"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan…" (Syed Qutb)
pesanan buat diri yang selalu lupa..
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."
ujian merupakan sebahagian daripada tarbiyah..
ujian mugkin merupakan kifarah kpd dosa..
ujian sentiasa mengingatkan kita kpd DIA..
ujian adakalanya membuatkan kita rasa kerdil dan menyedarkan kita bahawa ada yang lbh berkuasa..
Alhamdulillah... ujian sebagai bukti.. kita masih lg meraih perhatian Tuhan Yang Esa..
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.. tapi sebagai hambanya, kita mesti berusaha untuk mendapatkannya.. hidayah tidak akan menyapa mereka yang tidak mahu membuka pintu hatinya.. melainkan dgn izin Allah.. begitu juga tarbiyyah.. kita tidak akan di tarbiyyah jika kita sendiri memilih untuk tidak mahu ditarbiyyah.. dia yang gagal bersangka baik dengan Tuhannya sebenarnya dia yang gagal mengakui sifat rahman dan rahim Tuhannya.. hamba yang ego itu ialah mereka yang berjalan di atas bumi Tuhan.. tapi yang di pandang hanyalah pada dirinya sahaja dan yang disangkakan miliknya.. bukan kepada Tuhan yang mencipta..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. ampunilah dosa2 kami.. berilah petunjuk dan hidayah atas diri2 kami dan golongilah kami dikalangan hamba2-Mu yg terpimpin.. ~ Amin
2 comments:
Assalamualaikum wbt
Saya suka dengan text ini. Ianya sangat memberi suatu yang jelas, dimana hal itu seringkali berada disepanjang kehidupan harian. Semoga akan ada banyak lagi perkonsian lain.
Post a Comment