Tuesday, February 12, 2008

PRU-12

2 artikel yg cukup menarik dan mencabar minda..smoga dapat manfaat, insyaAllah :)

1) Pilihanraya dan kemusykilan minda muda


ontario-general-election.jpg

Angin Pilihanraya Umum ke-12 semakin kuat bertiup. Mungkin sesi fotografi selepas selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini menjadi satu lagi petanda semakin hampirnya PRU12.

Apakah ini suatu spekulasi? Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana pilihanraya adalah milik kita semua dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi. Hairan juga saya dengan saranan sesengah pihak yang menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRU12. Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami.
Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.

Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.

Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan proses demokrasi di negara kita

Read More: http://saifulislam. com/?p=1359# more-1359


Artikel seterusnya, berkaitan keperluan masyarakat/rakyat memperbaiki masyarakat itu sendiri dan berpaksikan kepada agama/moral. Hasilnya, banyak kos 'pemulihan' dapat dijimatkan seperti perubatan, penjara, pusat pemulihan akhlak dan pusat serenti. Kos 'sms membazir', tiket hiburan melampau banyak, gajet-gajet (handphone, mp3 player, iPOD), fesyen-fesyen terkini, aksesori kereta dan lain-lain boleh dijimatkan dengan mengubah minda masyarakat. Ke arah memahami, semua rakyat bertanggungjawab mengubah masyarakat kita ke arah yang lebih baik..

2) Bertepuk sebelah tangan itu angan-angan

vote.jpg

“Baiklah, kita akan beri peluang kepada pembangkang. Kita tukar undi dan kita tengok pembangkang boleh atau tidak menunaikan janji-janjinya” , kata seorang pengundi.

Jika ramai yang berkata begitu, saya yakin pembangkang pun turut tersenyum sama.
Sungguh ajaib. Akhirnya berjaya juga ‘minda’ pengundi diubah. Tentu kemenangan boleh diperolehi.

Parti pemerintah juga mungkin gelisah, jika ramai yang menukar pangkah.
IDEA PEMUSNAH

Hakikatnya, idea sebegitu bukanlah idea yang boleh mengubah negara. Ia adalah minda pemusnah. Sesiapa sahaja yang memerintah, jika rakyat bermentalitikan ‘kita sudah undi, sekarang tunaikanlah janji!”, maka tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Read More : http://saifulislam. com/?p=1389# more-1389

Ekstremis VS Ekstremis : Syeikh Qaradhawi menjadi mangsa

Source : Email oleh Sdr Abdullah Abd Karim.. moga kita sama2 dapat petunjuk Allah SWT.

Assalamualaikum,

Ustaz Nasrudin Tantawi dalam satu amanatnya kepada petugas-petugas PAS di Temerloh pada minggu lalu, telah menasihatkan para hadirin supaya tidak terpesong perhatian kepada pertelagahan- pertelagahan yang sengaja disemarakkan oleh pihak-pihak tertentu, terutama dalam saat hendak menghadapi Pilihanraya Umum Ke 12.

Ustaz Nasruddin mendedahkan betapa pada mutakhir ini muncul golongan2 tertentu yang kembali menghangatkan perbalahan lama seperti khilaaf mazhab, laksana pertembungan Kaum Muda v. Kaum Tua seperti di tahun 50 an dan 60 an dahulu. Dari kedua kelompok ini, menurut Ustaz Nasruddin, telah lahir mereka yang ekstrem, hingga sanggup mengkafirkan antara satu sama lain, semata-mata dalam hendak menegakkan kumpulan masing-masing.

Dan sebagaimana fenomena yang sama yang pernah berlaku di Timur Tengah, maka apabila muncul gerakan Islam progresif seperti Ikhwan Muslimin di Mesir dan Jordan, PKS di Indonesi dan PAS di Malaysia yang bersikap sederhana dalam konteks perbalahan Salafi v. Asyairah, gerakan Islam progersif inilah yang akan dimusuhi sepenuhnya oleh kelompok ekstrem dari kedua-dua kumpulan. Jika di Timur Tengah, Dr Yusuf Qaradhawi dan lain-laij tokoh Ikhwan seperti Hasssan Al Banna acapkali dikafirkan oleh ekstremis Salafi/Wahabi mahupun oleh Eskstremis Asyairah/Al- Ahbash ini.

Maka di Malaysia, pada saat PAS sedang bergelut untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, PAS menjadi mangsa kecaman kedua-dua belah pihak yang ekstrem. Lebih malang, ada ahli2 PAS yang turut terjebak dalam pertelingkahan ini, hingga menghilangkan fokus untuk berdepan dengan kezaliman UMNO/BN.

Bagi Ustaz Nasruddin, suasana ini memang sengaja dicipta oleh tangan-tangan ghaib musush Islam yang amat takutkan gerakan-gerakan Islam yang berpotensi memerintah melalui sistem demokrasi seperti PAS.

Untuk lebih memahami fenomena ini disamping untuk sedikit mengetahui latar belakang kedua2 kelompok esktrem ini, saya lampirkan bersama satu artikel yang cukup baik yang di ambil dari web www.al-ahkam. net. Moga kita sama-sama mendapat petunjuk dari Allah.

