Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah 1429H

Segala pujian kehadrat Allah SWT, selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta para shbt baginda SAW..

"Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh".. saya alu-alukan anda sekalian dikehadiran 1 Muharam 1429H ini dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah SWT.. alu-aluan yg penuh kebaikan dan keberkatan..

"Sesungguhnya hati yg tdk takut kpd Allah SWT tiada ertinya. Org yg hidup tanpa mengharap janji dan redha Allah SWT, sbnrnya dia tdk hidup, tetapi dia adalah org yg mati"

Selamat Menyambut 1429H buat seluruh ummat Islam di seantero dunia. Tingkatkan amalan, teruskan perjuangan! :)

--------

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Wednesday, January 9, 2008

Usiaku Bertambah 3 Tahun Dalam Setahun

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Ditulis pada Desember 7, 2007 oleh Musadiq Marhaban

Tahun 2008 akan berisi berturut-turut tiga tahun hijriyah, yakni tahun 1428, 1429, dan 1430 H, kata pakar ilmu falak Arab asal Kuwait seperti dilaporkan hari Kamis.

“Hari-hari terakhir 1428 H bertepatan dengan awal tahun 2008, sedangkan tahun 1429 H secara utuh berada dalam tahun 2008, kemudian tahun 1430 H dimulai pada ujung 2008,” kata pakar tersebut seperti dilansir harian “Al-Riyadh”.

Lebih jelasnya, tanggal 9 Januari 2008 adalah akhir tahun 1428 H, sedangkan 10 Januari 2008 adalah awal tahun 1429 H, sementara 29 Desember 2008 adalah awal tahun 1430 H.

Menurut dia, itu bisa terjadi, karena setahun kalender hijriyah, yang menggunakan hitungan tata edar bulan, adalah 354 hari atau lebih, sedangkan tahun masehi 365 hari peredaran matahari atau terdapat perbedaan 11 hari dalam setahun.

“Setiap 32 tahun masehi sama dengan 33 tahun hijrah, sehingga keadaan itu dapat berlangsung tiga kali dalam setiap 100 tahun,” katanya dengan menjelaskan dalil dari Al-Quran dalam surat Al-Kahfi.

Dalil tersebut adalah “Mereka (para pemuda itu) berdiam di dalam gua selama 300 tahun lebih sembilan tahun. Katakanlah (hai Muhammad), Allah lebih mengetahui lama mereka berdiam di gua, karena Dia mengetahui hal gaib di langit dan bumi”.

“Dari ayat tersebut, jelas bahwa yang dimaksud 300 tahun dan lebih 9 tahun adalah 300 tahun perhitungan peredaran matahari atau 309 tahun peredaran bulan,” katanya.

sumber : http://amin1982.wordpress.com/

tahun 2008 mengumpulkan 3 tahun hijriyah, 1428H, 1429H (bermula 10 Jan 08) dan 1410H.. agak2nya kalau ikut kelender Islam, berapa ye umur kita skrg? Usia semakin meningkat.. amalan kita bagaimana?.. apa dah kita korbankan untuk Islam, apa pula dah kita lakukan untuk masyarakat kita? atau kita msh lg duduk dalam lingkungan kita sndri.. hidup untuk diri sndri.. sbn hari lakukan aktiviti2 rutin berulang2 kali tanpa ada effort untuk memajukan diri, amalan juga masyarakat? (-_-) 1429H.. tahun baru, azam baru, sinar baru..sama2 kita hijrahkan diri dan pemikiran kita..

"berjuang sedikit demi sedikit, mempertahan nilai kehambaan.. merasai nikmat berTuhan.."

Wednesday, December 26, 2007

What did i do today?



What Did I Do Today?

Oh the moon has come, the day is done,
the night has covered up the sun,
I have stood so often before you to pray,
but I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatihah?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me what did I do today?

I have whispered to you as I made Ru’ku
Subhana Rabey’yal Adheem.
But was my faith bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my Mother?
Did I teach another something I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.

