an kita smua akan mendapat sdkt manfaat, insyaAllah.. sama2 kita usaha gerakkan fikiran n emosi kita kerana n kepada Dia.. :) kalau ada slh n silap btlkanlah ye..

`memberi sambil menerima~

`bersama dalam kembara mencari cahaya.. kita kan hamba~


soalan lazim dr mrk yg menziarah blog ni "amrin hakim tu anak awak ke?".. my fruit child la :) mm..

fruit child (anak buah) yg comel.. alhamdulillah, besar dah die n makin comel :)


on the day u were born..

---

malam ni terbaca lg blog yg mengelirukan.. risau dibuatnya.. mgkn lain kali nad ceritakan. just pesanan untuk diri n shbt2.. imbangi bacaan kita dgn merujuk sumber yg berlainan dan dipercayai. buat perbandingan. bincangkan juga dgn mrk yg lbh arif.

Saturday, December 1, 2007

Radix Kola - terhangat di pasaran! :)

"Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yg bertaubat dan mereka yg mensucikan diri"
[Al-Baqarah : 222]


Istimewa Radix Kola dan sarsi - alternatif baru produk muslim, keluaran HPA Industri Sdn. Bhd. :
- ramuan sinergi herba khas, mampu memberi perlindungan pd hati
- mempunyai rasa kola yg sbnr
- kandungan gula yg rendah


alkohol sering digunakan dlm makanan sbg bahan pelarut penting selain air. dlm pmbuatan perisa makanan, 'minyak essential' dilarutkan dlm alkohol. selain tahan lbh lama, bhn perisa yg dilarutkan dlm alkohol juga dikatakan dpt mengekalkan bauan dgn lbh lama.

menurut sesetengah pndpt, pengambilan alkohol dlm jumlah yg sedikit dan x memabukkan, adlh tdk haram. bagaimanapun pernyataan ini jls sekali bertentangan dgn nas. tlh jls dinyatakan di dlm Al-Quran bhwa alkohol (khamr) adalh HARAM.. sbgmana firman Allah SWT menerusi ayat suci Al-Quran yg bermaksud :

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya."
[Al-Baqarah : 219]

dlm hadith riwayat Muslim pula menyatakan bhwa

Baginda junjungan bsr Rasulullah SAW pnh bersabda yg bermaksud : "Minuman apa pun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram".
[Hadith riwayat Muslim]

menurut kajian CAP (1994), minuman coca-cola kegemaran ramai yg terjual di lbh 185 buah negara termasuk malaysia, mungkin mengandungi alkohol (rasa msti ramai yg dah tahu).. pendedahan dibuat berdasarkan buku yg menceritakan sejarah syarikat coca-cola olh mark pendergrast yg berjudul For God, Country and Coca-Cola.. keraguan terhadap coca-cola atau minuman bercola trt disuarakan dlm buku Halal Haram, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006).

"umat Islam dinasihatkan supaya mengelak daripada meminum minuman berkola dan juga minuman ringan yg lain krn selain berkemungkinan dicemari alkohol, ia juga memudaratkan kesihatan kerana mengandungi terlalu banyak gula."-Halal Haram (2006)

Halaalan Thoyyiban

Isu halal haram dlm kebanyakkn minuman berkola dah lama dibincangkan.. terutama selepas tersebarnya email seperti pendedahan laporan sisatan Mujlisul Ulama of South Africa terhadap coke dan keengganan coke mendedahkan resipi turun temurunnya walau slps mendapat arahan dr indian government dan beberapa arahan makamah lain. mmm.. tapi walau bgmana pun, pihak JAKIM pd thn 2005 tlh menafikan dakwaan tersebut bg coke yg dikilang di malaysia. sijil halal pun msh lg diberikan bg produk coca-cola keluaran syarikat F&NCC Beverages Sdn. Bhd. dan Kings Cafe Sdn. Bhd., seperti coca-cola light, zero, lime dsbgnya.. shngga ke hr ini.

mm, tujuan artikel ni di post bukanlah untuk menimbulkan keraguan terhadap JAKIM atau menambah syak wasangka thdp coca-cola malaysia :) .. nad fhm beratnya amanah yg dipikul oleh jakim.. jakim tlh mengambil pelbagai langkah bg memastikan ketulusan produk2 yg membawa logo halalnya.. justeru, untuk entry kali ini, nad lbh suka mengajak diri sndri dan shbt2 yg di kasihi Fillah untuk menyahut seruan "Halaalan Thoyyiban".. waspadalah dlm stp pengambilan makanan n minuman kita.

validity period untuk halal certification certificate oleh jakim adalah 2 tahun. mustahil jakim dapat memantau premis2 pemprosesan poduk makanan yg bilangannya beribu stp masa.. shbt2, dlm masa 2 tahun tu byk benda blh berlaku.. jakim merupakan benteng pertama pengguna Islam malaysia, tapi end of the day, kita sndri merupakan benteng terakhir diri kita. tinggalkan yg syubahat/ragu.. pilihlah alternatif yg lbh baik! sokonglah produk2 keluaran muslim. bagi penggemar cola n sarsi, pilihlah radix kola dan sarsi!