Al-Qaradawi yang dizalimi
Posted by : zain-ys on Friday, February 01, 2008 - 12:09 PM CCT 1043 Reads Printer Friendly Page Printer Friendly Page
Tokoh

Oleh: Bakariah Musa
Di dalam buku Fatawa Mu'asarah (Fatwa Masakini) jilid ke-3, al-Qaradawi telah mendedahkan bagaimana dirinya telah dizalimi. Dizalimi di sini bukanlah bermaksud beliau dipenjara, disiksa ataupun dituduh sebagai pengganas. Semua kezaliman tersebut pernah beliau lalui dan telah berjaya beliau atasi. Kezaliman yang beliau bawakan di dalam buku tersebut amat berat dan amat menguji keimanan beliau.

Kezaliman tersebut adalah di dalam bentuk fitnah dari mereka yang mengaku diri mereka Muslim yang sebenar. Kezaliman tersebut datang dari dua pihak yang saling bermusuhan. Menariknya, di dalam isu al-Qaradawi mereka bersepakat.

Satu pihak mengkafirkan beliau, manakala satu pihak yang lain pula telah menyesatkan, dan tergamak menggelar beliau sebagai "anjing". Pihak pertama yang mengkafirkan beliau adalah kumpulan Ahbash, manakala pihak yang kedua pula adalah kumpulan Salafi jalur keras. Sudut yang menarik, kedua-dua pihak tersebut saling bermusuhan. Kumpulan Ahbash mengkafirkan puak Salafi secara umum. Puak Salafi jalur keras pula menyesatkan puak Ahbash, namun dalam kes al-Qaradawi mereka bersetuju di antara satu sama lain. Seperkara yang menakutkan ialah kedua-dua kumpulan ini telah sampai di Malaysia. Siapakah mereka?, artikel ini akan cuba mengupasnya.

Al-Qaradawi bukanlah seorang ulama yang asing pada masa kini. Keilmuannya, ketokohannya, malah keunggulan beliau bukanlah sesuatu yang diragui. Sebagai ulama yang menjadi rujukan hampir dalam setiap lapangan ilmu di zaman moden ini, beliau amat diminati dan dikagumi ramai. Beliau amat konsisten di dalam menyikapi isu-isu umat. Selain daripada kesungguhannya untuk menyebarkan dakwah, al-Qaradawi juga terkenal dengan sikap perjuangannya. Kebersamaan beliau dengan umat Islam lewat isu-isu berkaitan umat di peringkat antarabangsa menjadikan beliau amat berbeza dengan ulama-ulama lain di seluruh dunia. Isu Palestin, isu Iraq, isu Afghanistan dan semua isu melibatkan umat merupakan kepedulian beliau.

Di dalam bidang fiqh pula, beliaulah mujadidnya. Di dalam bidang dakwah, beliau juga merupakan seorang pejuang. Di dalam bidang hadis, tulisan-tulisan beliau telah berjaya mempopularkan perjuangan ulama hadis sezamannya. Di dalam bidang politik, beliau merupakan seorang mentor. Pendekata, jika ada yang ingin menamakan "mujaddid" di zaman ini, maka al-Qaradawi merupakan orang yang paling layak untuk gelaran tersebut di dalam abad ini.

Malangnya mujaddid ini telah dikafirkan. Kumpulan ekstrimis Ahbash telah mengkafirkan beliau kerana pegangan agamanya yang sederhana. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap keterbukaannya. Beliau juga telah dikafirkan kerana sikap ilmiah beliau yang sanggup menerima ijtihad ulama sezamannya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan dakwahnya. Beliau juga dikafirkan kerana pegangan aqidahnya yang mengikuti metod para salafusoleh. Beliau dikafirkan oleh kumpulan ini juga kerana manhaj beliau tidak seperti pendirian kumpulan ekstrimis Ahbash yang fanatik mazhab Shafii di dalam fiqh dan ekstrim mazhab ilmu kalam di dalam berakidah.

Kumpulan ekstrimis Ahbash ini berasal dari Lubnan. Kumpulan ini telah diasaskan oleh Abdullah Harari yang berasal dari Habsyah. Beliau telah dihalau keluar dari negerinya kerana fitnah yang telah ditimbulkan olehnya di kalangan ahli masyarakat di sana. Beliau melarikan diri ke Lubnan. Di Lubnan beliau telah merekrut ahli-ahli yang taksub dengannya. Berbekalkan fanatisme kepada mazhab Shafii di dalam fiqh dan juga ekstrimisme di dalam mazhab Abu Hassan al-Asyari di dalam akidah, beliau telah memulakan dakwahnya. Beliau menjadikan "takfir" sebagai senjata utama di dalam mengembangkan dakwah. Segala pendapat yang bertentangan dengan fikrahnya dianggap kafir. Ulama-ulama terkemuka telah beliau kafirkan seumpama Ibnu Taymiyah, Ibn Qayyim dan lain-lain. Beliau juga menjadikan tema mengkafirkan Muhammad bin Abdul Wahab sebagai jalan untuk menghasut orang agar bersetuju dengan fikrahnya. Beliau juga mengkafirkan Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Yusuf al-Qaradawi merupakan di antara mereka yang dikafirkan oleh beliau dan para pengikutnya. Lebih lancang lagi, mereka juga telah mengkafirkan ulama-ulama kontemporari yang lain seperti Said Ramadan al-Buti, Abdul Aziz Bin Baz, Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Mahmud Syaltut, Syed Sabiq dan kebanyakan ulama moden dan juga pemimpin tarekat sederhana seperti Jibril Haddad, tokoh tarekat Naqshabandi zaman ini.