Though I’ve bowed to you with my face in the dust,
Subhana Raby’yal a`la.
The blessings you give I could never repay.
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, Tell me what did I do today?

by Dawud Wharnsby

Aqidah Tauhid

"Sesungguhnya org yg beriman itulah mereka yang beriman (percaya) kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian itu mereka tidak ragu-ragu..."
[Al-Hujarat : 15]


Ad-Din


Adalah satu cara hidup merangkumi peraturan-peraturan yg menyeluruh dan undang-undang yg lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mrk menerima dan mengamalkannya secara total

Aqidah

Perkataan aqidah adalah pecahan perkataan aqad yg bererti ikatan atau simpulan. aqidah juga blh difahamkan sbg kepercayaan yg terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa shingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai

Iman

Kepercayaan yg meresap ke dalam hati, dgn penuh keyakinan yg tdk bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh bg pandangn hidup, tingkah laku dan perbuatan hari-hari

Syariat

Bererti cara2 ibadah, asas2 kehidupan bermasyarakat, undang-undang yg mengatur perhubungan di antara hamba-hamba, berkenaan mu'amalah dan hukum-hukum jenayah serta sempadan-sempadan antara yang halal dgn yg haram

pengertian kpd keimanan atau aqidah itu sebenarnya tersusun drpd 6 perkara berikut :
1) kimanan kpd Allah SWT
2) keimanan kpd para malaikat
3) keimanan kpd kitab-kitab
4) keimanan kpd nabi-nabi dan rasul-rasul
5) keimanan kpd hari kiamat
6) keimanan kpd qada' dan qadar

"Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan perhiasan. Tetapi iman itu sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal"

bersambung (tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah asas keimanan) ..

-entry di bawah label 'Aqidah Asas Perjuangan' insyaAllah akan di post kan selang 3hr(rabu dan ahad).. pendek, ringkas dan mudah difahami, insyaAllah..

Sunday, December 23, 2007

Salam aidiladha :)



"Alif Lam Mim. Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (tanpa pengujian) mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? (merasai sendiri). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar. Dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut :1-3]


Qurban suatu kisah yg didukung 4 watak ; nabi Ibrahim as dgn keikhlasannya, nabi Ismail as dgn kepatuhannya, Siti Hajar dgn tawakalnya dan iblis dgn hasutannya..

Ayuh para warasatul anbiya', para pewaris nabi, pendukung gerakkan Islam.. Ayuh sama-sama kita selami kembara taqwa hamba Allah SWT bernama Ibrahim as dan Ismail as.. fahamilah matlamat hidup yang dirakamkan melalui sirah pengorbanan baginda as serta melalui surah Al-Ankabut ayat 1-3 seperti di atas dengan hati yg optimis dan positif.. marilah kita mengatur langkah, menyusun kembali perancangan untuk perjuangan yang tidak bermusim dan tidak berkesudahan.. marilah berkorban untuk kejayaan Islam tercinta!

Selamat menyambut hari raya aidiladha 1428H buat semua saudara se-Islam.. bertakbirlah dgn bersungguh2, memuji kebesaran Ilahi..

"Bertakbirlah wahai insan2 yg menang melawan hawa nafsu,
sucikanlah akal fikiranmu dari syirik kepada tauhid hakiki,
pujalah Tuhanmu dengan melihat lakuan2 Allah SWT..
dan Dia menzahirkan diri-Nya pada alam
agar engkau memuji-Nya"

Allah huakbar.. Allah huakbar.. Allah huakbar Walillah hil hamd!

Tuesday, December 18, 2007

Achieving 101%

Beauty of Math

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
987654321 x 9 - 1 = 8888888888
9876543210 x 9 - 2 = 88888888888

Brilliant, isn't it?
And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321



Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are
giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants
you to GIVE OVER 100% .