Dilema Pengguna Islam

kehidupan kita umat Islam semakin mencabar. selain berhadapan dgn masalah politik dan ekonomi, kita trt menerima ancaman dr aspek sosiobudaya, termasuk makanan dan keperluan harian. isu kesucian produk merupakan isu sensitif bg masyarakat Islam yg perlu dipandang serius olh stp individu muslim krn merupakan proses harian yg membawa kesan berpanjangan.

"Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yg bertaubat dan mereka yg mensucikandiri"
[Al-Baqarah : 222]

Rasulullah SAW tlh bersabda bermaksud : "Kebersihan itu mengajak kepada beriman dan iman itu pula bersama-sama tuannya dlm syurga"

seorang shbt bernama Saad bin Abi Waqas prnh bertanya kpd baginda Rasulullah SAW, bgmanakah untuk memastikan doa diterima olh Allah SWT, Rasulullah SAW tlh bersabda yg bermaksud "makanlah yg baik, nescaya termakbul doamu"

Imam Abdallah Ibn Alawi Al Haddad dlm The Book of Assistance tlh menekankan 2 fungsi makanan. beliau menulis "Segala-galanya bergantung kpd makanan krn jika sempurna pengambilannya, ia akan memberi kesan kpd jantung dan memberi tenaga kpd tubuh untuk beribadat"

Imam Al-Ghazali juga pnh menyebut tntg ksn makanan yg haram kpd zuriat, iaitu anak-anak "Jika kita ingin anak kita jadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan drp rezki yang halal sejak lahir. makanan yg halal selain menjadikan anak kita berguna, blh menjadikan mental mrk pintar dan cergas.."

huhu.. besar sungguh ksn dia.. untuk si pemakan kpd mental, fizikal dan rohaninya.. juga pd zuriat keturunannya (untuk yg dah berkeluarga n single lg ye (^^.) ).. end produk yg mantap, hasil dr proses yg mantap.. anak2 yg soleh/solehah, lahir dr waspada ibu bapa.. hatta sblm berumah tangga lg.. menjaga pemakanan juga menjaga hubungan .. huhu out of topic, tapi skdr mengingatkn.. dan sesungguhnya Allah SWT lbh Mengetahui.. :)

layari direktori halal jakim (semak bar code n produk halal) :
http://www.halaljakim.gov.my

Friday, November 30, 2007

Found Again


ramai manusia yg meninggalkan Tuhan tanpa disedari, sdgkn Tuhan x pernah meninggalkan mrk.. Merasa jauh, krn kita gagal menangkap 'gelombang keTuhanan' itu

"... ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." [Ar-Rad : 28]



I was once a lost child till You came along and saved me
From all there was set to harm me
You lifted me up so high
Your existence is something I could never deny

You welcomed me with open arms
You've shown me that you do forgive

Going back to my same old life is
a life I wish to never again live

You opened me up read me like a book
not only my insecurities but my doubts You
also took

You've shown mercy to my soul
You've picked up the broken pieces and made me whole.

When i cried You wiped away my tears
when i was scared You helped me over come my fears

Oh my ALLAH the most great the most high
I thank You
for answering my every plea and cry

I was once a lost child wandering this land
until You came along and saved me by
Offering Your hand.