Kumpulan ini telah mengamil langkah menyusup masuk ke adalam jabatan-jabatan agama di Lubnan, Syria dan Jordan. Kementerian Waqaf (agama) di Jordan pada satu waktu dahulu telah dipengaruhi oleh kumpulan ini. Mereka telah menyokong Israel yang ebrdamai dengan rejim al-marhum Raja Hussein demi menempatkan diri mereka di dalam hati pemimpin Jordan. Mereka telah menghantar imam-imam Ahbash untuk menghasut masyarakat agar mengkafirkan sesama Muslim. Bertemakan "memerangi fahaman Wahabi" mereka berakhir dengan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya. Jordan, bertuah, pada akhirnya pengaruh kumpulan ini akhirnya telah berjaya dibendung. Para imam Ahbash akhirnya telah dibuang dari tempat masing-masing. Di Lubnan, mereka akhirnya telah diharamkan selepas peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri. Rekod telefon Hariri menunjukkan perbualan terakhir beliau adalah bersama salah seorang pimpinan tertinggi Ahbash. Kumpulan ekstrimis yang dikenali sebagai pro-Syria ini disyaki terlibat di dalam peristiwa pengeboman tersebut. Tidak mustahil juga beliau bersekongkol dengn Syiah di dalam usaha membunuh Hariri yang berketurunan Saudi. Kini, kumpulan ini begitu berpengaruh di Syria.

Kumpulan ini sering menjadikan "fahaman Wahabi" sebagai kambing hitamnya. Sepertimana golongan Syiah juga, slogan anti-Wahabi itu akan berakhir dengan isu takfir. Kumpulan ini juga telah mengkafirkan Muawiyah sahabat Rasulullah SAW seperti golongan Syiah. Di Jordan, kumpulan ini mempunyai sahabat setia mereka yang berkongsi fikrah "takfir", iaitu Hassan al-Saqqaf. Al-Saqqaf terkenal sebagai seorang yang gemar mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama besar yang lain. Seperti Syiah dan Ahbash, beliau juga mengkafirkan Muawiyah bin Abi Sufian, sahabat besar Rasulullah SAW. Kini kumpulan ini mula berkembang di Malaysia.

Mungkin ramai pihak merasa pelik melihat perkembangan terkini Islam di Malaysia. Isu Wahabi bukanlah satu isu yang besar satu waktu dahulu. Malah, Muhammad bin Abdul Wahab telah dianggap sebagai salah seorang mujaddid di kalangan gerakan-gerakan dakwah dan kumpulan Islam di Malaysia. Umat Islam pasca kebangkitan Islam di Malaysia juga amat menghormati adab berbeza pendapat. Malangnya kedatangan pengaruh kumpulan ini ke Malaysia telah mengubah segalanya. Secara tiba-tiba perjuangan "memerangi Wahabi" muncul. Selari dengan usaha AS memerangi keganasan, usaha memerangi "Wahabi" muncul di Malaysia. Sesuatu yang menarik, modus operandinya sama seperti di Jordan. Jika Kementerian Waqaf (agama) telah digunakan di Jordan. Di Malaysia, JAKIM pula sedang diintai untuk mereka tunggangi. Sesetangah jabatan agama negeri juga sedang cuba dipergunakan untuk menjayakan misi Ahbash melalui orang-orang yang telah mereka susupkan ke dalam badan-badan tersebut. Sehingga kini, mereka telah berjaya mempengaruhi beberapa tokoh agama tempatan. Hal ini bukan lagi rahsia.

Kini sudah mula kedengaran di Malaysia suara-suara "takfir". Dr Yusuf al-Qaradawi juga tidak terlepas dari perbuatan keji kumpulan berkenaan. Gejala takfir ini semakin merebak dan amat mengerikan umat Islam di Malaysia. Bertopengkan memerangi "fahaman Wahabi", kumpulan Ahbash terus bergerak subur di Malaysia untuk menimbulkan fitnah.

Di satu sudut yang lain, al-Qaradawi juga telah dikafirkan oleh kumpulan Salafi jalur keras. Kumpulan yang sentiasa menjadikan tulisan-tulisan dan pemikiran-pemikiran Rabi' Madkhali dari Madinah dan Muqbil Hadi dari Yaman juga tidak kurang kelancangannya. Kumpulan ini menolak ulama-ulama selain dari ulama Saudi dan Salafi yang ekstrim. Mereka juga menyesatkan kumpulan-kumpulan dakwah bealirankan gerakan Islam. Mereka juga memerangi pendapat ulama-ulama yang tidak selari dengan pendapat mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menuduh pihak yang tidak sefahaman dengan mereka sebagai sesat, ahli bid'ah, zindiq, malah al-Qaradawi telah digelar sebagai "anjing".

Amat malang sekali, kumpulan ini juga mula menular di Malaysia. Mereka telah mengakui bahawa mereka adalah pejuang aliran Salafi yang sebenar. Mereka juga menamakan diri mereka sebagai "Salafi Original". Mereka sanggup untuk menyesatkan aliran salafi yang lebih majoriti kerana tidak bersama kefanatikan mereka di dalam menyesatkan al-Banna, Syed Qutb dan juga al-Qaradawi. Kumpulan ini sanggup menghabiskan waktu mereka untuk menghebohkan kepada rakyat Malaysia bahawa Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Yusuf al-Qaradawi sebagai sesat lagi menyesatkan yang lain. Mereka juga sanggup untuk menerbitkan risalah-risalah untuk tujuan tersebut. Di kala kumpulan Ahbash sedang giat memfitnah golongan Salafi dengan mengatakan bahawa kumpulan Salafi adalah kumpulan sesat dan ekstrimis, kumpulan ini seakan mengiyakannya. Mereka bertemu di dalam persoalan ini. Kesimpulannya, al-Qaradawi sekali lagi menjadi mangsa.