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help

answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O

P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%


THEN,

look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge

will get you close, and Attitude
will get you there,

It's the Love of God that will
put you over the top!

antara bangsa dan agama

Dalam peristiwa fat-hu Makkah(pembukaan Makkah), sambil meruntuhkan berhala, Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT yg bermaksud :
"Dan katakanlah,"yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap", sesungguhnya yang batil itu sesuatu yang pasti lenyap"
[Surah Al-Isra' : 81]



kuman-kuman dari eropah telah bersarang di dalam kepala golongan sekular, menyebabkan mereka menuduh Islam sebagai menyekat perkembangan budaya, tanpa mengira budaya yang bercanggah dengan akidah dan merosakkan keimanan umat. bagi mereka musnah agama tidak perlu difikirkan sangat, asalkan budaya dijunjung tinggi, kerana budaya mempunyai nilai ekonomi.

memang tidak dinafikan bahawa manusia atau sesuatu bangsa mempunyai budaya, Islam tetap menghargai budaya selagi budaya itu tidak bercanggah dengan agama. Apabila bercanggah dengan ajaran akidah, ia bukan lagi dianggap budaya, tetapi ia adalah maksiat yang mesti dicegah sepenuh daya.

budaya bukan tandingan kpd Islam. Islam satu2nya agama yang dijamin betul kerana ia datang dr Allah SWT sedangkan budaya itu hasil pemikiran dan cara hidup manusia, yang tidak semuanya bertepatan dengan syariat Allah SWT.

"yg utama mesti kita perjuangkan bukan lah bangsa/budaya, tetapi agama.. dan yg menjadi asas kpd perjuangan pastinya akidah yg benar"


"Islam is the perfect control for the Fitrah. It provides a divine method that elevates man above animals and the rest of creation"


"Allah, being Perfect, in His Wisdom and Knowledge, perfected a complete way of life for us. He has set His limitations and rules, all of which are beneficial to mankind, and therefore, do not need changing"

Sunday, December 16, 2007

Merenung kata-kata penuh makna~


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gayajadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sanakita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

-Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.

Wednesday, December 12, 2007

izinkan aku berinteraksi dengan-Mu...

"Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri"
[Al-Qaf : 16]



"Aku memilih dengan penuh kesedaran dan kefahaman ku sendiri bahawa Engkau wahai Tuhan memang wujud..
Nabi-Mu, Nabi Muhammad SAW membawa khabar dari-Mu bahawa nama-Mu ialah Allah...
Engkau lah yang Maha Sempurna, Engkaulah Sahabatku yang paling akrab, Kekasih yang tidak pernah mungkir, Penolong Yang Maha Kuat

Ya Allah Ya Tuhanku, aku kembali pada-Mu
Ya Allah tolonglah aku dengan syafaat nabi-Mu
Ya Allah bukalah pintu hatiku,
agar dapat aku berinteraksi dengan-Mu..."

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah berkata :
“Tiada yg membezakan seorang wali itu dgn manusia lain dr segi amalannya, tetapi yg membezakannya ialah mrk memiliki kekuatan jiwa yg hebat dlm menghadapi segala musibah. Karamah yg plg besar ialah istiqamah dgn Tuhannya, redha dan patuh pada ketentuan-Nya”


manusia mempunyai 4 pusat pd dirinya, iaitu ruh, emosi(nafsu), akal dan jasad. ruh diturun ke alam ini di dalam jasad yang diciptakan oleh Tuhan dari tanah. manusia juga dibekalkan dgn nafsu dan akal. manusia yg hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas kepada ujian hidup. kekuatan ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad. kekuatan jasad amat terhad, ia mengikut kata hatinya.. kekuatan akal pula terbatas, manusia boleh merancang, bijak dlm perilaku dan tindakan.. tetapi hakikatnya dlm realiti kehidupan, banyak perkara berlaku di luar dugaan. akal menjadi lemah apabila perancangan gagal, lemah apabila diri menghadapi musibah, kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.. kekuatan emosi juga tidak kuat jika diri seseorang individu itu tidak bertaut dgn Tuhannya..


firman Allah SWT :
"Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri"
[Al-Qaf : 16]

kekuatan ruh berhubung dgn Allah SWT adalah berdasarkan ingatan.. kaum sufi memulakan pembinaan manusia dgn kekuatan ruh dan bukan akal atau emosi.. ini adalah berdasarkan sunnah Rasulullah SAW dlm membaiki masyarakat Quraisy. Baginda Rasulullah SAW mendatangkan kalimah tauhid dlm jiwa masyarakat Arab selama 13 tahun. ibadah awal para sahabat ketika itu adalah zikir.. tambatan hamba dgn Tuhannya bukan sekadar pada hafalan sifat2-Nya, tetapi ialah merasai kehampiran dgn Tuhannya, sehingga hati mrk gementar apabila disebut nama Allah SWT, air mata menitis apabila mengingati-Nya, mrk merasa rindu dan cinta sehingga perasaan itu menyebabkan emosi, akal dan jasad turut sama2 merasainya...