~Embracing Islam

Thursday, November 29, 2007

`Erti Hidup Pd Memberi~

assalammualaikum.. salam perjuangan.

dah lama nad x update blog ni.. agak sbk skit kebelakangan ni.. mm.. xpela :)

mgkn agak lwt untuk nad postkan.. ape pun rasa semacam x lengkap blog ni andai x ada sdkt ulasan ttg BERSIH yg berlangsung pd 10 Nov lps. bak kata org, better late then never kan.. huhu :) 19 hari dah berlalu, tapi kehangatan bersih msh lg terasa.. yup, perjuangan msh belum selesai.. selagi tuntutan dan matlamat yg disasarkan msh blm tercapai.

alhamdulillah nad smpat trn mengikuti bersih pd 10 nov lalu.. di lokasi masjid negara dan istana negara. alhamdulillah, ramai yg tlh trn berhimpun, menunjukkan semmgnya ramai dikalangan kita yg msh lg aware tntg situasi semasa tanahair serta cintakan keadilan.. rakyat tlh trn dari segenap arah untuk menjayakan bersih.. dari utara, selatan, pantai timur dan pantai barat malaysia.. kehadiran pd hr tersebut dianggarkan lbh ramai lg, andainya x berlaku sekatan2 jln.. dan bas2 yg ditahan tdk diarah untk berpatah balik..

secara amnya terdapat 4 lokasi utama rakyat berhimpun sebelum menuju ke istana negara, iaitu sogo, masjid negara, masjid jamek dan pasar seni. perhimpunan berlangsung secara aman di kesemua lokasi kec masjid jamek, dimana ahli2 perhimpunan tlh di hlng keluar dr msjd jamek dan berlaku kekerasan olh anggota fru.. tlh berlaku beberapa siri kejar mengejar dan ahli bersih turut disembur dgn sejenis air 'tercemar' /air kimia yg mengakibatkn ksn sampingan seperti pedih mata, sakit tekak, kulit menjadi kemerah2an dan muntah2..

sbgmana yg kita sedia maklum, matlamat utama bersih ialah untuk menuntut pilihanraya yg bersih dan adil.. bg mrk yg msh belum jelas tntg bersih, matlamat dan tuntutan serta lbh 30 pertubuhan yg menandatangi memorendum tersebut, sdr/sdri blh la layari laman web http://10nov.himpunan.info/ untuk mengenali bersih dgn lbh dkt serta melihat koleksi gambar perhimpunan di setiap lokasi.. rakaman2 juga tlh lama diuploadkn di utube.

sbnrnya untuk entry kali ni nad berminat untuk kongsikan satu artikel tulisan ust hasrizal (SaifulIslam.com).. nad yakin ramai yg dah baca.. artikel ni pun dah lama diuploadkn.. bagi mrk yg blm baca, slmt membaca ;) bagi yg dah baca.. blh la baca sekali lg (^^.) ..

~tahniah kpd unit Amal yg tlh bertugas dgn cemerlang skali bg memastikan kelancaran perhimpunan. terharu melihat gmbr anggota unit amal yg disembur dgn 'muntah' fru semasa membuat ribat di saff hadapan perhimpunan bersih. hanya Allah swt shj yg dpt membalas pengorbanan kalian.. salam perjuangan. :)


--------------------------

Petikan Artikel oleh : Ust Hasrizal

Saya bukan ahli politik.

Tetapi ini tidak bermakna saya buta politik, atau berkecuali dari berfikir tentang politik, apatah lagi menganggap politik bukan urusan saya dan bukan urusan agama. Saya bukanlah peminat Khomeini, tetapi ada kata-katanya yang patut diberi perhatian. Beliau pernah menyebut, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.

Jahil terhadap kedua-duanya.

Apabila saya berbual atau menulis tentang politik, saya maksudkan ia sebagai disiplin mengatur kehidupan manusia. Tentang peraturan hablun minannaas yang merupakan separuh kedua agama kita. Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya.

Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Apatah lagi jika anda seorang pelajar. Biar pun undang-undang negara telah mewartakan anda pada usia begitu sebagai seorang yang layak mengundi, anda ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Maka soal keterlibatan pelajar dengan politik, saya serahkan kepada anda untuk membuat percaturan mengenainya.

Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya. Buangkan jauh-jauh nama parti politik yang kalian tidak suka, isu-isu yang mereka bawa tetap tidak boleh kita pisahkan dari kehidupan.

Jika isu tol, kenaikan harga minyak, kepincangan sosial, pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris dan korupsi serta kronisma dan nepotisma… kita kaitkan dengan parti politik tertentu, jika parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah kita, masyarakat kita. Parti politik adalah kenderaan dan wadah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata.

Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya. Ada istilah amar makruf, ada istilah nahi munkar. Bagaimanakah anda melaksanakan dua tanggungjawab ini, terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Jika kita alah dengan parti politik, ia bukan alasan untuk kita buat tidak peduli kepada masalah yang membelenggu kehidupan kita dan masyarakat. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?

Pernahkah Nabi SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi, dan Nabi SAW tidak peduli kepada nasib mereka?