Umat Islam di Malaysia kali ini benar-benar diuji. Di kala masyarakat Islam sedang diancam pelbagai isu moral dan kerosakan akidah, dua kumpulan ini muncul. Kemunculan mereka hanya mengeruhkan lagi masa depan Islam yang semakin terhakis di Malaysia. Apakah perlu al-Qaradawi dijemput ke Malaysia untuk merawatinya?

Sunday, February 10, 2008

antara fana dan pasrah..

"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul"
[Al-Baqarah : 186]



La ilahaillallah.. La ilahaillallah
La ilahaillallah...

telah ku takluki seluruh malamku
dengan zikrullah dan sujud pada-Mu
kepasrahan ku kepada-Mu
diantara rasa ketulusan ini
air mata basah dipipi
didalam sendu
mengharap kasih-Mu

resahnya hati diselubung dosa
para terseksa ketandusan
terpedaya tipuan duniawi
indah terasa, tapi tak bermakna

kemana jua kaki melangkah
dinaungi rahmat kasih-Mu
fana kepasrahan lah aku
mendamba cinta-Mu
degup jantungku, resah nafazku
ku satukan

tak perlu memandang tenangnya air
lantaran tersurat kekurangan diri
pasrah kefanaan lah aku
dibakar cinta-Mu

sehingga terluluh seluruh jasadku
kerna rahmat-Mu

telah ku saksi keagungan-Mu
di darat di laut di lembah di gunung
hapuslah kini segala prasangka
dilubuk hatiku..
hapuslah kini segala prasangka di lubuk hatiku..

Sunday, February 3, 2008

The Beauty of As-Saff..

subahanallah.. renungan buat kita semua.. (-_-)

Source : http://thechosenroad.blogspot.com

Dipetik dari emel seorang sahabat tentang coversation mereka about the Surah As-Saff..


"My conversation with brother zul in YM developed into an insightful commentary of surah as-saff. kagum ada di kalangan kita yg mampu menghayati sesuatu surah itu sampai mentafsirkannya menurut perspektif sendiri dan relevan dgn masakini"

