Sunday, December 23, 2007

Salam aidiladha :)



"Alif Lam Mim. Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (tanpa pengujian) mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? (merasai sendiri). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar. Dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui orang-orang yang dusta."
[Al-Ankabut :1-3]


Qurban suatu kisah yg didukung 4 watak ; nabi Ibrahim as dgn keikhlasannya, nabi Ismail as dgn kepatuhannya, Siti Hajar dgn tawakalnya dan iblis dgn hasutannya..

Ayuh para warasatul anbiya', para pewaris nabi, pendukung gerakkan Islam.. Ayuh sama-sama kita selami kembara taqwa hamba Allah SWT bernama Ibrahim as dan Ismail as.. fahamilah matlamat hidup yang dirakamkan melalui sirah pengorbanan baginda as serta melalui surah Al-Ankabut ayat 1-3 seperti di atas dengan hati yg optimis dan positif.. marilah kita mengatur langkah, menyusun kembali perancangan untuk perjuangan yang tidak bermusim dan tidak berkesudahan.. marilah berkorban untuk kejayaan Islam tercinta!

Selamat menyambut hari raya aidiladha 1428H buat semua saudara se-Islam.. bertakbirlah dgn bersungguh2, memuji kebesaran Ilahi..

"Bertakbirlah wahai insan2 yg menang melawan hawa nafsu,
sucikanlah akal fikiranmu dari syirik kepada tauhid hakiki,
pujalah Tuhanmu dengan melihat lakuan2 Allah SWT..
dan Dia menzahirkan diri-Nya pada alam
agar engkau memuji-Nya"

Allah huakbar.. Allah huakbar.. Allah huakbar Walillah hil hamd!

1 comment:

Anonymous said...

pertama kali dengar, mata mulai basah dgn air mata namun tidak menitis... ermm beruntungnya mereka yg berpeluang menunaikan haji dan beramal mulia.. mudah2an dimurahkan rezeki..