Renung sahaja amaran Allah SWT:

almaun.JPG
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’oon 107 : 1-7)

Pendusta agama yang diperincikan oleh Allah karakter mereka adalah golongan yang tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, sebelum Allah menyebut kecacatan ibadahnya. Di peringkat massa, kebajikan anak yatim, membela kaum fakir miskin, adalah persoalan-persoalan yang membabitkan banyak aspek. Bagi kita sebagai rakyat, ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. NGO dan badan-badan kebajikan boleh berperanan dalam membantu hal ini.

Tetapi bagi sebuah negara, ia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya terjaga. Polisi-polisi harus memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Semua ini bersangkutan dengan politik kerana politik itulah medan urusan ini ditadbir dan dijaga.

Apakah kita bisa membiarkan diri menjadi pendusta agama dengan tidak mempedulikan tanggungjawab ini?

SAIFULISLAM.COM DAN PENDIRIAN POLITIK

Soal Abu Saif memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi wacana saya di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, saya juga mahu kita peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan.

politik1.jpg

Allah mengutuskan setiap nabi dan rasul kepada umat, bukan hanya untuk mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada-Nya, tetapi juga menjauhkan manusia dari saingan Allah. Al-Quran mengistilahkan saingan ini sebagai taghut, iaitu pelampau yang melampaui batas-batas Allah. Ia mungkin manusia, mungkin sistem. Lantas tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar, menuntut kita untuk bukan sahaja cintakan kebaikan, tetapi juga mengambil bahagian dalam bertindak mengatasi kebatilan.

Tidak semestinya dengan membabitkan diri sebagai aktivis politik. Tetapi mustahil kita boleh berperanan jika kita buta politik atau jahil mengenainya.

MENYALAH TAFSIRKAN SAIFULISLAM.COM

Saya mendapat feedback daripada pembaca, bahawa ada golongan yang menjadikan artikel-artikel saya sebagai hujah mereka untuk menolak agenda BERSIH yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Kata mereka, “lihat, Ustaz Hasrizal sendiri mengajak kita kepada perdamaian”.

Ya, saya mengajak kepada kedamaian. Tetapi bukan secara berkompromi dengan kebatilan. Saya sering berusaha mengajak semua daie yang cintakan Islam untuk bersatu, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan.

yazalim.JPG

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)

Oleh yang demikian, tidak pernah dalam mana-mana artikel saya, ada cadangan agar kita memansuhkan politik dari pengetahuan dan perhatian kita. Apa yang sering saya kongsikan bersama pembaca, ialah agar kita menekuninya sebagai sebahagian daripada definisi diri kita menjadi hamba dan khalifah kepada-Nya.

Malah di peringkat pertubuhan-pertubuhan Islam, mereka boleh mengambil pendekatan untuk tidak terlibat dengan politik atas pertimbangan-pertimbangan tertentu. Tetapi ia sepatutnya dilakukan hanya untuk pengkhususan bidang dan strategi, dan bukannya menolak politik secara prinsip.

Maka, janganlah sekali-kali mereka yang berjuang di dalam NGO, menabur idea bahawa “perjuangan kami lebih baik dari perjuangan kamu sebab kami NGO yang selamat, sedangkan kamu parti politik yang mencampakkan diri ke kebinasaan!”. Ini bukan bahasa da’ie yang tulus dalam perjuangannya.

ULTRA SALAFI YANG MENGHAIRANKAN

Ketika BERSIH berjaya mengumpulkan rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan parti politik, atas suatu titik persamaan iaitu mahukan keadilan dan transparesi dalam pemerintahan dan pilihanraya, kita dikejutkan dengan idea-idea kelompok ultra Salafi yang tidak henti-henti melaungkan seruan, “haram menegur pemerintah secara terbuka”.

Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan tulisan terbuka.

Kemuncaknya adalah haram menegur pemerintah melalui demonstrasi di jalan raya.

Semua ini diklasifikasikan sebagai maksiat kepada Allah.

Saya faham, memang terdapat banyak hadith Nabi SAW dan peringatan dari atsar Sahabah tentang tuntutan menyabarkan diri atas kezaliman pemerintah. Tetapi hadith-hadith tersebut diungkapkan dalam konteks satu amalan politik yang ada karakter tertentu. Malah larangan menegur pemerintah secara terbuka juga tidak mutlak.