8.20pm wednesday, 30th january 2008:-

zulkarnain: Ana nak tulis buku - Surah As-Shaff - Deklarasi Gagasan Allah
zulkarnain: satu surah as-shaff kalau ditafsir di renung dalam2... 200 pages pun tak habis
zulkarnain: 200 pages nak hurai
zaid: hm?
zaid: surah as-saff byk ayat psl perjuangan
zaid: ape lg yg bleh di-extract
zulkarnain: Bukan itu sahaja
zulkarnain: panjang kisahnya
zulkarnain: tengok bebetul
zulkarnain: secara kritis
zulkarnain: ana dah hafal dan belajar dari sekolah hidayah
zulkarnain: tapi bila nganggur kat sini
zulkarnain: ada banyak masa membaca
zulkarnain: bila baca
zulkarnain: nampak betapa cantik
zulkarnain: struktur
zulkarnain: halus
zulkarnain: indah
zulkarnain: tadabbur bebetul
zaid: btau la
zulkarnain: 1. Ayat tersebut Allah mulakan dengan pujian
zulkarnain: dan declaration of pemilikan Alam ini oleh allah
zulkarnain: Baca sekali memang tak nampak
zulkarnain: Kalau renung bebetul...
zulkarnain: Alam ini apa ada?
zulkarnain: Langit dan Bumi
zulkarnain: Trump tower
zulkarnain: Apple computer
zulkarnain: Awek2 yang cun
zulkarnain: microphon £4000
zulkarnain: speaker £7000
zulkarnain: filem yang berjuta2
zulkarnain: multi billion aset of a company
zulkarnain: semuanya milik Allah
zulkarnain: Cuba bayang
zulkarnain: semua yang kita ngidam2...
zulkarnain: tu rupanya Allah yang punya
zulkarnain: Amik dari angle - apa bestnya dunia ni
zulkarnain: memang best!
zulkarnain: tapi rupanya, itu Allah yang punya
zulkarnain: Hang boleh la hurai dari sudut apa yang hang suka
zulkarnain: ana suka media2 dan studio
zulkarnain: serta ngidam nak jadi billionaire
zulkarnain: rupanya
zulkarnain: itu Allah yang punya semuanya
zulkarnain: Then
zulkarnain: ayat kedua
zulkarnain: Allah warning
zulkarnain: Allah warning bukan bererti Allah marah dan reject terus orang yang beriman
zulkarnain: Warning, kenapa cakap tak serupa bikin...
zulkarnain: Ayat kedua ini boleh dihurai dari aspek kepimpinan
zulkarnain: Di mana, kita selalu bercakap sahaja
zulkarnain: dalam organisasi, famili, kawan2
zulkarnain: banyak cakap dan berjanji
zulkarnain: Tapi tak ada result... dan tak berusaha ke arah mewujudkan results tersebut
zulkarnain: cakap dan komen sahaja pandai
zulkarnain: so allah warning
zulkarnain: Allah terus terang cakap dia tak suka
zulkarnain: Then selepas Allah warning
zulkarnain: Allah 'pujuk' balik orang2 Beriman
zulkarnain: Sememangnya Allah adalah tempat orang beriman bermanja2...
zulkarnain: Allah cakap dalam Ayat 3 kalau tak silap
zulkarnain: Allah suka orang yang berjihad di jalannya
zaid: dude u should totally write all these in blog
zaid: takpun in mellist
zulkarnain: Yup
zaid: rugi la tulis sini je...me sorg je bace
zulkarnain: ana nak tulis buku
zulkarnain: nak amik asbab nuzul
zulkarnain: kenapa Allah bagi warning
zulkarnain: sebab ada orang janji nak pi perang
zulkarnain: dan hadith
zulkarnain: Tapi nak cakapnya
zulkarnain: Struktur ayat
zulkarnain: As-Shoof
zulkarnain: macam Piramid
zulkarnain: Di Mulakan dengan Skop yang luas
zulkarnain: Dunia
zulkarnain: Allah wants to bring a big picture
zulkarnain: about hakikat
zulkarnain: kehidupan dan mulkah
zulkarnain: * yakni pemilikan
zulkarnain: Then
zulkarnain: Allah ketuk hati orang beriman
zulkarnain: dengan targhib wa tarhib
zulkarnain: marah, kemudian sayang
zulkarnain: Then Allah cerita pasal perangai2 umat musa dan Isa
zulkarnain: dan cerita wujudnya ancaman
zulkarnain: iaitu yuridu liyutfi'u nurallah
zulkarnain: mereka nak tutup cahaya Allah
zulkarnain: then Allah dah janji
zulkarnain: camne diorang buat
zulkarnain: Project Allah ni akan terus berjalan
zulkarnain: Lepas tu masuk skop agenda umat Islam pula
zulkarnain: Allah tanya
zulkarnain: Nak terlibat dalam perniagaan tak?
zulkarnain: perniagaan tu
zulkarnain: Allah dah nyatakan pulangan2 dia
zulkarnain: iaitu di akhirat lepas dari azab
zulkarnain: 2nd,
zulkarnain: Masuk syurga plak
zulkarnain: 3rd, kat dunia dapat pertolongan pula
zulkarnain: iaitu kemenangan di waktu yang terdekat
zulkarnain: maknanya nilah investment dan perniagaan yang paling best
zulkarnain: kalau dikupas dari aspek financial
zulkarnain: dia ada pulangan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang
zulkarnain: sederhana, i mean, bila kita mati, confirm terlepas dari siksa nuraka
zulkarnain: jangkamasa panjang - Bukankah syurga itu berkekalan?
zulkarnain: dan akhir sekali
zulkarnain: Allah suruh kita buat decision
zulkarnain: "Jadilah kamu seperti Hawari yang menyahut seruan Isa utk menjadi Ansarullah!"
zulkarnain: It's all about decision
zulkarnain: Nak ke tak nak
zulkarnain: Allah dah cerita dah semua.... sejelas2nya
zulkarnain: nak ke tak nak
zulkarnain: dan in fact kalau faham surah as soff keseluruhannya
zulkarnain: Allah dan nyatakan Allah tetap menyempurnakan Agama Allah
zulkarnain: Kalau kita tak nak
zulkarnain: Kita rugi sendiri
zulkarnain: Project Mega ini tetap berjalan
zulkarnain: sapa nak invest & join this trading untung
zulkarnain: sapa tak mau, sendiri rugi
zulkarnain: Sebenarnya banyak angle yang boleh kupas
zulkarnain: Wallahuaklam
zulkarnain: Bermula dengan big picture --warning--- Allah shows, kena strategize, binaan yang kokoh--perangai orang yang sebelum kita (umat musa)-- serta pengikut isa yang kufur--- mereka akan mewujudkan pembohongan2 agama Allah--janji Allah--- tawaran Allah pada kaum muslimin--- ending with a decision
zaid: masya Allah...excellent

Permata yang hilang

Allahyarham Dato' Ishak Baharom
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham~amin
Al-Fathihah..
"Ya Allah, dari Mu kami datang dan kpd Mu jualah tempat kami kembali.."

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935-1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun kepadang sebagai penceramah dan pendakwah bebas. Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007. - mns

Wednesday, January 23, 2008

Origami Kepimpinan

peserta kusyuk mendengar penerangan tntg grafiti yg telah dilukis

tasha memperkenalkan diri.. serupa tapi x same.. jgn keliru ye..

hawe, mantan nydp PERTAMA 2 sesi lps trn sama.. :)

Conduct modul 'Origami Kepimpinan' dan 10 Leadership Lessons From The World's Greatest Leaders.. hopefully message sampai kpd adik2 peserta (^__^)


Assalammu'alaikum.. :) sekadar berkongsi dgn anda semua .. pd ahad 19 Jan yg lps, biro hal ehwal siswi pertama tlh menganjurkan satu prgm riadah, cyber-race.. alhamdulillah, nad smpt trn berprogram bersama adik2 pertama.. baru2 ni persatuan2 pelajar di ukm tlh pun mengalami peralihan barisan kepimpinannya.. kepada adik2 pimpinan pertama yg baru.. slmt bergerak kerja dan slmt maju jaya.. hopefully pertama akan trs cemerlang dlm sesi yg baru ini :)

pd hr itu juga, nad tlh diberi amanah untuk membawa 1 modul dan menyampaikan sedikit pengisian. peluang yg ada cuba dimanfaatkan semaksima mgkn. pengalaman 1 sesi di barisan kepimpinan pertama dan berpandukan kriteria yg digariskan olh penganjur, akhirnya nad memutuskan untuk membawa 1 modul yg di namakan sbg 'Origami Kepimpinan'.. menarik x namanya. :) ilham dr Dia alhamdulillah.. main point kpd modul ini ialah untuk menerangkan kpd para peserta tntg matlamat dlm berpesatuan..

