Tuesday, February 12, 2008

PRU-12

2 artikel yg cukup menarik dan mencabar minda..smoga dapat manfaat, insyaAllah :)

1) Pilihanraya dan kemusykilan minda muda


ontario-general-election.jpg

Angin Pilihanraya Umum ke-12 semakin kuat bertiup. Mungkin sesi fotografi selepas selesai mesyuarat kabinet baru-baru ini menjadi satu lagi petanda semakin hampirnya PRU12.

Apakah ini suatu spekulasi? Sepatutnya kita tidak perlu berspekulasi kerana pilihanraya adalah milik kita semua dalam sebuah negara yang mentadbir dirinya dengan peraturan demokrasi. Hairan juga saya dengan saranan sesengah pihak yang menyuruh rakyat berhenti membuat spekulasi tentang tarikh PRU12. Mengapa pula begitu? Semua pihak perlu tahu tentang tarikh penting itu atas pelbagai sebab yang terlalu mudah untuk difahami.
Parti politik yang bertanding perlu menyusun strategi dan mengatur gerak kerja pilihanraya mereka.

Rakyat juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan mereka boleh mengundi. Out station, bertugas di luar negara, melakukan pembedahan elektif, menyusun rotation kerja bagi kakitangan perubatan dan 1001 sebab lagi. Semuanya terpaksa berlaku secara terawang-awang semata-mata tarikh pilihanraya dieksklusifkan menjadi milik empunya titah pemilik kuasa.

Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan proses demokrasi di negara kita

Read More: http://saifulislam. com/?p=1359# more-1359


Artikel seterusnya, berkaitan keperluan masyarakat/rakyat memperbaiki masyarakat itu sendiri dan berpaksikan kepada agama/moral. Hasilnya, banyak kos 'pemulihan' dapat dijimatkan seperti perubatan, penjara, pusat pemulihan akhlak dan pusat serenti. Kos 'sms membazir', tiket hiburan melampau banyak, gajet-gajet (handphone, mp3 player, iPOD), fesyen-fesyen terkini, aksesori kereta dan lain-lain boleh dijimatkan dengan mengubah minda masyarakat. Ke arah memahami, semua rakyat bertanggungjawab mengubah masyarakat kita ke arah yang lebih baik..

2) Bertepuk sebelah tangan itu angan-angan

vote.jpg

“Baiklah, kita akan beri peluang kepada pembangkang. Kita tukar undi dan kita tengok pembangkang boleh atau tidak menunaikan janji-janjinya” , kata seorang pengundi.

Jika ramai yang berkata begitu, saya yakin pembangkang pun turut tersenyum sama.
Sungguh ajaib. Akhirnya berjaya juga ‘minda’ pengundi diubah. Tentu kemenangan boleh diperolehi.

Parti pemerintah juga mungkin gelisah, jika ramai yang menukar pangkah.
IDEA PEMUSNAH

Hakikatnya, idea sebegitu bukanlah idea yang boleh mengubah negara. Ia adalah minda pemusnah. Sesiapa sahaja yang memerintah, jika rakyat bermentalitikan ‘kita sudah undi, sekarang tunaikanlah janji!”, maka tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Read More : http://saifulislam. com/?p=1389# more-1389

3 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... semestinya yang berkuasa nak kekalkan kuasanya... dan yang belum berkuasa... ingin berkuasa...

:: kita punya peranan untuk menentukan siapa yang patut berkuasa... cumanya jarang kita gunakan peluang terbaik itu...

syuhada said...

yup.. btl tu. ayuh laksanakan tanggungjawab KITA! undi tanda ambil peduli! (^_~)

umi_e said...

Mengapa takut untuk berubah???
Mengapa takut untuk tukar pemerintah???

* Berilah peluang kerana bukannya lama... 5 tahun saja... nak takut apa???

*** Anak saya yang masih jauh untuk mengundi saja dah boleh berfikir seperti yang saya sebut tadi *

Harap mata hati kita akan celik untuk 'memangkah' kebenaran...