Konteks politik yang saya maksudkan itu ialah, selama 1000 tahun pemerintahan Islam, kita tidak mempunyai legasi constitution yang memperincikan bidang kuasa dan kaedah check and balance di dalam sebuah kerajaan. Channel menegur pemerintah lazimnya dalam format yang straight to the point dan kita bisa faham bagaimana teguran secara terbuka dan langsung mempunyai risiko yang tinggi untuk mencetuskan keresahan dan ketidak stabilan sosial. Maka, mengekalkan ketenteraman awam, lebih penting dari usaha meluruskan pemerintah dalam kesalahan-kesalahan peribadinya yang tertentu.

Hari ini, saluran menegur sudah diperincikan oleh perlembagaan. Bidang tugas dan ruang lingkup menyatakan pandangan juga sudah diperincikan oleh peraturan negara. Selagi mana komitmen terhadap peraturan ini dipatuhi, selagi itu kestabilan masyarakat terus terjamin. Kerajaan memberi peruntukan kebebasan bersuara, manakala rakyat pula memanfaatkannya secara berhemah dan bertatasusila.

Demonstrasi juga bukanlah suatu yang patut diselalukan, tetapi ia ada justifikasi selagi mana komitmen mereka yang terlibat boleh dikawal.

Jika Islam mengajar tenteranya agar sempat peka kepada larangan mematah pokok, menyerang orang tua, perempuan dan kanak-kanak serta mereka yang berlindung di rumah ibadat, maka tidak mustahil untuk demonstrasi dilakukan dengan etika-etika tertentu. BERSIH baru-baru ini sekali lagi mengulang cerita, bahawa yang melanggar komitmen kepada keamanan ialah pihak berkuasa, bukannya massa.

Tidak Mutlak

Tetapi larangan menegur dan tuntutan sabar terhadap kesalahan pemerintah itu juga tidak mutlak. Ia dibatasi dengan ingatan Baginda SAW bahawa “selagi mana pemerintah itu memastikan solat ditegakkan”, “selagi mana pemerintah itu tidak melakukan kekufuran yang bawwah - nyata tanpa boleh dipertikaikan lagi -”, juga “selagi mana pemerintah itu tidak melakukan maksiat yang bawwah“.

Kecelikan kita semua terhadap isu-isu semasa amat penting dalam membuat penilaian, apakah unsur maksiat bawwah atau kufur bawwah itu ada di dalam masyarakat kita? Manusia yang jahil politik, atau sengaja memejamkan mata dari masalah-masalah masyarakat, tidak mungkin dapat menilainya dengan betul.

Bagi golongan yang tidak merestui korupsi pemerintah, mereka mengambil pendekatan menegur di dalam parlimen dan dewan rakyat, menyebutnya di dalam ceramah dan penulisan, dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka terpaksa berdemonstrasi. Apabila kaedah yang mereka pakai begitu terbuka dan jelas, maka mudah untuk kita membuat penilaian.

(Artikel penuh - http://saifulislam.com/?p=1000#more-1000)

Wednesday, November 7, 2007

Usaha gagalkan BERSIH



Macam2 usaha nampaknya tlh dilakukan oleh phk tertentu untuk menggagalkan BERSIH.. antaranya website bersih www.bersih.org telah di hack dan mesej pembatalan perhimpunan aman rakyat telah turut disebarkan. BERSIH turut dikaitkan dgn IFC. pelik.. sedangkan kita semua tahu matlamat perhimpunan aman ini diadakan adalah untuk menuntut demokrasi dipulihkan kembali di MALAYSIA serta menuntut pilihanraya yg bersih dan adil. 4 tuntutan BERSIH kepada kerajaan melalui memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung ialah seperti berikut :

1. Penggunaan dakwat kekal kepada pengundi
2. mengahapuskan undi Pos
3. membersihkan daftar pemilih
4. akses media yang adil dan bebas

oleh itu, AYUH SAMA2 KITA SEPAKAT MENOLAK PROPAGANDA INI. Ramai-ramai kita KUNINGKAN KUALA LUMPUR pada hr sabtu ini. sama2 kita bebaskan demokrasi di malaysia. "PERTAHANKAN DEMOKRASI HAPUSKAN PENYELEWENGAN."

Layari :
http://gelombangkuningn9.wordpress.com/
http://10nov.himpunan.info/
------------------------

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Tidak sampai seminggu perhimpunan rakyat yang bakal mencatatkan sejarah negara pada 10 November, yang akan menyaksikan kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih namun, apa yang mengejutkan ialah terdapat usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak dipercayai didalangi Special Branch (SB) untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.