tajuk pengisian yg tlh disampaikan ialah 'Mencapai kepuasan dlm berorganisasi'.. antara point yg tlh disampaikan ialah adalah penting untuk mempunyai matlamat. bila ada matlamat, baru kita akan ada hala tujuan dan boleh merancang tindakkan supaya kita tdk membuang masa atau buat kerja sia-sia.. dlm berpesatuan juga kita harus membezakan antara matlamat diri, dan matlamat organisasi..

ringkasannya, matlamat diri ialah apa ingin dan diharap untuk dicapai melalui penglibatan seseorang dlm organisasi. bile disebut tntg matlamat organisasi pula, pastinya merujuk kembali kpd misi dan visi organisasi tersebut.. tetapi adalah lbh baik sekiranyanya kita berjaya mengambil matlamat organisasi menjadi sbhgn dr matlamat diri.. krn dari situlah akan lahirnya kesungguhan dan grk kerja yg luar biasa.. dimana ada kemahuan, pastinya di situ ada jalan.. :) kejayaan kepimpinan sesebuah organisasi juga perlu diukur dr sejauh mana mereka berjaya melaksanakan dan mencapai misi dan visi persatuan sbgmana yg tlh digariskan.

jawatan itu bukan suatu kemuliaan, sebaliknya amanah yg akan dipersoalkan kelak.. dlm memegang jwtn, bg kita yg muslim, always bare in mind, tntg satu lg amanah yg jauh lbh berat yg sdg kita pikul, iaitu selaku khalifah Allah SWT di muka bumi ini.. pesan nad, manfaatkanlah peluang dan autoriti yg diberikn dgn sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kita selaku khalifah Allah SWT. mudah2an stp pekerjaan yg dilakukan akan dinilai sbg ibadah disisi-Nya. hidup ini indah jika segalanya krn Allah SWT. :)

"Kepimpinan yg mapan dan penghayatan sahsiah Islamiah bagi melahirkan mahasiswa berinformasi dalam mengharungi arus urbanisasi teknologi maklumat"
- Visi Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA)


'10 Leadership Lessons From The World's Greatest Leaders' - by Laurence Winmill

Since the beginning of mankind every one of us needs and benefits from leadership, whether it's religious, social, family, educational, governing, professional or business. The fact is that without leadership there is simply no direction or path for us to follow.

Typically when you mention the word leader, historical names spring to mind. Political or Governing leaders includeWinston Churchill, George Washington, Adolf Hitler, Julius Caesar, William Wallace, Lenin, Mandela, Gandhi, Thatcher, Kennedy, the list goes on. All of these names have left their mark in history -they have inspired millions to follow their example, in some cases with magnificent results and in others quite catastrophic.

But what all leaders seem to have in common is summed up in a quote by Vance Packard (The Hidden Persuaders) - 'Leadership appears to be the art of getting others to want to do something you are convinced should be done'.

You see whether we talk about Jack Welch and General Electric, Winston Churchill, Nelson Mandela or whoever, there are a number of key leadership strategies or principles that you can take on board and implement to benefit your own organization:

1. Become a great communicator - you may have a great idea but unless you can convince the masses your unlikely to succeed.

2. Understand and learn about the people your leading - Differentiate between Delegation, Coaching, Directing and Supporting people within your organization. You must identify who falls into which category.

3. Be prepared for Criticism - but stick with your core values and beliefs.

4. Stay Focused - Do what you do best - Focus your energies on your core business.

5. Become an Expert in your field - Learn to do what you currently do even better - Own your niche.

6. Cut Cost and waste - eliminate unnecessary waste and your profit margins will improve.

7. Focus on Time Management - Spend your time working on those projects or initiative that yield the highest return.

8. Embrace change - don't fear it.

9. Become a leader, act like a leader - source new ideas encourage innovation and make sure it spreads throughout the organization.

10. Earn respect and give respect to everyone who shares your vision and values.

Sunday, January 20, 2008

Sejarah puasa hari Asyura

Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab, disebut Asyura. Orang Melayu Kelantan menyebutnya Sura. Di beberapa daerah di Indonesia misalnya, hari itu dirayakan dengan membuat bubur merah-putih. Putih mencerminkan Hasan dan merah melambangkan Husein. Seperti dalam sejarah, Saidina Hasan pernah melakukan perdamaian dengan penguasa demi kebaikan umat. Tetapi malangnya, perdamaian itu dikhianati oleh elit-penguasa itu sendiri. Putih adalah lambang perdamaian.

Sementara Saidina Husein melihat pengkhianatan itu segera bangkit melawan pemerintah lalu terjadilah peristiwa tragis iaitu Tragedi Karbala. Padang pasir Karbala memerah dengan darah syuhada. Merah adalah lambang kesyahidan. Agak sukar untuk menemukan orang tua yang dapat menjelaskan asal-usul tradisi itu. Para ulama yang ditanya, hanya menjelaskan tentang disunatkannya puasa pada hari itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para nabi dalam menghadapi orang-orang zalim.