"Zikir hamba dgn Tuhannya menyebabkan ia menjalani kehidupan dgn senyuman.. kehidupn menjadi indah, simple dan tiada stress walaupun menghadapi pelbagai musibah"

"jadikan ZIKIR sebagai AMALAN"


(sedikit perkongsian dr apa yg nad dapat melalui program "Mari Berinteraksi Dengan Tuhan" tdk lama dlu.. program yg mengajar para peserta untuk laksana senaman pernafasan yg diiringi dgn zikir dan tafakur, juga sdkt dari pembacaan nad melalui buku Rawatan Diri dengan Energi Zikir Pernafasan & Tafakur :) )


Jalan-jalan di Putrajaya

hari ni balik lwt lg.. dkt pkl 8.30 baru sampai rmh.. kami maghrib dkt E1 tadi, lps maghrib baru bertolak ke klang. alhamdulillah jalan x jam. slalunya, on the way balik, kami akan singgah di shell berdekatan hicom, berhenti solat maghrib disana dan sprti biasa, grab 2 kotak susu full cream milk n mochachips.. sbg bekalan makanan sepanjang perjalanan pulang. sambil2 drive, smbil2 dgr ceramah best oleh ust zahazan (ikim jam 7.30mlm, jgn lupe ye :) ), sambil2 makan snek.. tapi hari ni, olh krn t'lwt, nad terpaksa tggu untuk dinner d rumah shj. aduhh lapar nye :p

mm.. dah lbh 5 bulan nad kerja di putrajaya.. since msk bekerja n terlibat dgn projek company di sini. dr mmc, ke jpn/jpa dan kembali semula ke mmc.. dr data entry, cleaning data, training vb.NET ke system testing.. jodoh dgn putrajaya kut.. shbt2 nad, teman2 baik di ftsm dlu ada jgk 2, 3 org yg tercampak dkt putrajaya ni.. kecik btl dunia.. putar2 pejam celik, jumpe smula (^-^)

untuk entry kali ini, just nak kongsikan pic yg sempat nad rakamkan 2 weeks ago, semasa training vb.NET untuk jbtn peguam negara ;)

permandangan berdekatan MOSTI

jalan2 rehatkan minda, tenangkan fikiran.. ye ke :)

view dari jpn.. ada kapal, nampak x? :)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovatif, MOSTI.. (lbh kurang nama die, lupe plk :) )
baru je siap, almost masuk dlm tu.. tasha kacau lak, aiseh :)

"Hidup ini hanya persinggahan.."

"Apa yang berlaku kepada dirimu, tidaklah sepenting apa yang berlaku di dalam dirimu"


Sunday, December 9, 2007

Seni Kehidupan :)

nice one.. another laman web menarik dan mesti lawat!


Nama website : Seni Kehidupan

Alamat website : http://www.senikehidupan.com/

Maklumat website : Seni Kehidupan-Wadah Ekspresi Islam telah dibangunkan oleh sekumpulan anak muda yang berpendapat bahawa media dapat menyumbang tenaga dalam dakwah Rabbaniyah. Secara amnya laman web ini terbahagi kepada 3 sekmen utama iaitu SeniKehidupan yg menawarkan wallpaper2 menarik, SeniVideo dan SeniKomik. Wallpaper, video, komik dan lain-lain mengandungi message-message tersendiri, yang insyaAllah boleh diambil manfaat. wallpaper dgn grafik dan mesej membina blh di download untuk simpanan anda!


"Islam itu Indah, Indahnya bersama Islam"
"Qualiti only happens when you care enough to do your BEST!"