Mereka menyebarkan empat jenis risalah tanpa tajuk beserta sekeping VCD dengan mendakwa bahawa perhimpunan tersebut didalangi oleh Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commission (IFC). Bahkan, risalah tersebut juga mengandungi pendirian Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khairul Ariffin Moh Munir yang membantah perhimpunan tersebut diadakan atas hujah yang sama.

Bagaimanapun, pihak Abim memaklumkan Khairul Ariffin berada di luar negara dua minggu lalu dan akan pulang semula ke tanah air dua minggu akan datang. Malah, pihak Abim mengesahkan bahawa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu terbabit dan mendakwa ia adalah propaganda pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.

Jurucakap Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih), Faisal Mustafa pula berkata Abim masih tergolong dalam gabungan tersebut yang menyokong perhimpunan itu.
"Ini usaha jahat pihak yang tertentu yang ingin memastikan perhimpunan tersebut gagal. Jadi, pelbagai kerenah dicipta dan dibuat agar kita lemah semangat. Apapun, kami tidak akan goyah untuk meneruskannya, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, sekeping poster juga diedarkan bersama yang mengandungi gambar Naib Presiden KeADILan, Sivarasa rasiah, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Penerangan Wanita KeADILan, Elizabeth Wong, Blogger Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin sebagai dalang perhimpunan 10 November yang bermotif untuk melumpuhkan Islam .

VCD tersebut mengandungi visual penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menari semasa kempen pilihanraya kecil di Ijok, mendakwa Anwar sebagai agen yahudi, pendedahan bekas Setiausaha KeADILan, Lokman Noor Adam mengenai penyelewengan wang dan masalah dalaman parti tersebut serta kaitan parti tersebut dengan George Soros. Setakat ini, penyebaran ini dikesan berlaku di sekitar Bandar Baru Bangi, dan Yang Dipertua PAS Serdang, Dr Shafie Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai hal tersebut. VCD dan risalah tersebut yang juga diedarkan di premis awam seperti surau-surau, perhentian bas, tepi-tepi jalan serta kawasan perumahan.

Sementara itu, Sivarasa ketika dihubungi Harakahdaily meminta semua pihak agar berhati-hati dengan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menggagalkan perhimpunan tersebut dengan menggunakan pelbagai cara. - mr

Elaika-Muhammad Ubaid


Elaika-Muhammad Ubaid

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan


وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?



ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku


عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa


ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya


وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap


تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

source : http://mashitahjuki.blogspot.com

Monday, November 5, 2007

Himpunan Aman Rakyat

Revolusi kuning akan mencatat sejarah..
Himpunan aman 100 000 rakyat bagi menuntut pilihanraya yang BERSIH dan adil.
Coming soon..
10 NOVEMBER 2007
jam 2.30 ptg bertempat di Dataran Merdeka.

"Biar sejarah memahat nama kita sbg rakyat yg hadir dalam perhimpunan besar bersejarah bg menuntut keadilan dan kebebasan untuk semua rakyat Malaysia."

Jumpa anda disana, InsyaAllah!
Semua rakyat dijemput turun sama dgn memakai pakaian berwarna kuning sebagai tanda kebersamaan


Sunday, November 4, 2007

task manger.. folder option x berfungsi??

Diserang virus/trojan/malware??.. fungsi task manager, regedit, command prompt dan folder options terganggu...

berikut ialah tips2 mudah untuk meng "enable" kembali fungsi2 dan tools berkenaan

Task manager :
1. Klik start, pilih "RUN" dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Ctrl + Alt + Delete" kemudian double klik --> pilih "Remove Task Manager"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

(pilih 'disabled' dibuat pd arahan 'Remove Task Manager' bertujuan membatalkan arahan "Remove Task Manager" tersebut, dgn itu task manager anda blh enable smula )

Command Prompt (cmd) :
1. Klik start, pilih "RUN" dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Prevent Access to Command Prompt"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

Regedit :
1. Klik start, pilih "RUN" dan type gpedit.msc
2. Pergi "User Configuration" -> "Administrative Templates" -> "System"
3. Double klik "Prevent access to registry editing tools"
4. tekan properties pilih "Disabled"

Folder Options :
1. Klik start, pilih "RUN" dan type gpedit.msc
2. Pergi "User Configuration" -> "Administrative Templates" -> "Windows Components"
3. Pergi "Windows Explorer"
4. Double klik "Removes the Folder Options menu item from the Tools menu"
5. tekan properties pilih "Disabled"

lps ni xyah pening2 lg selamat mencuba

rujukan : 512mbisrequired