Pada hari Asyura, Ibrahim lepas dari api Namrud, Yunus keluar dari perut ikan, Musa bebas dari hambatan Firaun, dan Muhammad SAW selamat dari racun orang Yahudi. Kononnya, masih kata para ulama, ketika Nabi Muhammad SAW ke Madinah, baginda menemukan orang Yahudi berpuasa pada hari itu untuk mengenang kemenangan Musa. 'Aku lebih berhak untuk berpuasa daripada kalian,' kata Nabi SAW kepada orang-orang Yahudi. Maka kaum mukmin yang saleh di Malaysia selalu melakukan puasa Asyura sebagai ungkapan syukur atas kemenangan para Nabi.

Sebahagian Muslim di Mesir mengungkapkan rasa syukur mereka dengan cara lain. Mereka memakai pakaian yang indah, makan-makan dan bergembira. Al-Makrizi, ahli sejarah Islam, dalam At-Khuthath, jilid 1, hlm. 490, menulis, 'Dinasti Fathimiyyah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (untuk mengenang kematian Saidina Husein di Karbala)... Ketika raja-raja Bani Ayyub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira... melanjutkan tradisi orang-orang Syam yang dirintis Al-Hajjaj pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan.

Tujuan utamanya adalah mempermalukan pengikut Ali bin Abi Talib yang menjadikan Asyura sebagai hari dukacita. Al-Hajjaj adalah tonggak besar dinasti Umayyah. Dia melakukan strategi kekerasan dalam menumpas pengikut Ali - lawan politik Bani Umayyah - secara fizikal. Di samping itu, dia melakukan penyelewengan fakta untuk membasmi Saidina Ali secara intelektual. Bermula sejak kekuasaan Muawiyah, pengetahuan umum diarahkan untuk membenci Ali dan mencintai penguasanya. Pendapat yang berbeza dibanteras. Pendapat yang sesuai dengan selera elit-penguasa disebarluaskan. Para khatib disuruh mengutuk Ali di mimbar-mimbar Jumaat. Hadis-hadis tentang keutamaan Ali dilarang daripada diriwayatkan. Hadis-hadis buatan yang mengecam Ali digalakkan.

Begitu pula, ajaran Islam yang dijadikan syiar pengikut Ali dibid’ahkan atau dicarikan tandingannya. Lalu, di Karbala terjadilah pembantaian keluarga Ali bin Abi Thalib pada 10 Muharram 61H oleh Bani Umayyah. Husein bin Ali dibunuh dengan cara yang sangat kejam. Asyura ertinya - sepuluh - bermakna hari terbunuhnya Husein dan sekaligus hari kemenangan Bani Umayyah. Para pengikut Ali tentu sahaja menjadikan hari itu hari berkabung, hari terbunuhnya cucu Rasulullah, dan hari syahidnya seorang pejuang keadilan.

Setiap kali Asyura mereka mengenangkan peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. “Bagi kami, setiap hari adalah Asyura dan setiap tempat adalah Karbala,” teriak mereka. Laungan teriakan itu terdengar lagi ketika para pengikut Ali menumbangkan kekuasaan Syah Moden pada akhir 1978. Oleh kerana itu, Asyura menjadi lambang yang mengancam para elit-penguasa. Al-Hajjaj menetapkan Asyura sebagai hari gembira dan hari bersyukur. Kerana ‘might is right’ (kekuasaan itulah yang benar) maka yang kalah tentu sahaja salah. Justifikasi keagamaan harus dibuat. Lahirlah hadis-hadis yang menyatakan Asyura sebagai hari kemenangan para Nabi dan kekalahan orang zalim. Seperti kata sebahagian ulama, kita harus bersyukur dengan berpuasa pada hari itu. Akhirnya, kita terpaksa bertanya, “Tidakkah sebahagian yang kita anggap ajaran agama itu sebenarnya hasil rekaan politik sepanjang sejarah?” Nampaknya, agama juga ternyata tidak terlepas daripada politik.

Sumber : http://taufiq111.blogspot.com

Tuesday, January 15, 2008

di mana sharlinie

lagi kes penculikan.. ape nak jadi ni??! ni lah yg berlaku bile manusia sudah hilang iman, akal dan pertimbangan..

sedangkan haiwan masih mampu menunjukkan sifat kasih sayang!

Sunday, January 13, 2008

Perutusan Hijratul Rasul Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz

HIJRAH biasanya difahami sebagai berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabat r.a dari Mekah Mukarramah ke Madinatul Munawwarah, meninggalkan segala harta benda yang sangat disayangi.

Antaranya rumah tangga, kebun halaman, kedai-kedai perniagaan, binatang-binatang ternakan dan segala aset hidup, dengan bergadai nyawa melintasi padang pasir pergi ke destinasi baru 'Madinatul Munawwarah' tanpa sebarang cagaran hidup, selain daripada keyakinan untuk menyebarkan Islam serta mendaulatkan sistem hidup berkerajaan.

Kota Madinah pada ketika itu merupakan tempat yang paling sesuai bagi mendaulatkan Islam kerana penduduknya lebih memahami selok belok agama wahyu, sebab mereka biasa menerima maklumat daripada kaum Yahudi tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. melalui Kitab Suci Taurat.

Kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinatul Munawwarah telah menjadi asas dan teras yang paling kukuh dalam mendaulatkan sistem hidup Islam yang syumul (menyeluruh) meliputi perlembagaan, pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu. Semangat ini tetap menjadi agenda ajaran Islam sehingga ke hari kiamat kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah".

Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip 'ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan.

Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.

Di antaranya ialah mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan sendiri dengan tujuan untuk mencetuskan pengertian bahawa Al-Quranul Karim dan sains perlu bahu membahu.

Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

Dengan ketetapan inilah kita pegang kemas-kemas tali Allah ini walaupun terpaksa mendaki gunung dan menurun lurah dengan berbekalkan doa, semoga anugerah Ilahi ini dikekalkan berterusan, dengan ingatan syarat-syarat makbul doa iaitu:

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)". - (Surah Yunus: 89).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kita melaksanakan kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi munkar. Tanggungjawab tersebut tidak dapat disempurnakan kecuali dengan wujudnya kekuatan, kuasa pemerintahan dan daya kepimpinan yang cemerlang.
Lantaran inilah telah diriwayatkan bahawa: "Sesungguhnya as-Sultan atau pihak pemerintah itu merupakan bayangan Allah di muka bumi ini".

Lantaran inilah juga terdapat ulama Salafus Soleh seperti al-Fudhail bin 'Iyadh, Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang mengatakan:

"Sekiranya kami memiliki suatu peluang keramat, apabila berdoa terus diperkenankan oleh Allah, pastilah kami akan pergunakan peluang doa keramat tersebut kepada pihak pemerintah dan Sultan sesebuah negeri, supaya Allah menganugerahkan hidayah dan taufiq-Nya".

Ini kerana dengan taufiq dan hidayah kepada raja dan pihak pemerintah, banyak pihak dan pelbagai institusi yang wujud dalam sesebuah negara berkenaan akan menjadi baik dan dipantau dengan rahmat Allah S.W.T.

Aamiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sumber : http://www.perakan.net.my/

Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah 1429H

Segala pujian kehadrat Allah SWT, selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta para shbt baginda SAW..

"Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh".. saya alu-alukan anda sekalian dikehadiran 1 Muharam 1429H ini dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah SWT.. alu-aluan yg penuh kebaikan dan keberkatan..

"Sesungguhnya hati yg tdk takut kpd Allah SWT tiada ertinya. Org yg hidup tanpa mengharap janji dan redha Allah SWT, sbnrnya dia tdk hidup, tetapi dia adalah org yg mati"

Selamat Menyambut 1429H buat seluruh ummat Islam di seantero dunia. Tingkatkan amalan, teruskan perjuangan! :)

--------

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Wednesday, January 9, 2008

Usiaku Bertambah 3 Tahun Dalam Setahun

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Ditulis pada Desember 7, 2007 oleh Musadiq Marhaban

Tahun 2008 akan berisi berturut-turut tiga tahun hijriyah, yakni tahun 1428, 1429, dan 1430 H, kata pakar ilmu falak Arab asal Kuwait seperti dilaporkan hari Kamis.

“Hari-hari terakhir 1428 H bertepatan dengan awal tahun 2008, sedangkan tahun 1429 H secara utuh berada dalam tahun 2008, kemudian tahun 1430 H dimulai pada ujung 2008,” kata pakar tersebut seperti dilansir harian “Al-Riyadh”.

Lebih jelasnya, tanggal 9 Januari 2008 adalah akhir tahun 1428 H, sedangkan 10 Januari 2008 adalah awal tahun 1429 H, sementara 29 Desember 2008 adalah awal tahun 1430 H.

Menurut dia, itu bisa terjadi, karena setahun kalender hijriyah, yang menggunakan hitungan tata edar bulan, adalah 354 hari atau lebih, sedangkan tahun masehi 365 hari peredaran matahari atau terdapat perbedaan 11 hari dalam setahun.

“Setiap 32 tahun masehi sama dengan 33 tahun hijrah, sehingga keadaan itu dapat berlangsung tiga kali dalam setiap 100 tahun,” katanya dengan menjelaskan dalil dari Al-Quran dalam surat Al-Kahfi.

Dalil tersebut adalah “Mereka (para pemuda itu) berdiam di dalam gua selama 300 tahun lebih sembilan tahun. Katakanlah (hai Muhammad), Allah lebih mengetahui lama mereka berdiam di gua, karena Dia mengetahui hal gaib di langit dan bumi”.

“Dari ayat tersebut, jelas bahwa yang dimaksud 300 tahun dan lebih 9 tahun adalah 300 tahun perhitungan peredaran matahari atau 309 tahun peredaran bulan,” katanya.

sumber : http://amin1982.wordpress.com/

tahun 2008 mengumpulkan 3 tahun hijriyah, 1428H, 1429H (bermula 10 Jan 08) dan 1410H.. agak2nya kalau ikut kelender Islam, berapa ye umur kita skrg? Usia semakin meningkat.. amalan kita bagaimana?.. apa dah kita korbankan untuk Islam, apa pula dah kita lakukan untuk masyarakat kita? atau kita msh lg duduk dalam lingkungan kita sndri.. hidup untuk diri sndri.. sbn hari lakukan aktiviti2 rutin berulang2 kali tanpa ada effort untuk memajukan diri, amalan juga masyarakat? (-_-) 1429H.. tahun baru, azam baru, sinar baru..sama2 kita hijrahkan diri dan pemikiran kita..

"berjuang sedikit demi sedikit, mempertahan nilai kehambaan.. merasai nikmat berTuhan.."